Tudung Sekolah Awning Scuba | Kenapa Tudung Sekolah Awning Scuba Menjadi Pilihan Ibu-Ibu di Malaysia?

Kenapa Tudung Sekolah Awning Scuba Jadi Pilihan?

Sejak I menjadi Wakil Jualan TudungSiComel, tudung sekolah awning scuba adalah jenis tudung sekolah yang paling banyak ibu-ibu beli.

Malah, I sendiri sebagai ibu kepada 2 orang anak perempuan, pun sangat suka dan jatuh cinta dengan awning scuba.

Tudung Sekolah Awning Scuba

Bukan sahaja anak-anak I pakai tudung sekolah dan tudung kasual awning scuba, tapi I pun sama juga pakai tudung kasual awning scuba.

Tudung awning scuba ini tak payah iron pun awning masih terbentuk cantik. Tu yang I paling super love sangat tau. Nak pergi mana-mana senang. Capai dan sarung.

Awning Scuba Tu Apa?

SCUBA tu sebenarnya nama sejenis kain. Bukan lah tudung awning scuba ni boleh pakai untuk pergi SCUBA DIVING pulak.

Tudung Sekolah Awning Scuba

Material scuba ini sedikit tebal tetapi lembut. Macam span tapi bukan span.

Tudung Sekolah Awning Scuba

Apabila kain scuba dibuat awning tudung, kejadiannya lebih kemas, cantik dan terletak. TAHAN LASAK pun ye juga.

Kelebihan Tudung Sekolah Awning Scuba

Antara kelebihan tudung awning scuba ialah:

  • Awning tahan lasak, boleh di iron, tak mudah lembik
  • Boleh basuh dalam mesin basuh
  • Jahitan muka ngam2 tak perlu pakai pin
  • Tahan lasak, tahan lama, kualiti terbaik
  • Senang jaga

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini


Home