Totseat Malaysia Review | Kerusi Tinggi @ Kerusi Makan Bayi Mudah Alih = Portable

Bismillah. Aloe!

Aku rasa first time mommy mesti kalut nak beli high chair @ kerusi tinggi bayi masa anak dah mula makan, betul?

Aku dulu masa Izzah pun sama jugak. Tapi aku tak lah sampai berabis hingga lima ratus ringgit semata2 untuk beli kerusi makan bayi yang nampak comel tapi tak guna sangat tu ekekeke. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Memang aku teringin tapi tak lah sampai terbeli. Sebab fikir kerusi tinggi bayi branded ni macam salah satu barang baby yang membazir. Mahal. Makan space. Jarang guna pulak tu.

Masa Izzah dulu aku ada beli Ikea Antelop High Chair tu. Murah. RM49 sahaja. Berbaloi2 sangat. Selepas 8 tahun pun masih boleh guna lagi.

Totseat Malaysia Review

Irdina okei je duduk dalam kerusi makan bayi Ikea tu. Cuma aku je rasa malas nak angkut high chair Ikea tu dari dapur ke ruang tamu bila nak bagi makan kat depan TV.

Totseat Malaysia Review

Satu hari tu masa aku tengah beli-belah online barang2 keperluan untuk weaning baby — aku terjumpa Totseat!!

Totseat Malaysia Review

Totseat ni pengganti kerusi tinggi @ kerusi makan bayi yang sangat awesome. Kalau korang berura2 nak beli high chair bayi tu baik consider beli Totseat ni.

Apa2 jenis kerusi, di mana2 sahaja — boleh bertukar menjadi kerusi makan bayi dengan Totseat. Serius. Aku tak tipu!

Totseat Malaysia Review

Kenapa Aku Suka Totseat?

Totseat ni actually dibuat daripada kain @ fabrik yang ada pilihan pelbagai corak menarik. Ia direka untuk disangkut pada belakang kerusi supaya kita boleh letak baby di situ dengan selamat.

Aku paling suka Totseat ni sebab ia mudah alih @ portable. Boleh bawak ke mana2 sahaja. Sumbat saja dalam beg dan you’re ready to go.

Totseat Malaysia Review

Kalau korang selalu menyampah pergi makan kat restoran yang tak ada high chair atau kerusi makan bayi tak cukup — memang kena ada Totseat ni.

Bagi korang yang jenis geli nak guna kerusi tinggi bayi kedai makan yang kadang2 kotor tak bersih tu — WAJIB ada Totseat ni. Tak payah risau nak lap sendiri high chair tu sebab Totseat sendiri dijamin bersih kannnn.

Totseat Malaysia Review

Since Totseat dibuat daripada kain so mudah sangat nak bersihkan Totseat ni. Sapu je dengan wet wipes atau kain lembab. Nak basuh pun senang. Sumbat je dalam washing machine. Settle!

Totseat ni dah wujud sejak 2004 tapi hanya now aku baru tahu. Dah lebih 12 tahun tu. Kira okei la aku berpeluang juga guna Totseat ni untuk Irdina. [wp-svg-icons icon=”cool” wrap=”i”]

Totseat Malaysia Review

Aku guna Totseat ni pada kerusi kanak2 Ikea yang kaler pink & biru tu. Comel je Irdina duduk dalam tu.

Totseat Malaysia Review

Pastu masa balik kampung aku bawak Totseat ni. Senang sangat nak letak pada kerusi makan kat rumah mak aku. Mabeles tau.

Totseat Malaysia Review

Aku dulu beli Totseat ni di LittleWhiz.com. Harga asal RM139 tapi lepas diskaun aku dapat dalam RM100 sahaja.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Totseat sesuai digunakan bila baby dah boleh duduk tanpa sokongan — dari umur 8 bulan hingga 30 bulan. Berbaloi sebab boleh simpan untuk anak2 seterusnya tanpa memakan ruang yang banyak.

Totseat Malaysia Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *