Tips Selepas Cabut Gigi | Pengalaman Cabut Gigi Geraham Akar Tertinggal Dalam Gusi & Tips Cara Kurangkan Sakit Selepas Cabut Gigi Geraham

Bismillah. Cikros di sini.

Tengah sakit selepas cabut gigi geraham bongsu ke tu? Kesian awak. Bertabah lah ye. Aku faham sebab aku pun pernah menanggung sakit yang giler-giler punya lah selepas cabut gigi geraham bongsu.

Gusi tempat yang kena cabut gigi tu of coz lah sakit berdenyut-denyut. Sebab ada lubang luka selepas gigi geraham di cabut.

Tapi kalau kena dry socket selepas cabut gigi geraham bongsu tu. Perghhhhhh! Sakit selepas cabut gigi tu boleh menangkap hingga ke kepala. Mencucuk-cucuk macam nak pecah kepala.

Throbbing headache. Kepala berdenyut kuat macam nak meletup. Apa pun tak boleh buat. Apa pun tak boleh fikir.

Korang boleh baca pengalaman aku cabut gigi geraham bongsu di sini:

Pengalaman Cabut Gigi Geraham & Akar Gigi Tertinggal!

Selepas raya tahun lepas, aku pergi jumpa doktor gigi sebab ingatkan gigi second molar atas kiri aku tu pecah. Macam ada serpihan keluar.

Tapi doktor cakap bukan masalah gigi second molar. Tapi gigi bongsu impacted. So terus kena cabut gigi geraham bongsu.

Since then, aku sudah tak ada masalah sakit kepala. Tapi gigi second molar aku tu kadang-kadang rasa berdenyut. Bila rasa dengan lidah macam ada lubang besar di sisi gigi bahagian dalam.

So sebelum puasa hari tu aku pergi lagi Klinik Gigi Meru. Doktor checked dan confirmed ada lubang besar pada gigi second molar kiri atas aku yang dulu berjiran dengan gigi geraham bongsu yang sudah jadi arwah tu.

Terus aku minta cabut gigi tu. Struggled pulak doktor tu nak cabut gigi geraham aku tu. Tarik punya tarik akhirnya tercabut juga.

Tips Selepas Cabut Gigi

Tapi masa cabut cabut tu aku dengar bunyi krakkkkkkkk. Gigi geraham yang dicabut tu PATAH!! Akar gigi geraham tu tertinggal dalam gusi.

Doktor tak buat apa pun untuk cabut akar gigi geraham yang tertinggal tu. Dia cakap selepas sebulan datang balik. Masa tu maybe akar tu sudah longgar so maybe akan tercabut sendiri. Jika tak kena operate lah bagi tunggul gigi geraham tu keluar. Adudu!

Selepas cabut gigi geraham tu aku balik dan kumur perlahan dengan air sejuk berais. Aku kumur air Coway je senang. Terus hilang pendarahan dan kurang rasa sakit.

Kali ni selepas cabut gigi tak sakit sangat pun. Kepala pun tak sakit langsung.

Tau tak? Selepas cabut gigi geraham dengan akar tertinggal dalam gusi tu, doktor cakap akan rasa sakit yang teruk. Mungkin juga akan berlaku infection. Aku siap dapat bekal ubat tahan sakit yang power (ponstan) dan antibiotik tau.

Tips Selepas Cabut Gigi

Tapi aku tak makan pun ubat. Sebab selepas 2 hari dah lega rasa sakit selepas cabut gigi tu. Omak boleh makan dengan gembira. Haha!

Pengalaman Cabut Akar Gigi Geraham Tertinggal Dalam Gusi

Seminggu selepas raya hari tu, aku pun pergi ke Klinik Gigi Meru. Aku dah dapat tarikh appointment so best sebab tak ramai orang.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Akar gigi geraham aku tu masih teguh berada di situ. Tak longgar sikit pun. Ngeri pulak aku weh. Takut kena operate. Terbayang mata pisau potong gusi. Giler saiko. Haha!

Doktor terus cucuk ubat bius dan korek-korek gusi aku nak cabut akar gigi geraham yang tertinggal tu.

Degil sungguh akar gigi geraham aku tu. Rasa lebih 10 minit kot doktor godek gusi aku dan tarik akar gigi geraham tu. Susah betul nak keluar. Naik lenguh aku menganga mulut tau.

Tiba-tiba aku terasa ada benda terjatuh dalam mulut aku. Finally! Akar gigi geraham tu berjaya dicabut keluar.

Bila doktor letak akar gigi geraham tu aku tengok bukan main besar lagi. Aku ingat akar gigi yang tertinggal tu kecil je. Ni besar macam atuk gaban jugak.  Wahaha!

Tips Cara Kurangkan Sakit Selepas Cabut Gigi

Akar gigi geraham yang tertinggal tu agak besar so lubang yang dikorek masa nak cabut tu juga besar. Maka bertabahlah aku sakit selepas cabut akar gigi geraham tu.

Tapi kali ni aku dah bersedia dan sudah ada pengalaman. So aku cepat sembuh selepas cabut akar gigi tu. Siap boleh makan kerepek dan biskut raya selepas 2 hari cabut gigi tau. Wahaha!

So aku nak share tips selepas cabut gigi ni iaitu cara kurangkan sakit selepas cabut gigi geraham. Tak kiralah cabut gigi geraham biasa atau geraham bongsu. Semua boleh pakai tips penjagaan selepas cabut gigi ni.

1) Hentikan Pendarahan Dengan Air Sejuk Berais

Aku kan benda paling tak best selepas cabut gigi ialah pendarahan yang non-stop tu. Geli anak tekak weh telan darah.

So untuk hentikan pendarahan, KUMUR PERLAHAN dengan AIR SEJUK BERAIS banyak-banyak. Nak minum pun boleh. Aku kumur hari tu dalam 6 gelas air Coway sejuk.

Serius terus stop berdarah tempat cabut gigi tu. Rasa pun nyaman dan kurang sakit.

Tips Selepas Cabut Gigi

Korang juga boleh kumur perlahan dengan minyak zaitun untuk stop bleeding. Tapi antara minyak zaitun dan air sejuk berais, aku lagi suka guna air sejuk.

2) Makan Ais Krim Boleh Legakan Sakit Selepas Cabut Gigi

Selepas cabut gigi geraham ni lah korang boleh MAKAN AIS KRIM sebanyak yang boleh. Hehe!

Tips Selepas Cabut Gigi

Selain dapat melegakan gusi tempat yang dicabut gigi, ais krim juga boleh melegakan perut yang lapar tu. Tapi pastikan ais krim tu plain tak ada kekacang atau benda keras di dalamnya.

3) Makan Makanan Lembut 1-2 Hari Selepas Cabut Gigi

Selepas cabut gigi disarankan pantang makan @ MAKAN LIQUID DIET / makanan lembut (sup, jeli, puding, mashed potato, yogurt, milkshakes, oatmeal)

Tips Selepas Cabut Gigi

Jangan minum air panas dan makan makanan pedas dalam masa 2 hari selepas cabut gigi.

4) Sapu Gengigel Gingival Gel Pada Gusi Tempat Gigi Dicabut

Selepas cabut gigi for sure akan terasa sakit berdenyut pada lubang gusi tu. Sapu GENGIGEL GINGIVAL GEL pada gusi yang sakit dan insyaallah akan terasa lega yang amat sangat!

Tips Selepas Cabut Gigi

Sebelum cabut gigi geraham tu aku dah beli siap-siap Gengigel Gingival Gel ni dari farmasi. Aku letak dalam peti sejuk. Aku sapu dalam 2-3 kali sehari. Cepat baik tau.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Ada 2 jenis packaging Gengigel Gingival Gel ni.

  • Gengigel Gingival Gel SACHET – harga RM5 satu sachet (boleh pakai dalam 5 kali sapuan)
  • Gengigel Gingival Gel TUBE 20ml – harga RM38 satu tiub

Aku beli yang dalam tiub. Gengigel Gingival Gel ni selain untuk legakan kesakitan selepas cabut gigi, boleh juga guna untuk ulser mulut, luka dalam mulut, sakit gusi (gingivitis) dan keradangan gusi. So kira ubat first aid lah ni.

Tips Selepas Cabut Gigi

Aku list sini kegunaan Gengigel Gingival Gel untuk legakan masalah berkaitan gusi:

  • Bleeding | Candida | Dentures
  • Dry mouth | Gingivitis | Implant uncovery
  • Lichen planus | Mouth sores | Oral lesions
  • Orthodontic braces | Post-surgical recovery
  • Scaling | Tooth extractions
  • Ulcers | Wounds

So sebelum nak cabut gigi geraham tu, bersedialah dengan Gengigel Gingival Gel.

Ni promosi tak berbayar tau. Aku share sebab aku pernah guna dan terbukti berkesan untuk kurangkan sakit selepas cabut gigi. Cuba lah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *