Prince William & Kate Middleton Wedding | Kalau Izzah Jadi Bridesmaid?

Prince William dan Kate Middleton dah pun selamat kahwin pada 29 April 2011 (eh.. tarikh birthday my sister Ida ni – Happy Belated Birthday sis!!).

Prince William Kate Middleton Wedding

Sebab hari tu hari kerja maka tak de kerjanya I nak tengok live siaran perkahwinan Diraja Britain tu kan. Dengar cerita ada yang sanggup ambik cuti semata-mata nak tengok live. Tabik spring tu!

Prince William Kate Middleton Wedding

I tengok rakaman perkahwinan Prince William dan Kate Middleton tu malam esoknya kat YouTube je. Cantiknya Kate! Gaun yang Kate Middleton pakai simple dan sweet – tak de berserabut sangat macam masa perkahwinan Lady Diana dengan Prince Charles dulu tu.

Prince William Kate Middleton Wedding

Semuanya nampak perfect masa majlis berlangsung.

Tapi… masa Prince William dan Kate Middleton berada kat balkoni Abbey tu, ada sorang budak comel yang buat suasana gembira sedikit tercalar.

Terutama masa Prince William dan Kate Middleton tengah kissing tuh.

Prince William Kate Middleton Wedding

Kesiannya tengok bridesmaid Grace van Cutsem (3 tahun – sebelah Kate) tengah tension giler sambil tutup telinga dengan dua tangan. Mesti Grace tak tahan dengar bunyi bising tahap gaban dari sorakan penonton dan juga bunyi jet yang lalu-lalang kat udara.

Bila tengok Grace dan sebab dia umur 3 tahun sama dengan Izzah – tiba-tiba I bayangkan kalau Izzah jadi bridesmaid Prince William dan Kate Middleton masa tu.

Apa reaksi Izzah agaknya..ha..ha..ha

Kalau anak you all pulak jadi bridesmaid time tu pulak camana? Cuba lah bayangkan kejap..he..he

Dah lah baru 3 tahun, kena behave masa majlis besar Diraja sorang diri (mak mesti tak ada kat situ nak pujuk-pujuk). Dengan terkejut ramai orang bersorak. Dengan bising bunyi jet lagi. Mahu budak tak tensen!

Tak mungkin Izzah akan seceria ini.

izzah bridesmaid 03

Kalau dia pandang bawah je all the time mungkin kot (tensen tu).

izzah bridesmaid 02

Mungkin juga muka dia dah masam macam cuka (macam Grace van Cutsem) dan yang paling hebat dia akan menangis meraung panggil mama!

izzah bridesmaid 01

Silap haribulan dia tarik gaun Kate Middleton dan mintak dukung. Fuuuh.. hebat imaginasiku..ha..ha

Prince William Kate Middleton Wedding

So.. kira nasib baiklah budak comel Grace van Cutsem tu cuma tunjuk muka tension dan tutup telinga je. Kalau dia melalak nangis rosak majlis.

Kalau tak bila besar Grace van Cutsem mesti malu sebab masa umur 3 tahun dia ‘merosakkan‘ acara perkahwinan Prince William dan Kate Middleton masa di balkoni Abbey.

Muka pun dah macam nak nangis tu. Bridesmaid sorang lagi umur 2 tahun tu ada Prince Charles pegang so sebab tu okey je kan.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

 

5 Comments

  • alalala… comelnya budak tu tutup telinga…
    kesian dia kan…
    tapi, beruntung la dapat jumpa prince william n kate live…
    daripada kita ni tengok dalam tv je… hehehe

  • aku pun memang cuti hari tu…tapi bukan lah sebab nak tengok wedding diaorang ni…tapi sebab hari tu kan birthday aku. Yang kelakarnya, Anis bagi handmade birthday card kat aku….one of the sentence dia bunyi lebih kurang cam gini ….’ Mama, happy birthday. Your birthday today is very special because it’s Prince William & Kate’s wedding day.’
    Amacam? Ok tak??? he he he

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *