Tahniah untuk adik-adik yang bakal jadi ibu untuk pertama kali tu. Mesti excited sangat perasaan tu kan. Tak sabar nak shopping barang-barang baby kot…hehehee.
Akak nak bagi tips untuk bakal ibu. Tentang barang baby yang korang mungkin nak beli. Akak bagi tips bagi barang baby yang akak rasa betul-betul perlu dan berguna untuk bakal ibu.
Hari ni kita cerita tentang tempat tidur baby. Bagi bakal ibu tak kira lah yang pertama kali atau dah berkali-kali, mesti kena fikir mana baby nak tidur kan. Tidur sekali atas katil kita (co-sleeping), tidur dalam bilik baby (nursery) atau tidur dalam baby cot dalam bilik kita?
Tu satu hal. Bila time kita balik kampung atau bermalam kat tempat lain (rumah mertua atau hotel) macam mana pulak tu? Pening eh.
Brica Fold n’ Go Travel Bassinet
Masa lahirkan Izzah dan Irfan dulu akak tak ketahui pun kewujudan Brica Fold n’ Go Travel Bassinet ni. Kalau tahu confirm akak dah lama beli!
Ada Brica Fold n’ Go Travel Bassinet senang sangat nak letak baby tidur masa kat tempat lain selain dari rumah kita. So…kalau pergi jalan-jalan bercuti tidur hotel atau balik kampung atau tidur rumah mertua – boleh bawak Brica ni. Senang baby nak tidur.
Brica Fold ‘n Go Travel Bassinet ni sangat ringan dan boleh lipat dengan bahagian tepi ada Safe-T-Lock system, mesh panels dan breathable fabric. Berat Brica ni pun hanya 1 kg.
- Mesh panels, breathable fabric dan locking frame
- Four-point Safe-T-Lock System untuk keselamatan
- Tilam boleh cabut dan cadar boleh basuh
Bagi akak Brica Fold n’ Go Travel Bassinet ni memang best lah. Kalau tak pergi travel pun boleh pakai kat dalam rumah. Fungsi Brica ni pun sama macam moses basket. Senang nak tidurkan baby kat mana-mana je tak terhad dalam bilik sahaja.
Memang sesuai untuk baby dari lahir hingga umur 6 bulan. Kalau bakal ibu untuk first time tu bagus juga beli Brica Fold n’ Go Travel Bassinet ni. Lepas anak first boleh kot simpan untuk anak-anak seterusnya. Tak pun, boleh jual. Mesti ramai nak beli…hehhehe.
Bagi ibu yang baru lepas bersalin Cesarean, Brica Fold n’ Go Travel Bassinet ni memudahkan untuk uruskan baby tanpa perlu banyak bergerak. Boleh letak kat tengah katil so mudah nak ambil baby time dia menangis nak menyusu atau nak salin diaper.
Satu je yang akak rasa tak best ialah kain cadar Brica Fold n’ Go Travel Bassinet ni macam tak menarik sikit. Kaler kuning pucat dengan corak polka dot putih memang tak ceria lah. Kain pun macam keras sikit.
Tapi no problem lah. Boleh jahit sendiri cadar untul Brica Fold n’ Go Travel Bassinet ni. Guna kain yang warna warni dengan corak yang awesome hasilnya mesti mabeles.
Harga Brica Fold n’ Go Travel Bassinet ni dalam RM200+ tapi kalau beli kat Lelong.com.my tu boleh dapat murah dalam RM100. Brica Fold n’ Go Travel Bassinet kat website Lelong tu akak tengok ada ramai seller. Tapi selalu sold out lah Brica Fold n’ Go Travel Bassinet ni.
Hari tu akak dua kali beli yang kat Lelong tu. Lepas bayar tetiba sold out. Dua-dua kali seller refund. Kali ketiga akak PM dulu seller tanya betul tak ada ready stok ready to ship lepas bayar. Alhamdulillah dapat pun.
Alternatif boleh beli kat Amazon tapi kos pos dia mahal giler dalam RM200+. Harga RM200 + RM200 pos = RM400. Ish…mahal sangat lah kalau beli kat Amazon. Kena sabar lah search kat Google cari seller kat Malaysia ni. Good luck!