Salam ceria! Cikros di sini.
Cikros share sini 3 Tips Memilih Tudung Sekolah yang selesa untuk anak-anak ke sekolah.
1. Kenali Jenis Kain Tudung Sekolah
- Jenis kain yang biasa digunakan untuk tudung ialah crepe, moss-crepe, satin, cotton dan lycra.
- Ramai yang beranggapan kain lycra adalah kain yang melekat. Pandangan mereka ‘asal kain lycra mesti melekat dan tidak selesa’
- Tetapi, berbeza dengan kain Lycra Korea Original, fabriknya bersifat lembut, gebu, tidak kesat, tidak nipis dan tidak terlalu tebal.
2. Ketahui Jenis Potongan Tudung Sekolah
- Antara jenis potongan yang popular di pasaran adalah potongan V, potongan S dan potongan bulat.
- Jenis potongan tudung sekolah yang dikehendaki hendaklah betul dan bersesuaian dan memberi keselesaan.
3. Ketahui Saiz Yang Sesuai Dengan Tubuh
- Saiz tudung sekolah yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada si comel melakukan aktiviti dan tugasan yang diberikan. Apa yang lebih penting, saiz yang sesuai dapat menjaga aurat dengan sempurna.