Mencari Tudung Sekolah Selesa?
Ada yang bertanya, walaupun Tudung Sekolah material Lycra, namun kenapa harganya berbeza?
Sebenarnya, Lycra terdiri dari pelbagai jenis dan kualiti. Ada yang berat (tebal kain) 280g, 300g, 320g, ada yang 400g.
Ada Lycra Korea Original dan ada juga yang tiruan, banyak sekarang di pasaran, hati-hati.
Ada jenis kain yang lembut dan ada jenis kain yang NAMPAK LEMBUT akan tetapi apabila dipakai ianya terasa PANAS dan tidak menyerap peluh.
Kita telah mencuba beberapa jenis Lycra selama 11 tahun ini dan kita telah dan sentiasa membuat penambahbaikan dari masa ke semasa berdasarkan komen dan maklumbalas rakan-rakan.
TUDUNG SEKOLAH LYCRA LEMBUT
Akhirnya kita telah mengambil keputusan untuk HANYA menghasilkan tudung dari Lycra yang LEMBUT dan SEJUK dipakai sahaja dan kita terpaksa korbankan sedikit dari segi harga. Beza beberapa ringgit sahaja kita dah dapat tudung yang elok untuk Si Comel kita
MAJORITI IBU-IBU SAYANGKAN ANAK – NAKKAN PAKAIAN YANG SELESA UNTUK SI COMEL MEREKA
Dari maklumbalas yang diterima, majoriti ibu-ibu lebih mementingkan tudung yang SELESA dipakai oleh Si Comel kesayangan mereka berbanding TUDUNG MURAH yang panas apabila dipakai lama.
Dengan perbezaan harga hanya RM3-4 sahaja untuk tudung lycra lembut, ibu-ibu yang sayangkan anak mereka sanggup korbankan sedikit untuk mendapatkan tudung yang lebih selesa dipakai.
Pada mereka, apalah sangat perbezaan RM3-4 berbanding Si Comel yang mereka sangat sayangi.
Kami di TudungSiComel juga sangat ingin melihat lebih ramai Si Comel bertudung seawal usia dan dengan itu kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan lebih banyak Tudung kanak-kanak yang lembut dan SELESA dipakai.
JAMINAN 180 HARI
Si Comel puan adalah Si Comel kami juga, kita ada Jaminan 180 hari, jika tidak selesa boleh dipulangkan, kita hanya inginkan yang terbaik buat mereka.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Home