Salam ceria! Cikros di sini.
Insya-Allah, ASUH akan tampil dengan produk baharu, Tudung Sekolah Awning Scuba Asuh tidak lama lagi dalam bulan November ini.
Majalah Asuh keluaran syarikat Galeri Ilmu adalah majalah dalam bahasa Melayu yang menyasarkan kanak-kanak yang berumur di antara 5 hingga 14 tahun.
Selain majalah Asuh dan buku, Galeri Ilmu juga mengeluarkan baju muslimah t-shirt kanak-kanak perempuan yang comel dan menarik.
Terbaru, Galeri Ilmu akan memasarkan tudung sekolah awning scuba Asuh sempena kempen kembali ke sekolah tahun 2020.