Vibrance Kegel Device | Rahsia Kesihatan Dalaman Wanita

Bukan mudah menjadi wanita. Terutama kalau kita dah kahwin, ada anak dan bekerja sepenuh masa.

Penat memang penat. Tapi kita cuba juga pastikan semuanya baik-baik belaka. Keluarga, anak dan kerjaya sentiasa kita utamakan. Kadang-kadang sampai diri sendiri pun tak terjaga.

Jangan macam tu tau. Kita kena sihat supaya boleh jaga keluarga, anak dan teruskan kerjaya.

Makan secara sihat, rehat secukupnya dan kerap bersenam boleh bantu kekalkan kesihatan. Jangan lupa jaga kesihatan dalaman kita sebagai wanita.

Otot Lantai Pelvik (Pelvic Floor Muscles)

Saya rasa ramai wanita yang tak tau kewujudan pelvic floor muscles dan kepentingan untuk selalu exercise otot ini. Bila dah kena masalah susah kawal kencing (urinary incontinence) atau rahim jatuh (uterine prolapse) baru kelam-kabut cari maklumat.

Saya dulu pun macam tu jugak. Tak ambil tau pun pasal pelvic floor muscles dan Kegel exercises. Bila pregnant kali pertama masa umur 33 tahun barulah saya belajar pasal benda ni.

Agak lambat kan. Tapi better late than never. Mari kita sama-sama belajar tentang pelvic floor muscles ni. Saya akan ceritakan tentang:

  • Apakah pelvic floor muscles
  • Di mana otot ini terletak
  • Kenapa penting untuk kerap buat senaman lantai pelvik (Kegel exercises)
  • Macam mana nak buat Kegel exercises dengan mudah dan berkesan

Pelvic Floor Muscles

Pelvic floor muscles adalah sekumpulan otot yang ada disekeliling vaginal perempuan.

Pelvic Floor Muscles

Fungsinya ialah:

a) Elak masalah tidak boleh kawal kencing (urinary incontinence)

Otot lantai pelvik yang lemah menyebabkan kita tak boleh kawal kencing. Kira-kira 70% wanita alami masalah ni terutamanya wanita tua dan wanita mengandung.

Saya dulu masa mengandung pun ada masalah susah kawal kencing ni. Bila bersin, batuk atau ketawa pun boleh terkencing. Geram betul masa tu.

b) Mencegah organ jatuh (organ prolapse)

Otot lantai pelvik ni bertindak macam bakul yang memegang organ di bahagian pelvik (contohnya pundi kencing dan rahim) supaya berada dalam posisi yang betul. Kalau otot-otot ni lemah, organ tersebut akan jatuh dalam saluran vaginal.

Senaman Kegel

Keadaan ini sangat menyakitkan dan berisiko dijangkiti kuman.

Mak kawan saya pernah kena rahim jatuh ni. Bertahun-tahun dia menderita. Sampai kena buang rahim baru-baru ni sebab semakin teruk. Bayangkan rahim kita tergantung kat luar kemaluan. Sakit ada, geli pun ada. Nak bergerak pun susah. Nauzubillah.

c) Mengandung dan Beranak

Pelvic floor muscles ni menyokong rahim masa kita mengandung dan bantu masa meneran baby keluar. Kalau otot lantai pelvik ni lemah memang bahaya kalau lahirkan baby secara normal.

Senaman Kegel

Masa mengandung badan kita banyak berubah. Organ dalaman kita beralih sedikit untuk beri ruang pada bayi yang makin membesar dalam rahim. Pelvic floor muscles ni lah yang memastikan organ dalaman kita tu kembali kepada kedudukan asal selepas bersalin.

d) Mengekalkan hubungan intim suami isteri

Kalau otot lantai pelvik ni lemah atau rosak, ia boleh bagi kesan buruk pada hubungan kelamin suami isteri. Nak bersama pun tak ada feel.

Terutama lepas mengandung dan melahirkan anak. Tak kisahlah samada kita lahirkan anak secara normal atau secara pembedahan – memang akan ada kesan pada aktiviti seksual.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Ada orang kata untung lahir melalui pembedahan. Sebab baby tak lalu ikut saluran vagina so tak ada kesan pada hubungan kelamin. Hey… salah tu!

Saya dah dua kali beranak melalui pembedahan. Jadi, saya tahu macam mana rasanya lepas dibedah. Tisu vaginal dan otot lantai pelvik memang tidak sama macam dulu lagi. Memang dah tak kuat.

Senaman Kegel

Dalam tahun 1948, Dr Arnold Kegel mencipta satu senaman untuk latih lantai pelvik wanita dan dikenali sebagai senaman Kegel. Pelik pulak kan yang cipta senaman Kegel ni lelaki.

Tapi tak kisah lah kan. Senaman Kegel ni terbukti merawat masalah susah kawal kencing jika dibuat dengan betul.

Senaman Kegel

Lagi best jika kita amalkan senaman Kegel ni setiap hari. Kita bukan saja dapat elak dari alami masalah kencing tak terkawal dan kesakitan akibat organ jatuh, malah kita akan rasa lebih yakin dan menikmati hubungan seksual yang lebih baik.

Senaman Kegel

Tapi kan senaman Kegel ni hanya berkesan kalau dibuat dengan betul. Percayalah. Memang susah juga nak cari dan kemut otot lantai pelvik ni. Kena cuba banyak kali.

Kadang-kadang kita salah kemut otot lain pulak ha ha ha.

Sebab tu ramai yang malas nak buat senaman Kegel. Ada tu terus give up lepas cubaan pertama.

Masalah Utama Masa Senaman Kegel

Tiada biofeedback

Memang susah nak cari pelvic floor muscles tu. Kita kemungkinan besar pergi kemut salah otot.

Maka tak dapatlah kebaikan dari senaman Kegel. So.. kita mudah give up dan otot lantai pelvik makin lama makin lemah.

Lagi teruk kalau kemudian nanti makin payah nak kemut pelvic floor muscles yang betul.

Tiada peningkatan dalam senaman

Biasanya kalau kita nak tone up @ build up muscle, kita kena buat senaman dengan tahap rintangan yang semakin menaik. Sama jugaklah dengan senaman Kegel ni.

Kita nak bina kekuatan pada otot lantai pelvik, so perlu ada senaman dengan rintangan berbeza.

Tapi kalau setakat kemut macam tu je mana ada rintangan kan. So.. kita tak tahu progress senaman Kegel tu. Otot makin kuat ke tidak?

Tiada panduan had masa

Senaman Kegel ni ada had masa panjang (5 saat setiap kali) dan had masa pendek (2 saat setiap kali).

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Memang mencabar nak timing had masa tu sendiri. Kadang-kadang boleh lupa berapa kali kita dah buat. Tu yang ramai give up senaman Kegel ni.

The Vibrance Kegel Device

Masa saya pregant last year, saya ada masalah susah kawal kencing. Bila bersin, batuk atau ketawa pun boleh terkencing. Rasa down sangat masa tu.

Sampai saya terfikir.. kalau tak buat something tak pasal-pasal saya kena pakai diaper besar. Yang patut pakai diaper baby saya.. bukan saya!

Cepat-cepat saya mula balik senaman Kegel yang dah lama tak buat tu. Terkial-kial jugak lah nak kemut something yang kita tak nampak. Terkemut-kemut….heh heh.

Kalau ada alat yang bantu kita buat senaman Kegel ni dengan mudah kan bagus.

Memang ada. Kita boleh guna Bioinfinity’s Vibrance Kegel Device.

Vibrance Kegel Device

Vibrance Kegel Device ni dah dipatenkan dalam 18 negara termasuk USA, Germany, France, UK, Australia, Japan, China, Singapore, Hong Kong, New Zealand, Malaysia dan Thailand. Ia juga dianugerahkan Geneva Gold Medal for invention dalam tahun 2001 sebab keberkesanannya dalam membantu senaman Kegel secara berkesan.

Vibrance Kegel Device sangat bagus diguna untuk senaman Kegel sebab:

Ada Biofeedback yang tepat

Vibrance Kegel Device ni gunakan litar elektrik (calibrated electrical circuit) yang tertutup dan bergegar (vibrate) bila kita kemut otot lantai pelvik yang betul.

Jadi… kita boleh tahu yang kita dah berjaya kemut pelvic floor muscles yang betul.

Ada peningkatan dalam senaman

Vibrance Kegel Device ni ada penutup rintangan (resistance sheaths) yang berbeza. Semua sheaths tu sama bentuk, saiz dan ketebalan. Tapi daya regangan setiap penutup berbeza bermula dari 1-3.

Vibrance Kegel Device

 

So.. kita boleh buat senaman Kegel mengikut keupayaan otot lantai pelvik kita.

Kalau otot makin kuat so makin tinggi rintangan yang kita boleh buat. Baru rasa seronok kan sebab boleh tahu progres.

Dibuat dari bahan bermutu tinggi

Penutup rintangan (resistance sheaths) Vibrance Kegel Device ni gunakan Medical Grade Silicone Rubber yang hypoallergenic dan antimicrobial.

Vibrance Kegel Device

Ianya memang selamat digunakan pada bahagian badan kita yang sensitif tu.

Audio Guided Training

Vibrance Kegel Device ni ada fungsi had masa yang diprogramkan. Bila diaktifkan, kita just boleh teruskan senaman Kegel ikut bunyi beep dari alat ini.

Vibrance Kegel Device

Tak perlu susah payah nak timing sendiri masa buat senaman Kegel.

Memang memudahkan!

Saya kan bersalin 5 bulan lepas. Memang perlu sangat buat senaman Kegel ni. Terutama lepas habis pantang dan cik abang mula ehem ehem kannnn.

Tapi saya geram sangat. Sebab macam susah pulak nak cari pelvic floor muscles tu. Tak kan beralih tempat jauh sangat kot lepas beranak.

Kemut berpuluh kali tapi macam tak jadi je senaman Kegel saya ni. Terkemut otot montot ada kah. Adeh.

Vibrance Kegel Device

Nasib baik saya dapat Vibrance Kegel Device ni untuk bantu saya buat senaman Kegel. Kalau buat senaman Kegel tanpa alat ni mesti dah lama saya give up.

Saya dah guna Vibrance Kegel Device ni dalam seminggu. Kena buat senaman Kegel 2 kali sehari (5 minit setiap sesi) sekurangnya selama sebulan untuk dapatkan kesan. So.. nanti lepas masa sebulan tu saya buat review Vibrance Kegel Device ni dan share pengalaman saya.

So far, saya memang puas hati sangat dengan alat ni. Memang mudah sangat nak buat senaman Kegel dengan alat ini.

Vibrance Kegel Device ni boleh dibeli online kat website: http://www.mybioinfinity.com/products.php.

Boleh juga beli kat major hospitals, Constant & Healthlane Pharmacies dan SHINS.

Sila lawat Bioinfinity website www.myvkd.com  atau telefon customer care line 1700-81-4321untuk maklumat lanjut..

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *