Salam ceria! Cikros di sini.
Tahukah puan bahawa bukan semua tudung sekolah yang dijahit adalah sama?
Apa yang membezakan antara tudung sekolah adalah ‘potongan‘ dan ‘material‘ yang digunakan.
Dua perkara ini adalah sangat penting untuk dilihat kerana ianya membawa kepada keSELESAan Si Comel puan.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting.
Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
1. POTONGAN
Potongan atau cutting (dalam bahasa orang putih hehe) adalah antara faktor yang membuatkan sesuatu tudung sekolah itu Istimewa.
Semua orang boleh jahit tudung sekolah, namun TAK SEMUA yang mampu menghasilkan Potongan yang Selesa.
Di TudungSiComel, kita ada potongan rahsia yang sentiasa dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa berdasarkan maklumbalas pelanggan selama ini.
Apakah rahsianya? Biarlah ianya terus menjadi rahsia hehe.
Puan boleh cuba dahulu pada Si Comel puan, jika tidak selesa BOLEH DIPULANGKAN. Kita ada jaminan 180 hari.
2. MATERIAL
Antara material yang biasa digunakan untuk menghasilkan tudung sekolah adalah kain Lycra, Cotton dan juga Jersey.
Setiap material ada kelebihan masing-masing, namun Lycra 280g menjadi pilihan kita kerana ianya lembut, menyerap peluh dan selesa.
Lyra pula terdiri dari 2 jenis iaitu jenis Lycra Korea Original dan Lycra Korea made in China.
Jika tersalah pilih, lycra boleh menyebabkan kegatalan apabila Si Comel berpeluh.
Sebenarnya, Lycra terdiri dari pelbagai jenis dan kualiti. Ada yang berat 280g, 320g, ada yang 400g.
Ada jenis kain yang lembut dan ada jenis kain yang NAMPAK LEMBUT akan tetapi apabila dipakai ianya terasa PANAS dan tidak menyerap peluh. Awas! Kain Lycra Tiruan (China) yang nampak lembut tapi panas banyak digunakan di pasaran.
Kami di TudungSiComel telah mencuba beberapa jenis kain Lycra selama ini dan kita telah dan sentiasa membuat penambahbaikan dari masa ke semasa berdasarkan komen dan maklumbalas rakan-rakan.
TUDUNG SEKOLAH LYCRA LEMBUT
Akhirnya kami dari TudungSiComel telah mengambil keputusan untuk HANYA menghasilkan tudung sekolah dari kain Lycra yang lembut dan sejuk dipakai sahaja.
Tudung Sekolah Awning Lembut Istimewa TudungSiComel.com
- MUDAH dipakai dan dibasuh
- Awning LEMBUT
- SEJUK & SELESA dipakai
Dihasilkan khas untuk Si Comel puan berasa SELESA dan GEMBIRA ke sekolah. Pastikan ianya dihasilkan dari Lycra Korea Original TudungSiComel dengan Jaminan 180 hari.