Siapa tak kenal Yasmin Ahmad angkat tangan? Oooh.. rupanya ada jugak rakyat Malaysia tak kenal Yasmin Ahmad ni. Walaupun filem2 yang diarahkan dah menang macam-macam anugerah perfileman luar negara.
Siapa dia Yasmin Ahmad? Dia ni pengarah filem berbakat besar, yang me tengok suka pakai kebaya dengan kain batik.
Me memang jarang nak minat filem2 Melayu tapi filem arahan Yasmin Ahmad memang ada kelas yang tersendiri. Ada cerita disebalik cerita. Cerita tentang realiti kehidupan masyarakat perlbagai kaum di Malaysia. Walaupun ramai yang tak suka ‘kepincangan’ didedahkan (read: tak suka Yasmin Ahmad sebenarnya..ha..ha).. tapi me rasa kebanyakan filem dia OK apa (tapi ada gak yang sangat kontroversi macam Gubra dan Muallaf – provokasi agama tu).
Tapi kan, filem dia (yang OK lah) bukan macam kebanyakan filem Melayu yang biasanya menggunakan penyanyi untuk melariskan filem. Atau bukan macam setengah pengarah yang cuba buat filem komedi macam filem P.Ramlee tapi yang keluar cuma lawak bodo* tak menjadi…ha..ha.. (cewah… jadi pengkritik filem pulak la ye).
Lagi satu, kalau korang suka tengok iklan-iklan Petronas masa nak merdeka ke, masa nak raya ke..iklan yang bermotifkan perpaduan bangsa Malaysia tu… kalau nak tau, Yasmin Ahmad la pengarahnya.
Semalam me ter-tengok Berita TV3 (ter-tengok sebab jarang tengok la tu…ha..ha). Katanya Yasmin Ahmad tiba-tiba diserang stroke semasa sesi perbincangan mengenai stau iklan komersial di Seri pentas. Siti Nurhaliza pun ada sama masa tu (Siti yang buat CPR kat Yasmin tu kalau nak tau… terer gak Siti ni kan, maklumlah bekas duta Bulan Sabit Merah).
Keadaan Yasmin Ahmad sekarang ni dikatakan amat kritikal. Otak dia dah membengkak dan satu emergency brain operation dah dibuat malam tadi. Hopefully, dia akan cepat sedar dari komanya itu. Yasmin Ahmad, bangunlah!
Ni antara filem2 arahan Yasmin:
- Rabun (2003)
- Sepet (2004)
- Gubra (2006)
- Mukhsin (2007)
- Muallaf (2008)
- Talentime (2009)
tu la.. terkejot eus smlm…
hope.. die sembuh!!! 🙁
.-= eus´s last blog post..Jangan main api =-.
eus, i pun terkejut sekejap.. amin!
Me dapat tahu dari member FB kata dia dah meninggal, susah nak percaya oh rupanya dia masih koma…
.-= Hanz´s last blog post..When there was a sudden silence….. =-.
hanz, tu la.. tak tau apa status dia sekarang ni… tunggu news TV la kot
omg…
she still young kan.. i mean takder lah tua sgt…
thats remind us yg stroke will attack sapa2 pun kan
ok peeps..dont be stress sgt n jaga makan…
insaf2..
.-= tymy´s last blog post..monthly hotel gateway =-.
tymy, yes.. 51 rasanya.. sekarang ni tak kira young ke old.. stroke boleh kena sapa2 pun… so insaf2…
saya tau filem SEPET…tapi tak tau pengarah siapa…
hope dia boleh sedar!!!!
Re: telekung tu saya punya…ada juga cari kat t3sco ampang telekung untuk kid…tapi tak jumpa…entah ada juai secara online tak?
.-= oli´s last blog post..Breastfeeding Photo Contest 2009 =-.
oli, tak pasti la pulak ada tak online.. mesti ada ni.. kan now ni zaman jual online..he..he.. nanti kalau i tau sapa2 jual online i inform u
Dengar kat radio tadi yasmin makin stabil tapi masih di ICU. Doa agar dia cepat sembuh sebab dia antara pembikin filem paling baik di Msia.
real woman, oh.. getting better is it? that’s good.
Salam , enjoyed reading your writing , akak link gan website adik ya Btw me too a fan of croc sandals
nannie, ok..nanti i link to yours, suka your blog sebab boleh belajar smocking yeaaa
Kerugian besar kalo kita kehilangan orang berbakat besar mcm Yasmin Ahmad
.-= Jiji´s last blog post..Friday ????? =-.
Jiji, agreed tu.. tak ramai berbakat cam dia
salam…
sy pun x braper suke dgn makcik ni..heee tp kesian pulak tgk dia dah trlantar sakit camtu !
however,sy suke tgk “Mukhsin”… 😉
ummi hanie,
ramai tak suka dia, tapi filem dia ada yang ok.. saja je post entri untuk ingatkan diri sendiri… yang hidup kita ni ‘rapuh’.. bila2 masa je boleh kena sakit tenat/maut… insaf2.
tu lah ..my hubby cakap smalam ..i pun terkejut sangat tau!! harap dia cepat sembuh..amin..
watie, amin! stroke ni reminds me to my arwah ayah.. meninggal bcoz of stroke which caused high blood pressure + swollen brain..hu..hu
Salam perkenalan …
Saya baru tau pagi ni – Yasmin dah pergi menemui Penciptanya ..
Al – Fatihah …
On a lighter note –
Lepas ni ramai la yang masuk PBSM
Semua nak jadi macam Siti
Ok gak tu kan … 😉
.-= DNNA´s last blog post..Balik kg =-.
dnna, salam kenal to u too… ye lah… I also read from Aznil’s blog that she passed away.. Al-Fatihah.
So sorry to hear about this extraordinary lady’s sudden stroke. Luckily Siti Nurhaliza gave her CPR – I also hope and pray that she’ll get well soon. She does Malaysia so proud with her fantastic films and ads!!!
.-= KittyCat´s last blog post..REVIEW: shu uemura Principe Lip Serum =-.
kittycat, she passed away on Saturday’s night
dgr citer dier nih sebenarnyer lelaki…
btl ker…??