Salam ceria! Cikros di sini.
Pihak Majalah Asuh (Galeri Ilmu) akan melancarkan Tudung Sekolah dan Pakaian Kanak-kanak Muslimah (lengan labuh) mereka tidak lama lagi dan sehubungan itu, Asuh sedang mencari Wajah-wajah Comel untuk menggayakannya.
TudungSiComel kita telah dilantik untuk membantu Pihak Asuh membuat carian model dan kita sangat berharap agar Si Comel puan dapat mewarnai Majalah Asuh yang tidak asing lagi bagi kita semua
Model akan dipilih dari dua kategori iaitu:
- Model jarak dekat : berada di sekitar Kota Damansara (HQ Galeri Ilmu)
- Model jarak jauh : di mana kita akan poskan produk-produk terbaru untuk digayakan sendiri (dengan bayaran upah photoshoot)
In shaa Allah kita akan pilih dan akan shortlistkan 30 mereka yang terpilih untuk kita ramai-ramai buat pemilihan akhir.