Tips Untuk Lepas Pemeriksaan Kastam

Okey… ini ada sedikit tips untuk naik flight ke oversea. Kalau korang nak bawak liquid gel nak pesawat (dalam hands carry bag, masuk kabin pesawat), kena isi dalam see-through plastik yang boleh zip. So…

  • Beli plastik zip-loc kat mana-mana pasaraya (bahagian household). Cari yang besar punya.
  • Isi semua benda liquid gel macam Tiger Balm, Vicks, ubat gigi, losyen, ubatan tanpa preskripsi, Dettol hand sanitizer dan sebagainya (total semua tak melebihi 1 liter per person)

Tujuannya, supaya masa pemeriksaan kastam… barang korang tak kena rampas dan dibuang. Contoh plastik.

ziploc

Pengecualian hanya diberikan kepada barang bayi seperti air panas dalam thermos dan air masak. Tapi me still letak juga dalam clear plastik tu. Ubatan dengan preskripsi (ada label klinik tampal kat ubat dan surat pengesahan doktor) pun boleh bawak dalam kabin.

Air mineral atau apa-apa air minum TAK BOLEH bawak semasa pemeriksaan kastam. Kalau ada sure kena buang…ha..ha

Me dah checked semua ni dalam website MAS so rasanya bagus to share dengan sesiapa yang tak pernah ke oversea (selepas peraturan baru ni dikuatkuasa in 2007).

Peraturan ni memang leceh. Tapi most lapangan terbang buat ni lepas insiden ada orang buat bom dalam pesawat. Diaorang bawak naik bahan bom berbentuk cecair dan campur buat bom dalam flight. Macam-macam la pengganas ni.

Tapi, kalau korang jenis yang sentiasa nak minum air macam me ni.. lepas je pemeriksaan kastam *before masuk ruang menunggu*… boleh aje beli air mineral kat kedai area situ. Nak beli berkoyan-koyan pun takde siapa marah dah…cuma mahal la sikit…ha..ha..

Kami tak ada masalah masa nak boarding flight from LCCT to Hong Kong.

Tapi masa kat Hong Kong (time nak balik Malaysia), ada a few barang tak lepas. Sah-sah air mineral tak lepas tapi kami letak jugak dalam bag…bukan sebotol tapi 3 botol air mineral free dari hotel… kastam Hong Kong pun geleng kepala je.. ha..ha

Pastu, Dettol hand sanitizer pun tak lepas sebab me terlupa nak masuk balik dalam plastik lepas pakai. Suka hati je kastam Hong Kong tu campak sanitizer yang masih banyak tu dalam tong sampah.

11 Comments

  • aahh dorang ni air mmg tak lepas punya la.. huda penah pg spore, pregnant 3mth, bw susu dutch lady kotak kecik dlm beg, kena buang.. cissss.. ari buang dlm tong sampah, baik buang dlm perut.. cam nk pecah minum tang situ gak..

    pas2 maser pg bandung lak, air mineral nk buat susu Amirul pun tak lepas, padahal bukan tuk buat susu, tapi tuk mak ayah minum..wakakka.

    • huda, can imagine that..he..he

      a ah.. air mineral memang tak lepas.. bagi je alasan apa pun.. yg lepas kalau air masak letak dalam botol tupperware *i masuk dalam plastik dengan botol susu kosong* so dia faham la tu untuk baby..ha..ha

  • Itu la…ni nak pi HK bulan 6 ni, kejap nak bawak si kenit, tapi bila pikir payah nak bwk susu dia la, makanan dia, barang2 dia yang selambak lagi…tukar lagi pikiran. Tapi pergi x cukup korum, macam x best lak.

    Takpe..pikir lagi..pikir lagi.
    .-= Along´s last blog post..Coming Soon…Is Subjective =-.

  • Bila kak Ros buat entry ni saya teringat kisah kat Narita Airport Dec lepas. Saya letak minyak angin Nona Roguy dalam handcarry. Lupa lansung pasal benda tu. Sekali kastam tu ambil. Belek2 sana-belek sini. Sah-sah dia tak paham sebab bahasa melayu. Saya dalam hati abisla kena buang..dah la baru beli before datang..hukhuk..My husband puas la cakap medicine..medicine..At the same time my daughter nangis sbb rimas. Me pun gosok2 kaki tunjuk kat kastam tu sambil cakap lagi medicine..medicine for baby..sib baik lepas

      • err.. fresh milk dalam kotak ke? ingat fresh dari *kilang susu* masuk botol..he..he

        kalau dlm kotak rasa mcm tak lepas je.. maybe satu dua kotak letak dalam clear plastik boleh kot.. kena explain kat kastam kalau dia tanya.. bagitau for baby

  • beli choco spread brand per tah kat airport jeddah. masa kt airport spore kastam buang choco spread tu. tak sempat rasa. dah la tengah preggy. menitik air mata bler diorang nk buang benda tu. mak sy sedih tgk sy. terus dia minta gk bnda tu sket untuk sy rasa. takut cucu dalam perut kempunan agaknya.
    .-= sue´s last blog post..50 Most Trusted People In Malaysia =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *