Uri di Bawah Semasa Mengandung | Kena Masuk Wad Hospital Sungai Buloh

Pagi tadi saya ke O&G Hospital Sungai Buloh. Agak lama juga menunggu. Sampai di situ pukul 9.15am (temujanji 9.30am) tetapi hanya dapat berjumpa doktor pakar pada 11.20am.

Terkejut bila doktor tanya:

“Hari ni kena masuk wad kan? Baju semua dah ready?”

Hah. Masa jumpa doktor sebulan lepas tak ada pulak cakap hari ni datang terus masuk wad. Dia hanya kata hari ni datang untuk periksa balik kedudukan uri dan tetapkan tarikh pembedahan.

Ternganga mulut sekejap. Heh heh.

Lepas di scan, kedudukan uri saya masih di bawah dan kekal pada tahap 3. Sekarang saya sudah 35 minggu. Jadi memang confirm kena bedah.

Doktor suruh masuk wad secepat mungkin. Kalau hari ini tak boleh datang esok. Hah?

Saya cuba minta tangguh seminggu sebab konvo anak saya pada 9hb. Tapi doktor mula menakut-nakutkan dengan kemungkinan pendarahan umpama air paip, anak tak selamat dan sebagainya.

Doktor juga ada tanya tentang persetujuan suami isteri untuk ikat saluran peranakan. Hoh?

Uri di Bawah

Dia sarankan saluran peranakan saya diikat supaya saya tidak mengandung lagi. Alang-alang nak bedah jadi terus ikat saluran peranakan sekali.

Terkejut kami. Tidak pernah terfikir untuk ambil pil perancang sebab saya ini golongan yang susah hamil. Ini pula nak ikat saluran peranakan.

Saya pernah keguguran selepas 9 bulan dibedah dalam tahun 2008. Selepas itu kami merancang (menjarakkan kehamilan) secara semulajadi.

3 tahun kemudian baru kami mencuba semula untuk dapatkan anak. Saya berjaya mengandung pada April 2011 (gugur) dan berehat selama beberapa bulan sebelum mencuba semula bermula December 2011.

Saya mengandung lagi dalam bulan Februari tetapi gugur pada usia 6 minggu. Kemudian saya mengandung lagi dalam bulan April 2012.

Memang umur saya sudah 38 tahun. Jika ingin mengandung lagi mungkin dalam masa 2 tahun ketika itu saya sudah 40 tahun.

Uri di Bawah

Memang mengandung di usia lewat sebegini banyak risiko. Tidak mahu saya senaraikan di sini. Tetapi ikat saluran peranakan? Sungguh saya tidak mahu!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Doktor cadangkan supaya saya ikat saluran peranakan sebab saya sudah berumur dan sering alami komplikasi kehamilan yang serius iaitu uri di bawah tahap 2 & 3 dan endometriosis tahap 3. Doktor kata jika saya mengandung lagi banyak sangat risiko pada saya dan bayi.

Kami kena fikir dan maklumkan pada doktor bila datang masuk wad pada 4 December nanti.

uri bawah 3

Ya. Terpaksa juga masuk wad pada Selasa minggu depan. Saya hanya berjaya tangguhkan sehingga hari Selasa sebab saya nak kerja pada hari Isnin untuk tujuan hand-over kerja-kerja pejabat.

Pembedahan akan dilakukan 2-3 hari selepas masuk dalam wad. Harapnya saya dan bayi selamat. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *