Salam ceria! Cikros di sini.
Kebanyakan tudung sekolah getah dagu lain di pasaran mempunyai getah gerigi tajam di bahagian dagu.
Jahitan getah gerigi tajam pada dagu tudung sekolah sebegini sebenarnya kurang selesa kerana agak tajam dan akan meninggalkan bekas / kesan getah pada dagu Si Comel.
Jika anak-anak mempunyai kulit sensitif, penggunaan tudung sekolah getah berdagu gerigi tajam sebegini akan menyebabkan kegatalan.
Ibu mahu anak pakai tudung sekolah bergetah tapi Si Comel gatal-gatal di leher membuatkan ibu pun tak senang hati pula.
Jadi TudungSiComel hasilkan tudung sekolah getah berdagu yang lebih baik dan lebih selesa dari tudung dagu getah gerigi tajam. Hanya yang terbaik untuk Si Comel puan!
Innovasi terbaru kita adalah tudung sekolah awning scuba dagu flip berlapik 2-in-1!
Dengan dagu berlapik 2-in-1, apabila si comel lipat lapisan dagu di bahagian leher, tudung akan berubah kepada tudung dagu bergetah yang lembut dan selesa melekap di pipi si comel yang gebuuuu itu.
PINLESS dan tak gatal di bahagian dagu. Si Comel tak perlu pin-pin tudung dah! Dagu pun tak gatal-gatal lagi apabila berpeluh.
Keselesaan Si Comel keutamaan kami ❤️