Virtual Run | Apakah Virtual Run @ Larian Maya & Cara Nak Masuk Virtual Run?

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].

Aku dulu long distance runner. Ada jugaklah menang pingat masa sports day sekolah & universiti.

Masa tu stamina macam kuda muda. Sekarang stamina macam kuda tua pencen. Hak hak hak!

Memang dah lama aku tak berlari. I missed running so much. Setakat lari-lari mengejar anak tu tak kira lah.

Aku teringin sangat nak join running events. Boleh keluar peluh + kurus sambil kumpul pingat yang mabeles tu semua kan? [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Tapi impian aku ni payah sikit nak jadi kenyataan. Sebab priority aku 100% anak-anak aku.

Kena korban masa dengan anak-anak kalau aku mula berlari semula ni. Aloh. Alasan! Hehe!

Virtual Run Malaysia

Apakah Virtual Run / Larian Maya

Omakgorg! Larian pun dah jadi maya. Ada virtual run weh!!

Virtual run (larian maya) adalah larian yang korang boleh berlari atau berjalan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Tapi mesti dibuat sebelum tamat tarikh (deadline) virtual run tu.

Biasanya virtual run ni korang boleh pilih jarak yang korang rasa mampu buat — 5km, 10km, 1/2 Marathon, Marathon.

Ada juga penganjur yang buat jarak 50km, 80km dan 130km!

Ada ke manusia boleh lari jarak 130km sekali harung? Memang tak lah!

Tapi dengan virtual run ni semua boleh. Best ke best?

Kelebihan Virtual Run / Larian Maya

  • Boleh join tanpa perlu hadiri the actual running event! Aku rasa virtual run ni memang best sangat sebab boleh join running event yang jauh dari tempat tinggal aku. Tanpa perlu pergi ke tempat itu! Omak like!
  • Masuk virtual run pun boleh dapat finisher medal @ pingat sebagai koleksi! Omak double like!
  • Finisher medal pelbagai bentuk dengan design menarik. Ada yang menyamai finisher medal acara larian sebenar. Ada juga finisher medal yang dibuat sempena charity events. Ada finisher medal yang ikut tema tertentu macam Larian Kabali, Larian Hallowen dan Larian New Year.
  • Boleh kumpul/pecahkan jumlah jarak larian tu dalam beberapa larian sebelum tamat tarikh larian. Tak wajib habiskan jarak tu dalam sekali larian. Biasanya penganjur bagi tempoh sebulan. Ohsem!
  • Boleh habiskan larian samada dengan berlari atau berjalan — anywhere, anytime.
  • Boleh habiskan larian dalam rumah atau gym guna treadmill!
  • Sangat sesuai untuk surirumah / working moms sebab ada anak kecik so susah nak tinggal untuk pergi join larian sebenar. Macam aku! Omak super like!!

Virtual Run Malaysia

Contoh: Bangkok Marathon

Korang tak payah pergi Bangkok untuk masuk Bangkok Marathon ni. Boleh join versi virtual run @ Bangkok Online Marathon yang dijalankan sempena Bangkok Marathon.

Virtual Run Malaysia

Finisher medal Bangkok Online Marathon ni memang cantik. Too bad aku belum tahu lagi tentang virtual marathon masa tu.

Contoh: Virtual Run 5 km

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Kalau korang dah register untuk virtual run jarak 5km. Tapi rasa macam tak larat nak habiskan larian 5km tu sekali lari. Boleh je buat 2 km + 3km atau 1km + 2km + 2km. Santai-santai je lari. Hak hak hak!

Syarat Virtual Run / Larian Maya

Penganjur nak korang emel BUKTI yang korang sudah berjaya habiskan larian dalam tempoh yang ditetapkan.

  • Rekod masa & jarak larian samada guna jam GPS, smartphone apps atau capture gambar skrin treadmill
  • Gambar korang semasa berlari.
  • Share gambar korang berlari di FB/Instagram dengan hastag tertentu (public view)

Selepas hantar semua bukti baru penganjur akan pos finisher medal / t-shirt / sijil.

Unik betul finisher medal 2016 World Heart Day ni kan?

Virtual Run Malaysia

Cara Nak Masuk Virtual Run / Larian Maya

Ada beberapa penganjur virtual run ni kat Malaysia. Aku rasa yang paling popular dan paling kerap ada event virtual run ialah MarathonMY. Boleh register melalui website MarathonMY.

  • Ada bayaran dikenakan & kena daftar secepat mungkin sebab slot terhad.  Contohnya: Larian New Year bayaran pendaftaran RM58 (untuk finisher medal + postage)

Boleh juga follow beberapa Facebook pages / groups untuk aktiviti virtual run terkini:

Amaran!! Jangan sebarangan masuk virtual run. Hati-hati sebab ada juga penganjur virtual run yang penipu. Berbulan-bulan selepas virtual run tamat pun masih tak hantar finisher medal!! Pastikan penganjur dah established dan dikenali macam MarathonMY okeh.

Kekurangan Virtual Run / Larian Maya

  • Bertarung dengan sendiri & kena jujur. Sebab penganjur tak nampak pun samada korang betul2 lari atau tidak. Memang ada yang menipu bagi bukti larian palsu!
  • Virtual run tak meriah macam larian sebenar. Lari sorang diri. Nak meriah sikit lari sekali dengan suami dan anak-anak. Hehe!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *