Wang Tak Dituntut | Cara Menyemak & Mendapatkan Semula Wang Tidak Dituntut (WTD) Melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Hari tu viral kan tentang wang tak dituntut? Ada yang claimed dapat sampai puluh ribu wang tak dituntut! Perghhhh. Giler banyak. Instant kaya beb. Hehe!

Aku ni ada juga a few bank accounts dormant yang dibuka sejak 30 tahun lepas. Tapi rasanya ada baki pun setakat puluh ringgit je kot.

Tahu tak? Sebanyak RM5.779 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah sejak 1977 hingga 30 Jun lalu.

Semak Wang Tak Dituntut

Wang tak dituntut ini membabitkan lebih 55 juta akaun seperti simpanan, semasa atau perniagaan. Sekiranya sesuatu akaun yang tidak aktif melebihi tujuh tahun, baki akaun terbabit menjadi WTD sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 8 Akta WTD 1965 dan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar WTD.

Pendaftar WTD sebagai pemegang amanah akan menyimpan dengan selamat wang terbabit mengikut peraturan kewangan berkuatkuasa sehingga ia dituntut oleh empunya yang berhak. WTD adalah akaun amanah kerajaan di bawah Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957. WTD ini akan dibayar kepada empunya tanpa faedah berdasarkan Seksyen 11(3) Akta WTD 1965.

Tak payah kot nak berangan wang tak dituntut dalam ringit-ringit sejak puluhan tahun lalu mampu beranak-pinak jadi puluhan ribu ringgit. Sebab sebaik sahaja wang tak dituntut tu di isytihar oleh bank sebagai wang tak dituntut kepada Jabatan Akauntan Negara — faedah @ interest sudah tidak lagi dikira atas wang tersebut.

Baki akaun bank yang tak aktif lebih 7 tahun akan terus declared sebagai wang tak dituntut. Maknanya maksimum dapat faedah pun 7 tahun. Tapi bukan ke faedah @ interest tu riba? Nak ambik jugak ye. Hehe!

Mengikut Seksyen 8 akta itu, terdapat tiga kategori WTD iaitu:

  • wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh melebihi satu tahun
  • wang di dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam tempoh masa melebihi tujuh tahun
  • wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh melebihi dua tahun.

Orang ramai boleh membuat semakan di 25 kaunter Bahagian WTD disediakan di seluruh negara iaitu 13 di semenanjung, Sarawak (tujuh), Sabah (empat) dan sebuah kaunter baharu akan dibuka di Putrajaya.

Cara Menyemak Wang Tak Dituntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara

Baru-baru ini viral di laman sosial mengenai Wang Tak Dituntut(WTD) yang mana seorang individu yang bernama Kak Long membuat posting bagaimana caranya mendapatkan balik wang miliknya yang tidak dituntut.

Ekoran daripada info yang disebarkan itu orang ramai mula berpusu-pusu menyerbu kaunter semakan Wang Tak Dituntut(WTD).

Aku copy paste sini sebagai rujukan yang nak semak wang tak dituntut. Kalau rajin boleh semak kat Jabatan Akauntan Negara. Mana tau kot memang betul ada wang tak dituntut RM10 ribu. Hehe!

Lepas up post pasal Wang Tak Dituntut tadi, ramai sangat yang tanya kesahihan dan cara nak check WTD ni.

Okaylah, kaklong cerita pengalaman kaklong pasal WTD ni ye. WTD ni betul-betul boleh dituntut oleh orang ramai.

Semak Wang Tak Dituntut

Almaklumlah kaklong ni suka nau buka akaun bank merata. Lebih 10 bank kot dari kecik sampai besar. Hahaha…lepas tu terbiar. Tak tau pulak ada duit dalam tu dan boleh reclaim

Pada 17.7.17, Isnin. Ini apa yang kaklong lalui untuk check WTD. Kotlah ada RM50-RM60 dalam tu kan. Duit jugak, siapa nak bagi.

Pagi, dalam jam 9 lebih, kaklong call 03-2056 8055, Bahagian Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Tanya kat dorang camne nak check WTD.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Pegawai tu akan tanya lokasi kita kat mana. Since kaklong di KL, pegawai tu mention tingkat 42, Menara Maybank Kuala Lumpur.

Kalau uols luar KL, pegawai tu akan bagi tempat terdekat utk check. Takdelah yang Kedah, Johor pun kena datang KL untuk check. BUKAN check di bank tau. Check di Pejabat Wang Tak Dituntut.

Ini tak bermakna untuk akaun Maybank sahaja, #semua jenis #bank dalam Malaysia, saham, pelaburan dan insurans pun akan di check sama.

Bawa IC je kalau nak check. Melalui IC nanti dorang detect, akaun dari institusi kewangan yang mana duit korang masih berbaki. Semua yang ada baki akan keluar. Kalau tak ada balance duit, kaunter akan maklumkan tak ada. So, korang boleh la balik tanpa perlu isi borang segala tu.

HANYA PENAMA je boleh check akaun sendiri.

Kalau nak check untuk agli keluarga yang uzur, silalah bawa surat pengesahan kesihatan dari Klinik/Hospital dan surat sokongan yang menyatakan hubungan kita dengan pesakut.

Kalau nak check untuk orang yang dah meninggal dunia, silalah bawa surat mati dan surat sokongan yang menyatakan hubungan kita dengan si mati.

Andai kata dah check, lepas tu memang ada lebihan duit kita kat situ, dorang akan suh isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).

Kaklong pun terkejut jugak sebab ada 4 angka duit dalam tu. Alhamdulillah. Tapi tak la terkejut beruk macam orang dapat 5 angka. Yang penting bersyukur.

Memandangkan duit yang ada datang dari akaun bank lain, kaklong kenalah ke bank berkenaan untuk buat pengesahan. Contoh Surat Pengesahan pun dorang dah bagi sekali. Just serah kat bank berkenaan untuk dorang copy je.

Esok kaklong akan ke sana lagi untuk proses terakhir, penyerahan borang tuntutan dan dokumen sokongan. Lepas tu, tunggu je la duit masuk dalam akaun dalam tempoh 30hari.

Senang sangat.

#Nasihat kaklong untuk uols yang belum check tu:

  • Please la pergi check. Kalau tak check, tak tau kan.
  • Dah check, tapi tak ada. Jangan kecewa. Berlapang dada. Mungkin ada rezeki lain yang Allah nak bagi tu. Bersangka baik dengan Allah.
  • Dah check. ADA! Once duit dah masuk akaun, perkara pertama kena buat, bayar ZAKAT SIMPANAN. Tak banyak. 2.5% je dari jumlah duit yang kita dapat tu. Mana tau, zakat WTD ni asbab utk kita dapat rezeki berkat yang lebih banyak lagi. Kita tak tau kan? JANJI ALLAH ITU PASTI.
  • Doakan insan2 yang memviralkan pasal WTD ni terus dilimpahkan rezeki yang mencurah2. Kalau dorang tak viralkan, kita pun tak tau.

5Andai kata no. tel di atas susah untuk ditembusi, silalah dail nombor2 ini:

📞03-2056 8052
📞03-2056 8053
📞03-2056 8054

Lokasi Setiap Negeri Untuk Semak Wang Tak Dituntut

Dibawah ini adalah lokasi Jabatan Akauntan Negara setiap negeri bagi menyemak wang tak dituntut. Anda boleh lihat senarai di bawah.

Semak Wang Tak Dituntut

Jabatan Akauntan Negara Kuala Lumpur
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-2034 1850
Fax: 03-2072 5707/03-2026 7430

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Jabatan Akauntan Negara Negeri Sembilan
Tingkat. 10,Wisma Persekutuan,
Jalan Dato´ Abdul Kadir,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan

Jabatan Akauntan Negara Melaka
Aras 5, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
75450 Melaka

Jabatan Akauntan Negara Sabah
Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat, 88594 Kota Kinabalu,
Sabah, 88400 Kota Kinabalu

Jabatan Akauntan Negara Perlis
Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar,
Perlis, Taman Pekeliling,
01000 Kangar, Perlis

Jabatan Akauntan Negara Labuan
Tingkat 5, Blok 4, Ujana Kewangan, Jalan Bukit Timbalai, 87016 Labuan,
Sabah, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

Jabatan Akauntan Negara Johor
Tingkat 8 dan 11, Lot 20485,
Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
80720 Johor Bahru,
Johor

Jabatan Akauntan Negara Kelantan
Tingkat 1-2, Blok A, Bangunan Persekutuan,
Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu,
Kelantan

Jabatan Akauntan Negara Perak.
Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Perak.

Jabatan Akauntan Negara Terengganu.
Unit Wang Tak Dituntut
No.4 Pusat Niaga Paya Keladi
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Jabatan Akauntan Negara Kedah
Tingkat 4, Zon C, Wisma Persekutuan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Jalan Sultanah, 06550 Alor Setar, Kedah,
Kampung Anak Bukit, 06550 Alor Setar,
Kedah

Jabatan Akauntan Negara Pulau Pinang
Tingkat 42, KOMTAR,
10000 Pulau Pinang

Jabatan Akauntan Negara Sri Aman.
Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
Fasa 2, Jalan Polis, 95000 Sri Aman,
Sarawak, 95000 Sri Aman, Sarawak

Jabatan Akauntan Negara Pahang
Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN, Jalan Bank,
25000 Kuantan,
Pahang.

Jabatan Akauntan Negara Selangor
Bangunan Affin Bank,
Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor

Cara dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara

  1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan Akauntan berhampiran anda, Sila klik Alamat Pejabat Jabatan Akautan Negara setiap Negeri.
  2. Bawa Kad pengenalan diri atau IC. Pegawai bank akan semak baki yang ada disemua akaun bank terdahulu.
  3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.
  4. Jika ada lebihan baki dari akaun bank terdahulu (akaun yang telah ditutup), sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).
  5. Wajib pergi ke bank yang telah dinyatakan untuk buat pengesahan. Contoh Surat Pengesahan telah diberikan oleh pejabat jabatan akauntan. Hanya berikan kepada bank sahaja.
  6. Lepas dokumen dan borang lengkap diisi telah dihantar ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara. Duit akan dimasukkan secara Bank In Terus ke akaun dalam masa 30 hari sahaja.

Semak Wang Tak Dituntut

Selepas pegawai buat semakan, akan tertera jumlah wang tidak dituntut dalam sistem. Selepas itu borang permohonan bayaran balik WTD harus diisi oleh pemohon beserta dokumen sokongan. Selesai hantar semula borang tersebut ke Pejabat Jabatan Akauntan, duit baki tuntutan akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam tempoh 30 hari sahaja.

Semak Wang Tak Dituntut Secara Online

Jabatan Akauntan Negara Malaysia masih sedang membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan Wang Tidak Dituntut (WTD).

Sistem untuk menyemak wang tak dituntut online itu dijangka mula beroperasi tahun depan (2018).

Apa yang perlu lebih difahami masyarakat adalah semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput, jadi jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat semakan serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter Jabatan Akauntan Negara.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *