Salam ceria! Cikros di sini.
Tahukah anda? Pelajar sekolah tidak dibenarkan memakai Inner tudung yang berwarna warni ke sekolah.
Pakai tudung sekolah putih dengan inner warna kuning, tudung sekolah biru dengan anak tudung merah pastinya mendatangkan kemarahan cikgu disiplin sekolah!
Jadi kami di TudungSiComel telah mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak anda dengan menghasilkan inner tudung yang sesuai dengan warna tudung sekolah yang dipakai iaitu INNER RAINBOW.
Apakah Kelebihan Anak Tudung Inner Rainbow?
Anak tudung sekolah Inner Rainbow kami dihasilkan dari material yang sama dengan tudung sekolah iaitu kain Lycra Korea.
Terdapat pelbagai pilihan warna umpama pelangi yang boleh dipadankan dengan setiap warna tudung sekolah anak anda.
Apabila dipakai, ianya kelihatan sama dengan tudung sekolah, nampak lebih kemas dan pastinya lebih selesa bertudung dengan inner Lycra Korea.