Bismillah….Ya Wahhab Ya Razzaq Ya Fattah….
Masa akak mengandung anak pertama si Izzah tu 8 tahun yang lalu…. macam-macam akak rasa nak beli. Semua barang baby nampak cute. Tengok gambar online je pun rasa nakkkkkkkkkkk. Kalau dapat pegang @ sentuh mesti tak fikir panjang terus beli tu hahaha.
Semua ibu yang hamil first time mesti rasa camtu kan. Tu yang terbeli barang baby yang langsung tak digunakan.
The truth is… kebanyakan barang baby actually langsung tak diperlukan. Mostly akan terperap dalam bilik stor. Akak bercakap dari pengalaman nih. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Tips untuk bakal ibu kali ni akak nak cerita tentang baby rocker @ baby seater NUNA LEAF.
Baby rocker adalah satu barang keperluan bayi yang korang boleh consider untuk beli. Tak lah penting sangat tapi jika ada bagus juga.
Tak kan baby nak baring kat tilam atau duduk dalam play pen je kan. Ada baby rocker senang nak letak baby kat dapur, bilik study atau ruang tamu.
Ada banyak jenis baby rocker dengan jenama, fungsi dan harga yang berbeza. So depends pada budget korang lah ye nak beli jenis macam mana.
Akak pernah guna baby bouncer yang jenis besi dengan kain berjaring *kain net @ old-style punya* dan jugak baby bouncer jenama Sweet Cherry.
Semuanya akak pakai sekejap dalam beberapa bulan je. Lepas tu tersimpan dalam bilik stor hinggalah dijual sebagai pre-loved. [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”]
Sebab apa eh? Oh ya… sebab baby rocker @ baby bouncer tu semua tak direka untuk “membesar” dengan baby. Baby rocker tu hanya untuk digunakan masa anak masih baby sahaja. Memang tak boleh guna dah bila anak dah jadi toddler @ kanak-kanak.
Baby Seater Nuna Leaf
Nuna Leaf ni baru beberapa tahun dalam pasaran. Teruja sungguh bila akak tengok video baby seater Nuna Leaf ni. Sweet je baby tu tidur dalam tu hehehe.
Tapi………………. harga Nuna Leaf kat Malaysia ni mak aihhhhh!! Cecah ribu weh. [wp-svg-icons icon=”rainy-4″ wrap=”i”]
Tapi………………. memang best lah baby seater Nuna Leaf ni!
Sepuluh kali fikir jugaklah sebelum akak invest beli baby seater Nuna Leaf untuk anak bongsu akak, Irdina tu. Bila fikir ni dah anak bongsu sebab lepas ni tak ada chance pregnant lagi…… so pejam mata rapat-rapat invest beli Nuna Leaf ni.
Untunglah Irdina nak. Kakak dan abang kamu tak merasa duduk baby rocker Nuna Leaf *yang mahal* ni hahahah!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Akak beli jugak baby seater Nuna Leaf ni sebab akak ada duit akak punya suka lah :
- Tahan sangat lama!! Struktur yang kuat dan kukuh.
- Cover @ pelapik boleh dibasuh.
- Cover @ pelapik dibuat dari organic cotton yang lembut.
- Design yang simple so mudah nak angkut ke sana ke mari.
- Tak guna bateri atau elektrik tapi guna tenaga kinetik. Tolak sekali ia akan swing @ berayun ke kiri dan kanan dengan lembutnya selama 2-3 minit.
- Ada pelaras kekunci @ lock level. Boleh kunci jika tak nak Nuna Leaf berayun semasa beri makan atau bermain.
- Slightly reclined jadi baby boleh tidur lena dengan selamat dalam Nuna Leaf ketika selsema.
- Seat belt Velcro mudah laras, 3-point, soft & padded.
- Sangat kuat dan boleh menampung berat sehingga 60 kilogram!! Whoaaaa… bukan 6 kilo tau…60..enam puluh kilo!! Apa maknanya tu?? Nuna Leaf boleh diguna dari baby kecik @ newborn hinggalah dia dah besar. Abang kakak pun boleh duduk kat Nuna Leaf tu.
Of coz lah Nuna Leaf ni ada yang tak best jugak. Harga Nuna Leaf agak mahal RM1,000++..uhukkk!! Maybe boleh dapat Nuna Leaf murah dalam RM800-RM900 jika ada sale.
Nuna Leaf ni jugak agak berat dalam 4.75 kg gitu. Mestilah berat sebab strukturnya yang kuat dan boleh menampung sehingga 60 kilo kannnnn. Memang sikit berat tapi masih boleh diangkat walaupun korang kurus tak ada muscle…hehehe
Oh… seat belt Velcro tu agak kuat bunyinya. Maybe boleh mengganggu baby yang sedang tidur. So far, Irdina okei je dengan bunyi strap Velcro tu.
Nuna Leaf Cinder
Nuna Leaf ni ada banyak warna yang menarik. Tapi Nuna Leaf kat Malaysia ni tak banyak choice sangat kalernya tu. Warna Nuna Leaf yang akak pernah jumpa ialah Dawn, Cinder, Twilight dan Almond.
Akak suka Nuna Leaf Dawn tu sebab warna purple is my favorite color. Masa akak order kat satu kedai online ni stok Nuna Leaf Dawn ni available. Tapi bila dah bayar owner kedai contact akak cakap dah sold out!
Stok baru akan sampai bulan seterusnya so akak minta tukar warna jadi Nuna Leaf Cinder.
Kelabu asap lah sikit tapi Nuna Leaf kelabu ni actually sangat sesuai sebagai baby photography prop. Comel dan terserlah baby bila duduk dalam Nuna Leaf Cinder tu kannnn.
Kalau korang pandai jahit boleh jahit sendiri cover @ pelapik Nuna Leaf tu. Guna designer fabrics yang warna-warni confirm jadi mabeles Nuna Leaf tu hehehe [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]