Salam ceria! Cikros di sini.
TudungSiComel berhasrat untuk membantu semua ibu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tudung sekolah anak anda.
Kami faham sangat si comel anda perlukan tudung yang selesa, tak panas, tak perlu digosok dan mesra mesin basuh.
Ibu kini ada pilihan tudung soft awning lembut dan juga awning scuba yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
8 Sebab Ramai Ibu Memilih Tudung Sekolah TudungSiComel
1. Lebih 21 Jenis Warna Tudung Sekolah Untuk Pilihan Ibu
Kami ada pilihan lebih 21 jenis warna tudung sekolah yang sesuai untuk pelajar sekolah biasa, pengawas dan aktiviti persatuan / unit beruniform sekolah.
Ibu tak perlu risau lagi! Anda boleh dapatkan tudung sekolah yang sejuk, selesa, mudah dipakai dan mudah dibasuh untuk si comel kesayangan anda.
2. Pelbagai Jenis Saiz Tudung Sekolah Untuk Pilihan Ibu
Ibu tidak perlu risau tentang saiz tudung sekolah kerana TudungSiComel ada cadangan ukuran saiz dan cadangan umur yang bersesuaian dengan anak anda.
Anda boleh memilih mana-mana saiz bermula dari saiz SS, S. M dan L yang telah melalui standard ukuran tudung sekolah terkini.
Ibu-ibu hanya perlu pilih saiz dan warna sahaja. Mudah bukan?
3. Kain Tudung Sekolah Jenis Lycra Korea Pilihan Utama Ibu
Bagi anak-anak bersekolah rendah yang belum begitu pandai menguruskan pakaian sekolah sendiri, tudung sekolah jenis Lycra adalah pilihan tudung sekolah yang paling sesuai.
Tudung sekolah jenis soft awning lembut atau tudung sekolah awning scuba yang diperbuat dari kain Lycra Korea Original adalah tudung uang mudah diurus dan dipakai, serta kelihatan cantik terletak bila dipakai oleh anak anda. Ibu dan anak pasti berpuas hati!
4. Jimat Kos & Berbaloi
Harga tudung sekolah TudungSiComel adalah sangat-sangat berbaloi beserta dengan kualiti yang akan ibu-ibu perolehi.
Anda boleh dapatkan tudung sekolah soft awning lembut dengan harga RM16.90 sehelai dan tudung sekolah awning scuba dengan harga RM19.90.
Harga tudung sekolah TudungSiComel adalah berpatutan dan berbaloi bagi tudung sekolah yang sejuk, selesa, tak panas, mudah menyerap peluh, tak perlu digosok dan mesra mesin basuh.
5. Tudung Sekolah Dengan Jaminan 6 Bulan
Setiap tudung sekolah asli jenama TudungSiComel yang anda beli diberikan jaminan kepuasan 6 bulan dari tarikh penerimaan. Sekiranya tidak berpuas hati boleh ditukar / dipulangkan dengan serta merta dan wang akan dikembalikan tanpa soal.
Ibu tidak akan mendapat jaminan sebegini jika membeli tudung di kedai / pasaraya. Tidak ada jenama tudung lain yang sanggup memberikan jaminan kepuasan pelanggan sehingga 180 hari / 6 bulan seperti kami.
Kenapa? Sebab kepuasan anda adalah keutamaan kami!
6. Tudung Sekolah Mudah Dibasuh
Tudung sekolah soft awning lembut dan awning scuba TudungSiComel boleh dibasuh menggunakan mesin.
Kami hanya menggunakan material kain Lycra Korea Original yang susah berkedut dan mudah dibasuh. Pastinya ia akan memudahkan dan menjimatkan masa ibu-ibu semua.
7. Boleh Dibeli 24 Jam Sehari
Ibu-ibu tidak perlu tunggu siang hari sehingga kedai dibuka baru boleh memiliki tudung sekolah. Kedai online kami dibuka 24 jam dan ibu-ibu semua boleh membeli tudung sekolah secara online pada bila-bila masa.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Tidak perlu berfikir untuk berpakaian kemas dan bersolek hanya untuk membeli tudung sekolah. Sambil ibu-ibu pakai baju tidur juga boleh membeli tudung sekolah untuk si somel anda.
Jika membeli dikedai, ibu-ibu terpaksa beratur panjang sehingga giliran tiba untuk membayar terutamanya semasa musim cuti sekolah tetapi tidak dengan menempah tudung sekolah dengan kami.
Yang paling bestnya ,ibu-ibu dapat membeli hanya dalam beberapa minit sahaja. Ini dapat menjimatkan masa. Tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai.