Tudung Sekolah Putih | Apa Beza Warna Tudung Sekolah Putih Nila dan Putih Mutiara?

Salam ceria! Cikros di sini.

Tudung sekolah putih TudungSiComel ada pilihan 2 warna iaitu Putih Nila dan Putih Mutiara.

Warna Putih Nila ni biru ke? Mudah saja nak bandingkan warnanya sebab perbezaan agak ketara.

Putih Nila bukan lah warna biru seperti yang kita selalu dengar, ianya putih tapi sedikit sahaja kebiruan.

Tips Tudung Sekolah | Keselesaan Tudung Sekolah Bergantung Kepada Potongan dan Material Yang Digunakan

Kebiasaannya ibu-ibu lebih suka warna putih nila sebagai warna baju sekolah dan tudung sekolah agar sentiasa kelihatan baru dan sukar untuk kelihatan lusuh walaupun digunakan berulang kali

Berbeza pula dengan warna Putih Mutiara. Putih Mutiara adalah warna putih bersih, dekat dengan warna putih susu

Mudah puan nak beza warna putih nila dan putih mutiara selepas ini kan?

Untuk pengetahuan puan, kesemua tudung sekolah awning lembut dan awning scuba beserta Inner Rainbow keluaran TudungSiComel adalah diperbuat daripada material yang sama iaitu Lycra Korea Original.