Salam ceria! Cikros di sini.
Setiap tempahan tudung sekolah TudungSiComel disertakan dengan JAMINAN 180 HARI.
Sekiranya bungkusan yang puan terima ada sebarang masalah, mohon membuat aduan dengan segera agar kita dapat bantu menyelesaikan masalah tersebut.
Jika Si Comel tak selesa ataupun puan rasa tak gembira dengan produk yang diterima, jangan risau semuanya termasuk dalam jaminan kita.
Yang penting, sumber rezeki yang kami terima adalah dari hasil senyuman puan dan Si Comel.
BORANG ADUAN
Jika puan membeli terus dari laman web (tidak melalui Cikros), puan boleh hantar sendiri aduan melalui Borang Aduan berikut.
Sila klik pada link ini: http://bit.ly/aduan-tudungsicomel
Tetapi jika puan membeli melalui Cikros selaku Wakil Jualan TudungSiComel , puan tidak perlu risau sebab saya sendiri akan uruskan aduan puan dan sampaikan terus kepada pihak pengurusan untuk tindakan pantas.