Salam ceria! Cikros di sini.
Tudung yang dihasilkan untuk kanak-kanak adalah BERBEZA dari tudung untuk dewasa kerana kanak-kanak baru mula belajar untuk bertudung.
Jadi KESELESAAN adalah ASAS UTAMA yang harus diambil berat berbanding dewasa yang lebih mementingkan tudung untuk ketrampilan (walaupun tidak selesa dipakai) berbanding kanak-kanak
Jadi kita di TudungSiComel telah membuat beberapa kajian selama bertahun dari segi POTONGAN (CUTTING) dan juga material yang dapat menjamin keSELESAan kanak-kanak dengan harapan mereka terus selesa dan gemar bertudung.
Potongan dan material yang kita hasilkan untuk tudung sekolah kami adalah sedikit berbeza dari yang biasa diperolehi dari luar kerana telah menjalani beberapa proses PENAMBAHBAIKAN agar ianya dapat menjamin keSELESAan Si Comel kita.
Semoga Si Comel kita terus gemar bertudung sehingga akhir hayat dan membesar menjadi insan solehah. Aamiin.