Al-Fatihah kepada 3 orang yang maut semasa tragedi pasar Ramadhan Jasin beberapa hari yang lalu (Jumaat 13 Ogos). Dua peniaga dan seorang pengunjung meninggal dunia akibat terkena tapak kaki besi khemah yang diterbangkan ribut. 17 orang dilaporkan cedera.
Ribut cuma 4 minit tapi bila tengok gambar selepas kejadian, terngangga mulut ana sekejap. Kalau tengok video tragedi pasar Ramadhan Jasin kat YouTube.. lagi lah tak terkata.
Habis semua 21 khemah besar peniaga pasar Ramadhan Jasin diterbangkan ribut.
Peniaga, Mohd Abd Latip, 56, berkata sebelum kejadian angin bertiup dengan kencang sebanyak dua kali, namun tiupan terakhir terus menerbangkan semua khemah yang ada di pasar Ramadan itu sehinggakan empat daripadanya didakwa melayang setinggi tujuh meter menyamai ketinggian lampu limpah di stadium berhampiran – Harian Metro
Kalau entee pergi dekat YouTube tengok video tragedi pasar Ramadhan Jasin tu.. mesti akan baca komen-komen yang tak berapa sedap didengar. Ada yang kata Tuhan bagi bencana sebab peniaga abaikan solat semata untuk meniaga. Ada yang kata peniaga banyak dosa sebab tu Tuhan bagi peringatan.
Macam-macam komen yang buat spekulasi tak baik terhadap mangsa.
Memanglah. Apa pun kejadian *baik atau buruk* memang datang dari Allah. Terutama kejadian buruk melibatkan alam-semula jadi.
Memanglah. Allah nak bagi peringatan. Tapi apakah peringatan tersebut hanya mangsa sahaja yang tau.
Kita yang tengok dari jauh ni *tengok selepas kejadian – tak terlibat pun* patutnya tak patut menuduh benda yang tidak baik kepada mangsa (peniaga dan pengunjung pasar Ramadhan Jasin).
Kita hanya patut mengucapkan takziah, simpati serta menyedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.
Siapa kita nak justifikasikan perbuatan mangsa dengan apa yang berlaku?
Lebih baik kita menghisab diri sendiri dan letakkan diri ditempat mangsa. Kalau bencana seperti tragedi pasar Ramadhan Jasin tu berlaku pada kita.. adakah kita dalam keadaan ‘bersedia‘ untuk dijemput Tuhan?
Cukupkah amalan kita? Sudah bertaubatkah kita dari melakukan dosa-dosa yang kita buat?
Honestly, ana rasa ana belum bersedia. Entee bagaimana?
Sama-samalah kita menginsafi diri sendiri. Mangsa tragedi Pasar Ramadhan Jasin tu meninggal dalam bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat yang mana merupakan bulan dan hari yang mulia. Kita? Al-Fatihah..
Betul kak…saya sokong.. saya tak paham kenapa orang kita ni senang nak menuding jari pada orang.. padahal kalo satu jari dituding pada orang lain..empat lagi tuju kat diri kita sendiri… Eila pon rasanya tak bersedia lagi kak.. 🙁 takut bila difikirkan… daripada kita dok menilai amalan orang lain…baik kita timbang² kan amaln kita sendiri macam yg akak cakap.. Moga tragedi ni jadi peringatan buat kita yang masih hidup 🙂
kena selalu muhasabah diri me yg serba kekurangan ni..moga2 ramadhan ini adalah yg terbaik utk kita semua..Amiin
Isy, tak tau plak hal ni…dah lama x baca or tengok berita. Siannya…niat nak meniaga, carik rezeki, camni lak jadinya. Al-Fatihah untuk semua mangsa.
Kepada yang dok buat komen ntah apa2 ntah tu, pls la…carik hobi lain bleh tak? Kan bulan mulia ni…maybe la ada yang betul komen tu, tapi jangan la buat spekulasi macam tu….online lagi. Kalau famili peniaga tu baca, camne agaknya perasaan derang?
betul, kak ros. Allah maha mengetahui!
salam…hai..nice blog,..leh follow yer…mmg sedey dgn kejadian ni…takziah pada kuarga mangsa…
Ana belom lagi tgk Youtube pasal kejadian tu tapi bukanla tak tau langsung tentang kejadian tu. Cuma masa baca berita tu taklah sampai terlintas dalam hati yang bahawasanya ALLAH menurunkan bala kepada mereka. Ia mungkin sebagai ujian, mungkin juga bala dan itu seperti yang enti kata lah, bukan urusan kita…
a ah typical org selalu kan ckp camtu, kata balasan la apa la..cuba kalo terjadi kat keluarga dorang, rasa mcm mana..sapa kita nak judge org lain..masa saya dgr pasal citer ribut ni, di hati rasa kesiannya kat dorang yg terlibat..abis tu mcm tragedi banjir kat pakistan tu kira balasan tuhan jugak ke..huhu..