Tudung Sekolah | Beli Tudung Sekolah Online Yang Mudah Terbentuk, Kemas, Sejuk & Selesa (Jaminan 180 Hari)

Salam ceria! Cikros di sini.

Pejam celik. Tinggal 4 bulan lagi nak masuk sesi persekolahan baru. Omak abah yang first time anak nak masuk sekolah tahun depan mesti excited kan? Akak pun pernah rasa macam tu. Hehe!

Akak ada tulis tentang Panduan Beli Barang Keperluan Sekolah Anak kat blog personal akak. Bacalah. Semoga membantu.

Sekarang akak nak cerita tentang salah satu barang keperluan sekolah anak perempuan iaitu TUDUNG SEKOLAH .

Masa anak akak, Izzah masuk darjah satu, akak plan tak nak bagi Izzah pakai tudung masa sekolah kebangsaan. Kecik lagi kan. Bila makan mesti comot tudung tu. Kaler putih tu.

Tapi bila fikir time Pendidikan Islam kena pakai tudung, so better bagi dia pakai teruslah. Tak lah dia kena bebel sebab kes tudung hilang. Haha!

Sebelum hari orientasi, akak ada beli sehelai tudung sekolah kat Giant. Tak guna pun sebab tudung sekolah kain licin jenis dua layer *style dulu-dulu*. Izzah tak reti pakai sebab kena semat pin kat kepala barulah tudung tu nampak kemas. Tak comel eh!

Tudung Sekolah Awning Scuba Tudung Sekolah Soft Awning Lembut

Akak juga ada beli sehelai tudung sekolah dari satu kedai kelengkapan sekolah di Sungai Buloh. Pakai sekali sahaja masa orientasi tu. Lepas tu tak guna jugak sebab kain nipis sangat dan bila Izzah pakai herot berot pulak gayanya. Tak comel!

Pening kepala akan nak cari tudung sekolah yang sesuai untuk budak 7 tahun. Budak usia ni mana tahu jaga penampilan diri lagi.

Masa pun suntuk sangat nak buat survey kat kedai. Sibuk dengan kerja lagi. So, sebagai online shopper tegar, akak pun search lah internet. Niat nak beli tudung sekolah online je senang.

Search punya searchhhh… at last… jumpa jugak satu kedai tudung sekolah online ni: TudungSiComel.com

Tudung Sekolah Awning Scuba Tudung Sekolah Soft Awning Lembut

Teruja sungguh akak tengok pelbagai koleksi tudung kanak-kanak kat kedai tudung online tu. Rambang mata omak!

Akak suka kedai tudung sekolah online TudungSiComel.com sebab selain tudung sekolah awning lembut yang best, ada juga tudung kasual untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Tudung sekolah kat kedai tudung sekolah online ni ada 21 warna. Putih, hitam, hijau tua, hijau muda, pink dan ungu. Tudung badan beruniform sekolah seperti pengakap, pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber pun ada.

Tudung Sekolah Selesa dan Lembut

Memang sangat lembut tudung sekolah ni. Selesa, sejuk dan tak rimas untuk budak sekolah yang aktif macam Izzah ni hehheee.

Tudung Sekolah Awning Scuba Tudung Sekolah Soft Awning Lembut

Sebagai mak akak suka tudung sekolah instant jenis awning lembut macam ni. Sebab mudah dipakai dan mudah dibasuh. Kotoran dari makanan berminyak dan coklat jugak senang tanggal.

Akak pilih warna putih nila sebab sentiasa nampak baru dan bersih walau dibasuh berkali-kali dengan mesin basuh. Warna tudung sekolah tetap cantik. Tak payah celup nila lagi dah!

Tudung Sekolah Awning Scuba Tudung Sekolah Soft Awning Lembut

Kira kualiti terbaiklah kain tudung sekolah yang dibuat dari Lycra Korea ni.

  • Awning Lembut yang MUDAH dibasuh menggunakan mesin basuh dan tidak rosak
  • Lycra Korea LEMBUT, sejuk dan selesa dipakai
  • Potongan @ cutting yang selesa dan cantik dipakai
  • Warna putih nila yang sentiasa kelihatan bersih
  • Mudah dipakai sendiri oleh kanak-kanak

tudung sekolah awning scuba soft awning lembut tudungsicomel 001 2a 1

Saiz tudung sekolah ni juga ada tiga pilihan:

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

  • Umur 4 – 7 tahun sesuai Saiz SS (labuh 12 +/- 1 inci)
  • Umur 8 – 10 tahun sesuai Saiz S (labuh 14 +/- 1 inci)
  • Umur 10 – 12 tahun sesuai Saiz M (labuh 16 +/- 1 inci)
  • Umur 12-15 tahun sesuai saiz L (labuh 20 inci +/- 1 inci)

Akak beli saiz SS yang memang padan dengan saiz badan Izzah.

Tahun pertama beli tudung sekolah (2015) dan akak hanya gantikan tudung sekolah baru semasa Izzah masuk darjah 3 (2017). Memang tahan lama!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *