Bismillah. Cikros di sini.
Ni cerita lama. Sudah beberapa bulan berlalu. Baru ada masa nak tulis sini. Huhu!
Anak aku Dina tu masa tu umur dia baru 2 TAHUN 4 BULAN. Ada batuk, selsema dan sedikit demam.
Macam biasa aku buat rawatan batuk dan selsema guna rawatan stim dan tepukan percussion. Nampak ada kurang lah.
Tapi aku still bawa ke klinik untuk check tengok juga lah. Tapi klinik yang biasa kami pergi tu tak bukak pulak. So kena pergi klink lain.
Aku pergi satu klinik Mediviron ni. First time pergi klinik ni so kena isi borang maklumat semua tu. Kad pengenalan Dina pun sure lah aku bagi pada penjaga kaunter tu. Prosedur biasa la kan kalau pergi klinik. IC memang kena bagi.
Doktor klinik tu memang friendly dan mesra kanak-kanak. Dina tak cuak pun kena check dengan stetoskop tu. Sebab kat rumah dah biasa main steteoskop. Hehe!
Doktor checked paru-paru Dina okey.. cuma tekak merah sikit. Badan panas tapi tak demam pun.
So doktor prescribed ubat batuk dan ubat demam in case demam. Aku bab demam ni tak risau sangat. Sebab biasanya anak-anak aku time demam akan kebah dalam masa 1-2 hari tanpa makan ubat demam.
Ubat Demam Tablet Uphamol 500 Untuk Toddler Umur 2 Tahun?
Person yang jaga kaunter ubat tu panggil nama Dina dan aku terus ke situ untuk ambik ubat Dina.
Aku macam pelik juga bila nampak dia bungkus ubat demam TABLET. You know, ubat tablet paracetamol yang kena telan untuk makan tu,
Sejak anak anak since Izzah, aku mana pernah dapat ubat demam anak bentuk tablet. Biasa dapat ubat demam dalam botol tu. Fever syrup color orange atau pink.
Tak tau pulak sekarang ada ubat demam bentuk tablet untuk budak kecik. So aku biarkan rasa terkejut itu berlalu.
Aku sempat tanya penjaga kaunter ubat (pharmacist la kan yang jaga tempat ubat tu). Boleh ke bagi ubat demam tablet tu pada Dina. Sambil aku tunjuk pada anak aku Dina yang sedang aku dukung.
Sebab dia kecik mana pandai telan ubat pun. Even Izzah pun mana pernah telan ubat lagi. Kunyah tablet supplemen pernah lah.
Pharmasist tu cakap, ” Ubat demam cecair tu hanya untuk baby kecik. Macam ni.. akak larutkan tablet ubat demam ni dengan air panas. Letak kat sudu dan bagi dia minum”.
Aku yang tengah blur sambil melayan Dina yang meronta nak turun ke bawah tu hanya sempat cakap, “Owhhhh…. ok.”
Cepat-cepat aku keluar dari klinik dan balik ke rumah. Sampai di rumah aku tengok ubat dalam plastik bagi. Nak tersedak tengok jenis ubat yang klink tu bagi pada anak aku yang berumur 2 tahun tu.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
- Ubat batuk Sedilix-Rx Linctus — 10ml 3x sehari
- Ubat demam UPHAMOL 500mg — 2 biji 4x sehari
Aku tau aku bukan doktor atau pharmacist. Tapi preskripsi ubat-ubatan ni macam PRESKRIPSI UBAT DEWASA kan? Macam terlebih OVERDOSE untuk BUDAK UMUR 2 TAHUN!
Gila apa klinik ni bagi preskripsi macam tu untuk budak kecil baru umur 2 tahun lebih!!! Pastu aku terus checked maklumat ubatan tu.
Ubat Batuk Sedilix-Rx Linctus 10ml 3x Sehari
Biasanya kalau anak-anak aku batuk dan selsema, doktor akan bagi ubat batuk yang tak ada kotak tu… yang jenis repack dalam botol.. ubat batuk kanak-kanak yang warna kuning atau hijau. Aku pernah juga dapat ubat batuk yang special untuk pediatric / kanak-kanak.
Memang aku pernah dapat ubat batuk Sedilix-Rx Linctus ni tapi ianya untuk AKU ORANG DEWASA. So aku tahu dosage ubat batuk tu sebijik sama dengan dosage ubat untuk aku makan.
10ml x 3 kali sehari ubat batuk Sedilix-Rx Linctus untuk budak umur 2 TAHUN LOGIK ke? Nak bagi anak aku pengsan tak bangun ke!!
Kat kotak ubat batuk Sedilix-Rx Linctus pulak ada amaran bahaya: Tak boleh beri pada kanak-kanak bawah 2 tahun disebabkan risiko fatal respiratory depression. Boleh bawa maut tu jika terlebih dos!
Ubat Demam Tablet Uphamol 500 2 biji 4x Sehari
Aku memang marah sangat sebab klinik tu bagi ubat Uphamol 500 ini pada Dina!!
Kat belakang tablet tu jelas ada tulis untuk DEWASA & KANAK-KANAK 12 TAHUN KE ATAS!! Giler baboon apa bagi preskripsi ubat tablet Uphamol 500 tu pada BUDAK UMUR 2 TAHUN!! Dosage Tinggi 4000mg NAK MEMBUNUH KE??
Sebiji tablet Uphamol tu ada 500mg Paracetamol. Kalau 2 biji 4 kali sehari cuba kira berapa mg? 4,000 mg! Budak umur 1-5 tahun saranan dos paracetamol maksima sehari hanya 1,000mg. Ni dah OVERDOSE bagi anak aku sampai 4,000mg PARACETAMOL memang nak membunuh. Huhu!
Nasib baik aku ni bukan jenis yang lurus bendul bagi terus ubat-ubatan tu pada anak aku. Aku ni ada jugak lah pengetahuan tentang ubat.
Tapi kalau dapat kat mak-mak yang jenis tak tau. Yang lurus bendul terus bagi anak makan iku saranan klinik? Tak mengundang bala ke?
Aku tak tahu siapa yang silap. Doktor yang salah prescribed atau orang jaga ubat yang salah baca prescription doktor. Tapi aku rasa orang yang bagi ubat tu yang salah baca atau tersalah tengok prescription orang lain. Huhu!
Kawan-kawan aku cakap orang jaga kaunter ubat kat klinik GP tu ramai BUKAN PHARMACIST BERTAULIAH pun. Ada yang lepasan SPM je kerja bagi ubat pada orang!! Mereka ada kenalan yang kerja klinik bagi tau. Omakgorg!
Nota: Aku patut pergi serang klinik tu untuk penjelasan. Tapi aku tak pergi sebab busy jaga anak aku kan sedang sakit dan anak-anak lain sekolah. Klinik tu pulak jauh dari rumah aku dan suami aku tak dapat nak hantar aku sana. So kes salah bagi ubat ni no action taken lah. Aku just share sini supaya omak abah hati-hati dan jangan percaya terus dengan ubatan yang diberikan. Check dulu dosage tu.