Bismillah. Cikros di sini.
Anak sulung aku si Izzah tu sudah pakai tudung ke sekolah sejak dari umur 7 tahun. Dia pakai tudung untuk dua sesi sekolah iaitu sekolah kebangsaan dan juga sekolah rendah agama.
Since aku ni jenis omak yang iron baju seminggu sekali, so aku belikan tudung sekolah 10 pasang lah. So far aku Izzah dah pakai tudung sekolah soft awning / awning lembut selama 4 tahun sejak darjah 1.
Actually, sebelum masuk darjah 1 tu, aku ada belikan dia tudung 2 lapis style dulu-dulu. Time aku sekolah dulu mana ada pilihan tudung sekolah awning lembut macam sekarang.
Tapi sampai sekarang tudung 2 lapis tu tersimpan. Sebab Izzah tak pandai pakai. Budak kecik kan. Lagi mudah pakai tudung sekolah soft awning. Sarung sahaja dan tak perlu fikir nak hembus-hembus tudung bagi terbentuk awning. Wahaha!
Aku memang suka anak aku pakai tudung sekolah soft awning yang dibuat dari kain Lycra Korea. Sebab mudah dicuci kotoran yang melekat. Simple dan mudah anak nak pakai.
Tapi aku ada buat silap besar. Sebab aku pergi iron awning tudung sekolah soft awning anak aku tu. So bila selalu iron part awning tu akan jadi lembik, kemek dan senget bila dipakai.
Masa tu mana aku tahu yang tudung sekolah soft awning ada cara penjagaannya. Aku ingatkan boleh buat lasak macam tudung sekolah dua lapis.
Aku sendiri pun tak pakai tudung soft awning. Sebab muka aku yang sedia bulat ni jadi makin tembam. Haha!
So sini aku share 7 tips penjagaan tudung sekolah soft awning. Supaya tudung sekolah awning lembut anak boleh bertahan lama at least hingga 12 tahan.
Tips Penjagaan Tudung Sekolah Soft Awning
Aku jumpa tips penjagaan tudung awning ni dan rasanya ia boleh diguna pakai untuk menjaga tudung sekolah awning lembut. Terutamanya tips yang last sekali tu. Jangan iron awning!
1) Basuh Dengan Tangan
Aku basuh tudung sekolah soft awning aku main campak masuk mesin basuh terus. Omak is malas nak basuh tangan. Haha!
So kalau nak tudung sekolah soft awning anak tu kekal cantik dan terletak awning-nya, tak boleh guna mesin basuh. Sila basuh dengan kudrat dua tangan mu ya wahai omak-omak sekelian.
2) Jangan Ramas, Celup Sahaja
Bila nak basuh dengan tangan ni, tak boleh ramas tudung sekolah soft awning tu pulak. Cukup sekadar celup-celup manja dalam air sabun.
3) Rendam Dalam Pelembut 15 Minit
Selepas dibasuh, rendam tudung sekolah soft awning ke dalam air bercampur pelembut atau sabun mandi selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di tempat yang redup.
4) Basuh Tudung Dengan Tudung Sahaja
Amalkan membasuh tudung sekolah awning lembut bersama tudung sahaja. Jangan campur basuh dengan baju, seluar atau lain-lain pakaian.
Aku rasa kalau nak basuh guna mesin basuh pun boleh tapi hanya tudung bersama tudung sahaja. Jangan buat macam aku. Main campak dan campur dengan pakaian lain. Patutlah mudah rosak tudung sekolah soft awning anak aku. Huhu!
5) Jangan Melipat Bahagian Awning
Cara melipat tudung juga mesti betul. Pastikan tidak melibat bahagian awning sebab bila terlipat, tudung sekolah soft awning akan menjadi kelepet bila dipakai.
6) Spray Kanji Pembentuk Awning
Jika awning tudung sekolah sudah kemek, boleh spray dengan kanji pembentuk awning yang ada dijual di pasaran. Iron dulu bahagian awning, kemudian spray dan kemudian iron sederhana panas hingga kering.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
7) Gosok Dengan Suhu Rendah
Tudung sekolah soft awning daripada kain Lycra boleh digosok tapi hanya guna suhu yang rendah. Jangan guna suhu tinggi sebab kain Lycra adalah jenis kain elastik jadi suhu panas boleh merosakkan kain tudung.
Elakkan menggosok awning tudung sekolah soft awning kain Lycra supaya awning tidak kemek, kelepek dan senget.
===== NAK BELI TUDUNG SEKOLAH ? =====
Mommies yang nak beli tudung sekolah awning scuba atau soft awning lembut jenama Tudung Si Comel ni boleh klik sini:TudungSiComel
Kami ada JAMINAN 180 HARI tau. Jika ada apa-apa masalah atau tak puas hati boleh return dan kami ganti yang baru atau refund. Kalau beli kat kedai mana ada jaminan sampai 6 bulan macam ni.
TUDUNG SEKOLAH by TudungSiComel ?
? Jaminan 180 Hari ??
? Mudah Terbentuk
? Mudah Terletak
? Nampak Kemas
? Mudah Dibasuh
? Mudah Diregang
? SEJUK & SELESA
? Semestinya Comel
? Saiz SS, S, M dan L
? Umur 4 – 15 tahun
? Kain Lycra Korea Original