Salam ceria! Cikros di sini.
Kami di TudungSiComel ada menjual tiga jenis tudung sekolah iaitu tudung sekolah dua lapis, tudung sekolah soft awning lembut dan tudung sekolah awning scuba.
Mesti anda tertanya-tanya. Apakah perbezaan antara tudung sekolah soft awning lembut dan tudung sekolah awning scuba?
Antara perbezaan yang paling ketara adalah ketebalan awning:
- Tudung sekolah Awning lembut kita tidak tebal dan tidak nipis, sedang-sedang sahaja.
- Manakala tudung sekolah Awning Scuba kita tebal sedikit berbanding biasa.
Kedua-dua tudung sekolah tetap terbentuk elok walaupun berbeza ketebalan.
Cuma motif kita hasilkan tudung sekolah awning scuba adalah untuk memaksimakan bentuk awning supaya tidak mudah kelepet, kekal terbentuk mengikut wajah si pemakai.
Keselesaan anak anda adalah misi utama tudung sekolah yang kami hasilkan. Samada tudung sekolah Awning lembut atau awning scuba, kedua-duanya ada keistimewaan tersendiri.
- Ada yang suka Si Comel menggayakan tudung skolah Awning Lembut kerana sukakan awning yang sedikit nipis tetapi tetap cantik, terbentuk dan selesa.
- Ada yang lebih mahukan tudung sekolah Awning Scuba untuk Si Comel yang lasak supaya pergi dan balik sekolah tudung masih terletak elok tak senget-benget.
Ibu-ibu yang masih setia dengan tudung sekolah Awning Lembut, kami amat gembira bila Si Comel selesa ❤️
Jika mahukan kelainan, tudung sekolah Awning Scuba boleh membantu.