Salam ceria! Cikros di sini.Tahukah puan bahawa bukan semua tudung yang dijahit adalah sama?
Apa yang membezakan antara tudung adalah ‘potongan‘ dan ‘materiAl‘ yang digunakan.
Dua perkara ini adalah sangat penting untuk dilihat kerana ianya membawa kepada keSELESAan Si Comel puan.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting.
Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
1. POTONGAN
Potongan atau cutting (dalam bahasa orang putih hehe) adalah antara faktor yang membuatkan sesuatu tudung itu Istimewa.
Semua orang boleh jahit tudung, namun TAK SEMUA yang mampu menghasilkan Potongan yang Selesa.
Di TudungSiComel, kita ada potongan rahsia yang sentiasa dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa berdasarkan maklumbalas pelanggan selama ini.
Apakah rahsianya? Biarlah ianya terus menjadi rahsia hehe…puan boleh cuba dahulu pada Si Comel puan, jika tidak selesa BOLEH DIPULANGKAN. Kita ada jaminan 180 hari.
2. MATERIAL
Antara material yang biasa digunakan untuk menghasilkan tudung sekolah adalah kain Lycra, Cotton dan juga Jersey.
Setiap material ada kelebihan masing-masing, namun Lycra 280g menjadi pilihan kita kerana ianya lembut, menyerap peluh dan selesa.
Lyra pula terdiri dari 2 jenis iaitu jenis Lycra Korea Original dan Lycra Korea made in China.
Jika tersalah pilih, lycra boleh menyebabkan kegatalan apabila Si Comel berpeluh.