Mencari Tudung Sekolah Lycra?
TudungSiComel ada 6 jenis tudung sekolah. Wah, banyaknya!
Macam mana nak pilih? Jom Cikros bagi panduan untuk memilih tudung sekolah lycra yang sesuai untuk anak dan semestinya mengikut budget ibu.
- Tudung Sekolah Awning Lembut
- Tudung Sekolah Awning Scuba
- Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu (pelapik dagu flip)
- Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah (getah dagu pendek & lembut)
- Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh (tudung labuh sekolah agama)
- Tudung Sekolah Dua Lapis
Tips Memilih Tudung Sekolah
Memilih tudung sekolah sebenarnya simple.
1.Beli Tudung Sekolah Berdasarkan Umur Anak
Bagi anak yang masih dalam Tahap 1 iaitu darjah 1-3, biasanya tudung sarung lebih mudah dipakai, kekal terbentuk cantik dan senang dijaga.
Sebab anak-anak Tahap 1 ini masih kecil dan sangat aktif. Mereka juga masih belum pandai menjaga penampilan diri.
Jadi, tudung sarung samada tudung sekolah awning lembut atau awning scuba lebih sesuai dan sentiasa kemas.
Apabila anak sudah besar dan masuk Tahap 2 iaitu darjah 4-5, mereka sudah bersedia untuk memakai tudung dua lapis.
Tudung dua lapis adalah tudung “zaman dulu-dulu” yang tak akan out-of-style. Si pemakai tudung sekolah dua lapis akan kelihatan lebih matang dan cantik.
Sebab itu tudung dua lapis menjadi pilihan pelajar sekolah menengah.
Namun tudung dua lapis sedikit mencabar untuk menjaga dan memakainya memerlukan sedikit kesabaran serta latihan. Tetapi bila sudah pandai pakai tudung dua lapis, pasti anak akan suka akannya.
2. Kenalpasti Saiz Badan Anak Berbanding Rakan Sebaya
Jika ibu mahu beli tudung sekolah jenis sarung, pastikan saiz anak samada saiz biasa, kecil atau besar berbanding rakan sebaya.
Anak yang bersaiz kecil dari biasa lebih sesuai memakai tudung sekolah dagu bergetah. Sebab anak tidak perlu pakai pin atau brooch untuk “adjust” saiz muka tudung.
Anak yang bersaiz besar atau saiz biasa pula lebih sesuai dan lebih jimat untuk beli tudung sekolah yang biasa tanpa getah. Kain lycra itu sendiri adalah memeri jadi jika beli ikut saiz yang disarankan ia akan terletak elok di muka anak.
3. Awning Scuba Perlu atau Tidak?
Tudung sekolah awning scuba adalah inovasi tudung sekolah yang bagi Cikros adalah paling awesome!
Tapi perlu ke tudung sekolah awning scuba ni?
Jawapannya, bergantung kepada cara ibu menguruskan tudung sekolah anak.
- Jika ibu sama macam Cikros yang jenis basuh sumbat mesin, tudung sekolah awning scuba memang pilihan terbaik
- Jika ibu jenis teliti dalam bab penjagaan tudung, tudung sekolah awning lembut pun boleh
Tudung sekolah awning scuba adalah jenis tudung yang tahan lasak, mudah dipakai, senang dibasuh dan awningnya kekal terbentuk cantik walaupun tak iron.
Jadi, jika ibu mahu tudung sekolah dengan ciri-ciri macam ni, tudung scuba memang perlu.
4. Bajet Ibu?
Apa pun saranan yang diberikan, keputusan jenis tudung sekolah lycra yang nak dibeli bergantung kepada bajet ibu.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
- Bajet ekonomi – tudung sekolah soft awning lembut
- Bajet sederhana – tudung sekolah awning scuba atau tudung dua lapis
- Bajet banyak – tudung sekolah awning scuba dagu flip atau dagu bergetah
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Home