Tunku Kurshiah College | TKC OGA Open Day 2011

Dah seminggu lebih TKC OGA Open Day ni tapi baru hari ni nak story… dah basi lah.. 

Anyway, as I mentioned dalam entri sebelum ni… Tunku Kurshiah College ada buat Old Girls Open Day pada 1st May 2011. Sebab tahun ni adalah ulang tahun ke 20 sejak I meninggalkan sekolah tercinta kat Bukit Merbah, Seremban tu dan sebab tahun ni tahun terakhir Open Day diadakan kat TKC Seremban.. so I mesti mau pergi maah.

Next year Tunku Kurshiah College akan pindah ke kawasan baru yang lebih glam gitu iaitu Enstek, Nilai.  Nak tau glam ke tak TKC Enstek tunggu next year kalau I pergi TKC Open Day…he..he

Berbalik pada cerita pasal TKC OGA Open Day 1st May tu…

TKC OGA Open Day 2011

Kami tersesat!!! Tersesat dalam bandar Seremban yang tak berapa besar sangat tu. Maklumlah.. dah berpuluh tahun tak ke Seremban. Dekat pukul 10 pagi baru sampai TKC!!

Sampai je terus parking kat padang dan masuk dalam Dewan Budiman tengok konsert..he..he

TKC OGA Open Day 2011

So.. kami memang terlepas the speeches, tarian oleh form 4 Siti Zawiah, sajak dari batch 82-86 dan nyanyian hebat dari kak Pudy. 

TKC OGA Open Day 2011

Tapi… kami sempat tengok anak kak Pudy (Lokman) nyanyi lagu medley termasuklah lagu Beiber yang memang budak zaman sekarang tergila-gila. Menjerit-jerit budak-budak TKC tu semua *teringat zaman dulu-dulu..ha..ha*

TKC OGA Open Day 2011

Lepas tu ada seorang lagi sedara kak Pudy (nephew kot) nyanyi lagu Marry You dan yang terbaeeek lagu Waka Waka.  Sekali lagi terjerit-jerit la penonton yang mostly Old Girls dan juniors TKC semua tu.. Siap ada naik atas stage join joget sama-sama…  mabeles bebeh.. aha..ha. 

TKC OGA Open Day 2011

I lupa yang I belum register so keluar dulu registerkan diri mengikut rumah masing-masing *Selendang Delima lah i* dan dapat TKC OGA Goodie Bag *mug & button badge yang Izzah suka pakai sampai sekarang he..he*

I pergi side door Dewan Budiman untuk ambik gambar sambil sekodeng old girls semua tu.. tapi sekali imbasan macam tu memang I takleh cam sapa-sapa.. ye lah.. masing-masing dah berubah 360 darjah.. kena tenung sorang-sorang kot baru boleh cam.. dah lah I tak pergi masa 20th Year Reunion tu.. so memang blur-blur nak cam muka my batch ni..he..he

I ada nampak Zamzarina Zambri (pengacara Apa Kata Wanita TV1) tapi sempat senyum je. Rasanya dia tak kenal I dah pun.. Dulu kami satu dorm (Honululu) masa I form 4 dan dia form 5. 

Lepas konsert tamat ada macam-macam games. Satu pun I tak join cuma tengok keja-kejap je sebab agenda utama I nak ambik gambar Tunku Kurshiah College banyak-banyak..ha..ha

Sempat juga pergi bazaar jual buahan dan cenderahati. I cuma beli fridge magnet hasil tangan batch 86 dan juga beli T-Shirt I Love TKC. Sempat juga bertegur sapa dengan Rozana Sani *wartawan NST yang datang rumah I tu rupanya ex-TKC juga..  kecik kan dunia nih*

TKC OGA Open Day 2011

Registration OGA tu buat dekat sebelah Blok G tu je. Oh.. kat situ ada dorm Selendang Delima juga. I duduk dorm Randia masa form 5 together with Hanim, Shazmin (bekas DJ Mix FM), Anor, Farid, Watot, Nira dan eh.. siapa lagi eh.. lupa dah.. 20 years ago punya cerita ni..hu..hu

TKC OGA Open Day 2011

Sempat juga berjalan di Lovers Lane dan teman Izzah main kat exercise area ni. 20 tahun dulu rasanya tempat exercise ni tak wujud tau.

TKC OGA Open Day 2011

Sempat juga tengok old girls dan juniors main netball. I tak minat sangat netball ni. 

TKC OGA Open Day 2011

Sementara babahnya berehat sambil tengok basketball/hoki.. I cepat-cepat bawa Izzah masuk rumah Selendang Delima.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

TKC OGA Open Day 2011

Wohooo… lounge rumah hijau ni memang sangat berbeza after 20 years.. I mean the decoration la.

TKC OGA Open Day 2011

Meja prep pun tak de dah.. pastu tetiba ada satu corner kecik siap dihias langsir macam bilik pengantin. Rupanya.. tu reading corner…he..he

Tengok la tu Izzah duduk dengan sungguh stylo sekali. 

TKC OGA Open Day 2011

I sempat masuk dorm Bougainvilla…

TKC OGA Open Day 2011

dan juga Honolulu. Ya.. nama-nama dorm kat TKC ni memang nama pelik-pelik. Semua nama bunga I rasa..he..he

Nampak tak bedsheet hijau yang sama je tu? 20 tahun dulu lain rupa bedsheet Selendang Delima ni.. Dulu ada petak-petak hijau apple macam tu.

Bangunan di Tunku Kurshiah College ni semuanya masih sama. Ada satu bangunan baru kat hujung padang – bangunan Pusat Sumber. Surau yang dulu I jadi imam pun masih sama je rupanya.

TKC OGA Open Day 2011

Tapi satu je yang I rasa lain – semua benda kelihatan sangat kecil berbanding masa I jadi pelajar TKC 20 tahun dulu. Masuk Dewan Budiman rasa macam kecik je dewan padahal dulu rasa dewan tu la paling besar..he..he

TKC OGA Open Day 2011

Bila naik tangga nak ke dorm pun pesal rasa tangga tu kecik je. Even masuk toilet pun I rasa toilet tu kecik. Tak kan badan I membesar kot…ha..ha

TKC OGA Open Day 2011

 

8 Comments

  • Dulu saya pernah masuk ‘boarding school’ juga kak, tapi saya lari..hehe..saya mcm ‘rebel’ skit. Masa tu saya tak suka ada aturan utk semua benda, prep dsb. Bila dah tua2 ni baru saya faham, one of the purpose, dia nak train kita for real life..huhu

    • nia, wahh.. dasat nia ni.. tak sangka rebel jugak ye..he..he

      pegi duduk boarding school ni ajar budak berdikari sebenarnya.. dan juga macam mana nak survive kena buli dengan seniors..he..he

  • Akhirnya dah up citer pasal OGA…wah meriah betul ek..I pegi the day before aman damai jer…tapi takle masuk smpi ke dorm..and its true..rasa semua pun kecik jer…even dining hall..

    • ida, memang meriah betul.. tapi tak tahan panas berbahang hari tu.. puteri lilin la katakan ..he..he

      i pegi terjah semua kecuali kelas je sebab dah tak larat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *