Virtual Run | New Year Resolution Virtual Run – Larian Maya Aku Yang Pertama! (Bucket List)

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].

Virtual run atau larian maya adalah salah satu item dalam Bucket List aku.

Apakah virtual run? Baca ni –> Apakah Virtual Run & Cara Nak Masuk Virtual Run

Tahun baru pun dah bermula so aku pun decided untuk daftar masuk virtual run pertama aku iaitu New Year Resolution Virtual Run.

virtual run new year 2017 01

Fikir banyak kali juga nak join ni. Betul ke aku boleh buat virtual run ni. Jangan semangat je lebih. Hak hak hak!

Ada beberapa kategori:

  • (A) MEN Male 5 KM
  • (B) WOMEN Female 5 KM
  • (C) MEN Male 10 KM
  • (D) WOMEN Female 10 KM

Aku masuk yang jarak paling sikit – 5km. Bila la tu aku nak lari ye? Boleh ke aku berlarian sekeliling kampung ni? Omak seriau!

Kena lengkapkan larian ni dari 1 – 31 Januari 2017. Ada masa sebulan.

Kalau ada treadmill kat rumah kan best. Boleh lari dalam rumah. Tak de ke yang nak taja treadmill seketul untuk aku. Hehe!

Virtual Run

Aku rasa semangat nak masuk virtual run ni sebab finisher medal dia tu cantik sangat. Ada ong ni beb! [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Virtual Run

Harapnya aku berjaya buat virtual run yang pertama ini dengan jayanya. Ameen!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *