Salam ceria! Cikros di sini.
“Tak sampai hati laa nak jahit dan jual tudung untuk budak dari material murah… kalau pelanggan nak beli tudung murah, boleh jer beli di mana-mana… tujuan kita wujudkan TudungSiComel nie sebab nak bantu memudahkan ibu-ibu untuk dapatkan tudung yang Mudah, Lembut dan Selesa dipakai…” ~ En Syah
“Alang-alang kita nak membantu Si Comel belajar bertudung, baik kita hasilkan tudung dari material yang elok terus, selesa dipakai… mudah-mudahan Si Comel terus gemar bertudung… lagipun kain elok bukan lah mahal sangat, harga pun lebih sikit sahaja, beza seringgit dua sahaja” ~ En Syah
“First experience dorang bertudung mestilah dengan tudung yang selesa… kalau tak selesa takut nanti Si Comel akan rasa bertudung nie satu pakaian yang tidak selesa, panas dan rimas… inilah misi kita di TudungSiComel, menghasilkan tudung yang SELESA” ~ En Syah