Mencari Tudung PRS?
Salah satu jawatan pelajar di sekolah ialah PRS iaitu singkatan kepada Pembimbing Rakan Sebaya.
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah seorang pelajar yang dilantik dan dilatih oleh cikgu kaunselor di sekolah, bagi tujuan membantu dalam proses kaunseling secara tidak langsung di antara seorang kaunselor dan murid yang bermasalah.
Dengan kata lain, PRS menjadi “mata dan telinga” (agen penyebar maklumat) bagi guru tersebut mengenal pasti murid yang mempunyai masalah di sekolah.
Ciri-ciri seorang PRS pula hampir sama dengan seorang kaunselor, di mana mereka harus menjadi seorang pendengar yang setia, seorang yang empati, jujur dan amanah, serta penerimaan tanpa syarat.
Peranan Pembimbing Rakan Sebaya sangat penting kerana ramai pelajar sekarang lebih suka bercerita mengenai masalah mereka dengan kawan-kawan, berbanding bercakap dengan ibu bapa atau guru di sekolah.
Uniform Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Baju uniform PRS untuk pelajar perempuan biasanya ialah:
- baju kurung ungu muda (light purple) / baju kemeja lengan panjang
- kain sarung ungu tua (dark purple)
- tudung sekolah warna ungu muda
- vest PRS yang mempunyai logo PRS (dipakai apabila bertugas)
Ada juga sekolah yang membenarkan Pembimbing Rakan Sebaya untuk memakai baju sekolah biasa (baju putih, kain biru tua dan tudung putih) namun mewajibkan pemakaian vest PRS sepanjang masa.
Tudung PRS Pembimbing Rakan Sebaya
Warna tudung sekolah PRS Pembimbing Rakan Sebaya sekolah rendah dan sekolah menengah adalah sama iaitu UNGU MUDA.
Anak ibu dilantik menjadi Pembimbing Rakan Sebaya? Tahniah Cikros ucapkan.
Jika anak perlukan tudung PRS warna ungu muda yang selesa, sejuk, lembut, senang dipakai, mudah dijaga, boleh dibasuh mesin dan awning kekal terbentuk cantik, Cikros sarankan ibu untuk beli tudung PRS Pembimbing Rakan Sebaya warna ungu muda AWNING SCUBA.
Warna ungu muda awning scuba TudungSiComel adalah sepadan dengan warna vest PRS.
Pastinya kewibawaan anak ibu sebagai seorang Pembimbing Rakan Sebaya lebih terserlah apabila memakai tudung ungu muda awning scuba ini.
Ciri-Ciri Menarik Tudung Sekolah PRS
- Awning scuba mudah dipakai, terbentuk cantik dan senang dibasuh
- Kain lycra Korea yang lembut, sejuk, ringan dan tahan lasak
- Tidak perlukan pin atau brooch, pinless!
- Kemas terletak pada muka dan awning kekal cantik
- Dijahit dengan penuh kasih sayang untuk keselesaan si Comel
- Warna ungu muda matching dengan vest PRS
- Terdapat dalam saiz SS, S, M dan L
- Harga sama untuk semua saiz, semestinya mampu milik
Saiz Tudung Pembimbing Rakan Sebaya PRS
Tudung sekolah warna ungu muda PRS TudungSiComel dijahit dengan empat ukuran khas iaitu SS, S, M dan L.
Ukuran tudung sekolah Pembimbing Rakan Sebaya PRS kami adalah ukuran istimewa agar ianya terletak elok dan selesa dipakai.
- SS : anggaran umur sesuai dari 5 hingga 9 tahun
- S : anggaran umur sesuai dari 9 hingga 11 tahun
- M : anggaran umur sesuai dari 11 hingga 15 tahun
- L : anggaran umur sesuai dari 15 hingga dewasa
Tudung Sekolah PRS Dengan Jaminan 180 Hari
Tudung sekolah warna ungu muda untuk Pembimbing Rakan Sebaya PRS TudungSiComel satu-satunya penjual tudung sekolah yang memberikan JAMINAN 180 HARI = 6 BULAN = 1/2 TAHUN kepada anda. Jika tidak selesa, boleh dipulangkan atau ditukar.
Harga Tudung Pembimbing Rakan Sebaya PRS
Harga tudung sekolah awning scuba warna ungu muda PRS TudungSiComel ialah RM19.90 sehelai untuk SEMUA SAIZ.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Home