TKC | Class of 1991 20th Year Reunion

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah 20 tahun I meninggalkan alam persekolahan. 20 tahun lama tu!

I dulu sekolah kat boarding school (asrama penuh) – Tunku Kurshiah College (TKC) atau Kolej Tunku Kurshiah (KTK). Tapi sekolah tu lebih glamer panggil TKC je.

TKC ni wujud sejak tahun 1947 dengan nama asal Malay Girls’ College (MGC) terletak di Damansara, Kuala Lumpur.  Pada tahun 1962 MGC telah berpindah ke Bukit Merbah, Seremban, Negeri Sembilan dan dinamakan Tunku Kurshiah College.

So, kiranya TKC ni sekolah berasrama penuh perempuan tertua kat Malaysia ni (dan of course, terbaik.. mestilah nak puji sekolah sendiri..he..he). Nak masuk TKC ni susah sebab requirements dia ketat sebab hanya pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan aktif dalam aktiviti co-curricular berpeluang.

TKC ni sekolah zaman British dulu so bangunan asrama terutamanya memang bangunan lama. You can feel the ‘historic presence’ kat dalam bangunan-bangunan tu.

Tempat yang I paling ingat the most ialah ‘dungeon’ atau bilik bawah tanah kat bawah Dewan Budiman yang merupakan stor peralatan sukan. Bau dungeon tu memang bau ‘lama’ lah. Kadang-kadang rasa berhantu pun ada he..he..he

Anyway, nak cerita pasal Class of 1991 20th Year Reunion ni. Walaupun dah tahu pasal 20th Year Reunion ni few weeks back, tapi sedih sangat sebab I tak dapat pergi..huwaaaaa!

TKC Reunion 2011

Class of 1991 20th Year Reunion dibuat kat Berjaya Hotel, Kuala Lumpur (memang dekat sangat dah tu) tapi date reunion pada 12th March 2011 adalah clash dengan date I pergi holiday ke China. Sayang betul!

TKC Reunion 2011

I rindu sangat dengan semua kawan-kawan satu kelas dan satu dorm kat TKC!!

Bila tengok gambar yang they all upload kat Facebook sungguh I rasa jeles he..he..he.. Sebab Class of 1991 20th Year Reunion tu happening sungguh!!!

TKC Reunion 2011

Siap ada buat special school name tag mengikut warna rumah *sebijik macam name tag sekolah dulu..he..he

TKC Reunion 2011

Siap ramai-ramai menyanyi lagu sekolah *I memang lupa dah macam mana nak nyanyi..ha..ha*

TKC Reunion 2011

Ada juga tempat berposing ambik gambar ni – bas sekolah TKC dengan Head Girl in the lead.. sangat cute.

TKC Reunion 2011

Ada pameran gambar-gambar nostalgia dan juga barangan macam sports attire, baju seragam pengawas dan macam-macam lagi. Kira betul-betul back to school moment lah.

TKC Reunion 2011

TKC Reunion 2011

Tak sabar I nak collect my goodie bag *walaupun tak dapat pergi still dapat goodie bag maah…he..he*.

TKC Reunion 2011

Bestnya diaorang!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

TKC Reunion 2011

TKC Reunion 2011

Thumb up to the TKC Class of 1991 20th Year Reunion committee!

TKC Reunion 2011

*Gambar semua cilok kat Facebook Suzana 😉

 

 

8 Comments

    • nia, i pun tak sangka diaorang plan buat reunion 20th year ni..tahu pun sebulan lepas.. bila tgk list nama yg confirm dtg ish rasa rugi betul tak dapat pergi..hu.hu

  • Bestnya K Ros! Kitorang lagi 4 tahun, 20th Anniversary jugak..Ada jugakla muka2 yg familiar..yg name tag tu mmg cun!

  • bestnyeee !!! ktrg nnt nk wat cmni gak la. boleh? 😉 u’re my super duper senior ! 😀

  • I baru ‘terjumpa’ your posting about the reunion. Thank you very much for putting it up in your blog. We really had fun at the reunion, langsung tak terasa it’s been 20 years since we left college. Yang best tu, bila semua start masuk dewan, everybody was like jerit-jerit, peluk-peluk & some even cried sebab terharu sangat dah lama tak jumpa. I wish you were there to feel the moment! Berbaloi penat lelah organizing it for the past 4 months.. Anyway, do keep in touch yah! Kot2 ada yang rajin nak buat reunion lagi nanti, boleh book u a few months in advance.. hehe.. Taaa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *