Salam ceria! Cikros di sini.
Berita baik! Tak lama lagi TudungSiComel akan mengeluarkan tudung sekolah dagu getah khas untuk Si Comel puan.
Tudung sekolah getah dagu istimewa TudungSiComel adalah dari jenis tudung sekolah awning scuba.
Gabungan tudung sekolah awning scuba dan getah berdagu pasti membuatkan Si Comel puan lebih selesa, ceria dan gembira bertudung ke sekolah.
Tudung Sekolah Getah Berdagu Tak Perlu Pin dan Brooch Lagi
Kebiasaannya pemakai tudung sekolah TudungSiComel yang membeli saiz yang tepat mengikut ukuran lilit muka tak perlu pakai pin atau brooch. Sebab lilit muka tudung sekolah sudah sesuai dan padan dengan muka si pemakai.
Namun ada situasi di mana anak yang kecil perlu meminjam atau mewarisi tudung sekolah si kakak yang sedikit besar jadi perlu juga pakai brooch atau ibu kena menjahit di dagu untuk kecilkan ruang muka besar.
Tudung sekolah dagu bergetah dapat menyelesaikan semua masalah ini.
Ada juga ramai ibu-ibu yang mahu membeli tudung sekolah getah berdagu kerana tudung jenis ini sedang viral. Semua benda viral ibu nak cuba kan?
Jadi untuk memenuhi permintaan ibu-ibu, TudungSiComel akan menghasilkan tudung sekolah getah berdagu design istimewa yang berbeza dan lebih selesa daripada tudung sekolah dagu getah lain di pasaran.
Kelebihan Tudung Sekolah Getah Dagu TudungSiComel
Kebanyakan tudung sekolah getah dagu lain di pasaran mempunyai getah gerigi tajam di bahagian dagu. Getah gerigi sebegini menjadikan dagu tudung sekolah memeri / fleksibel, jadi tidak lagi perlukan pin atau brooch.
Tetapi jahitan getah gerigi tajam pada dagu tudung sekolah sebenarnya kurang selesa kerana agak tajam dan akan meninggalkan bekas / kesan getah pada dagu Si Comel.
Jika anak-anak mempunyai kulit sensitif, penggunaan tudung sekolah getah berdagu gerigi tajam sebegini akan menyebabkan kegatalan.
Jadi TudungSiComel hasilkan tudung sekolah getah berdagu yang lebih baik dan lebih selesa dari tudung dagu getah gerigi tajam. Hanya yang terbaik untuk Si Comel puan!
Design tudung sekolah getah berdagu TudungSiComel diberi nama Pelapik Dagu Mini 2 in 1. Keistimewaanya ialah:
- Pelapik dagu mini 2 kegunaan. Boleh dilipat ke dalam dan memeri seperti bergetah. Jika dilepaskan akan menjadi pelapik dagu yang selesa dipakai, seolah-olah melekap di muka.
- Tudung sekolah getah dagu awning scuba. Tudung mesra ibu, Senang jaga. Senang basuh. Gulung masuk dalam beg pun tak patah.
- Cutting muka dijamin fit, kejap dan paling penting SELESA. Tak longgar dan tak ketat. Pasti melekap cantik di muka anak anda.
- Tudung sekolah awning scuba pinless / tanpa pin dengan getah berdagu unik.
Tudung sekolah getah dagu TudungSiComel akan disiapkan dan dijual bulan depan bulan ini, insyaAllah.
Tapi anda boleh mencuba Tudung Marshmallow Zara Scuba Berdagu 2 in 1 yang baru dilancarkan semalam. Tudung kasual ini menggunakan design Pelapik Dagu Mini 2 in 1 yang sama.
Cikros hanya fokus jual tudung sekolah sahaja. Jika puan nak beli tudung kasual TudungSiComel boleh terus ke website TudungSiComel. Klik link ini ===> Tudung Kasual Tudung Si Comel
Berita Baik!! Tudung sekolah dagu bergetah dengan Pelapik Dagu Mini 2 in 1 TudungSiComel kini boleh dibeli dengan Cikros!! Harga sehelai RM24.90 untuk semua saiz dan warna.