Tudung Sekolah Dagu Getah | 7 Keistimewaan Tudung Sekolah Scuba Dagu Bergetah TudungSiComel

Salam ceria! Cikros di sini.

Semalam Cikros baru bagi hint tentang produk terbaru TudungSiComel iaitu tudung sekolah awning scuba dagu bergetah. Hari ini anda sudah boleh membelinya untuk anak anda! Yeay!

Tudung sekolah dagu getah TudungSiComel adalah design yang istimewa kerana ianya LEBIH SELESA berbanding tudung sekolah dagu getah lain di pasaran.

Tudung Sekolah Awning Scuba Tudung Sekolah Soft Awning Lembut

7 Kelebihan Tudung Sekolah Scuba Dagu Getah TudungSiComel

1. Dihasilkan Dari Material Lycra Korea Original 280gm

Tudung sekolah dagu getah awning scuba TudungSiComel dibuat daripada kain Lycra Korea Original yang tak jarang, lembut dan sejuk dipakai.

Tudung Sekolah Awning Scuba Tudung Sekolah Soft Awning Lembut

Material tudung ini sesuai bukan hanya untuk pergi ke sekolah, tetapi juga untuk aktiviti harian anak-anak yang aktif seperti mengaji, pergi kelas tambahan, bermain di taman, aktiviti ko-kurikulum, gotong-royong sekolah, bersukan dan sebagainya.

Kain Lycra Korea Original tudung sekolah dagu bergetah awning scuba TudungSiComel juga ringan, cepat kering, mudah dijaga dan mudah dibasuh dalam washing machine.

2. Awning Scuba teknik jahitan LAPS3

Tudung sekolah getah dagu awning scuba dijahit dengan teknik jahitan LAPS3 yang memastikan tudung sekolah si Comel mudah terbentuk dan terletak cantik sepanjang waktu persekolahan.

Senang jaga. Senang basuh. Gulung masuk dalam beg pun tak patah.

Tudung Sekolah Awning Scuba Tudung Sekolah Soft Awning Lembut

Tiada lagi masalah awning kelepet-kelepet. Si Comel puan kelihatan lebih kemas dan istimewa

Mudah dibasuh mesin dan in shaa Allah tahan lasak sesuai untuk Si Comel yang aktif.

3. Pelapik Dagu Mini Memeri (Bergetah) 2 in 1

Pelapik dagu mini 2 kegunaan adalah design tudung sekolah dagu getah ekslusif TudungSiComel yang terbaru.

Keistimewaan pelapik dagu mini ini adalah ianya berfungsi seperti getah dagu, boleh dilipat ke dalam menjadi pelapik dagu memeri (bergetah) yang akan melapik dagu di bahagian dalam dengan lebih lembut berbanding getah gerigi tajam seperti tudung bergetah biasa.

Tudung Sekolah Awning Scuba Tudung Sekolah Soft Awning Lembut

Apabila dilipat keluar, ianya menjadi pelapik dagu luar dan ianya akan membuatkan tudung lebih melekap di muka dan lebih selesa.

Tudung Sekolah Dagu Getah Awning Scuba TudungSiComel

4. Cutting Muka Dijamin Fit, Kejap dan SELESA

Tudung sekolah dagu bergetah TudungSiComel tidak memerlukan pin / brooch di dagu keranan cutting muka yang tidak longgar dan tidak ketat. Pasti melekap cantik di muka anak anda.

Tudung Sekolah Awning Scuba Tudung Sekolah Soft Awning Lembut

Pelapik dagu mini tudung sekolah dagu getah ini boleh dilipat kedalam dan memeri seperti bergetah.

Melapik bahagian dagu Si Comel dengan lebih kasih sayang. Tiada lagi getah bergerigi mengigit dagu-dagu yang comel.

Pelapiknya juga boleh dilipat keluar menjadi tudung berdagu dan lebih kemas, melekap di muka dan selesa dipakai.

5. S-Shape Cutting Bahu Cantik Terletak

Tudung sekolah dagu bergetah TudungSiComel mempunyai S-Shape Cutting pada bahu menjadikannya membentuk mengikut bahu Si Comel dan memberi keselesaan maksima.

Tudung Sekolah Awning Scuba Tudung Sekolah Soft Awning Lembut

Tiada lagi masalah bahu gelebeh jatuh menutupi separuh badan. S-Shape Cutting TudungSiComel automatik akan terletak cantik!

6. Empat Saiz Favorite Tudung Sekolah

Tudung sekolah dagu getah TudungSiComel dijahit dengan empat ukuran khas iaitu SS, S, M dan L.

 

Tudung Sekolah Awning Scuba Tudung Sekolah Soft Awning Lembut

Ukuran kami adalah ukuran istimewa agar ianya ‘terletak elok’ dan selesa dipakai.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

  • SS : anggaran umur sesuai dari 5 hingga 9 tahun
  • S : anggaran umur sesuai dari 9 hingga 11 tahun
  • M : anggaran umur sesuai dari 11 hingga 15 tahun
  • L : anggaran umur sesuai dari 15 hingga dewasa

Tudung Sekolah Awning Scuba Tudung Sekolah Soft Awning Lembut

7. Tudung Sekolah Dengan Jaminan 180 Hari

Tudung sekolah TudungSiComel satu-satunya penjual tudung sekolah yang memberikan JAMINAN 180 HARI = 6 BULAN = 1/2 TAHUN kepada anda.

Jika tidak selesa, boleh dipulangkan atau ditukar. Kita hanya nak Si Comel puan SELESA dan GEMBIRA bertudung kerana Si Comel puan adalah Si Comel kami juga. … kita hanya nak yang berbaik buat mereka

Yang penting Si Comel SELESA dan GEMBIRA menggayakannya

Harga Tudung Sekolah Dagu Getah TudungSiComel

Harga tudung sekolah dagu bergetah awning scuba TudungSiComel ialah RM24.90 sehelai. Pilihan warna ialah putih nila, putih mutiara, biru pengawas, biru gelap dan hitam.

Tudung Sekolah Awning Scuba Tudung Sekolah Soft Awning Lembut

Sudah pasti harganya berbaloi dengan 7 kelebihan yang ada pada tudung sekolah dagu getah ini berbanding yang lain di pasaran. Ada jaminan 180 hari!

Tudung Sekolah Dagu Getah Awning Scuba TudungSiComel