Bismillah….Ya Wahhab Ya Razzaq Ya Fattah….
Soalan kepada mak bapak. Perlu ke anak yang umur 5-6 tahun pandai membaca dan mengira sebelum masuk darjah satu pada umur 7 tahun?? Hmmmm.
Akak adalah generasi X. Lahir tahun 70-an. Now dah masuk 4 series dah.
Masa kecik dulu mak hantar tadika masa akak umur 6 tahun. Tapi bukan untuk belajar membaca dan mengira. Pergi tadika untuk bersosial @ bermain dengan kawan-kawan seusia!!
Memang enjoy sangat pergi tadika masa tu. Sebab ada banyak mainan kat tadika. Pastu dapat makan sedap. Bubur kacang hijau pun rasa best sangat…hahaha!
Masuk darjah satu baru akak belajar ABC. Masa tu baru belajar menulis, mengeja, membaca dan mengira. Dulu tak ada keperluan pun untuk budak kecik pandai membaca dan mengira. Life was soooooo easy and fun. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]
Tapi tu cerita zaman dulu. Sekarang segalanya dah berubah 1,000%.
Baby yang baru umur 6 bulan pun ada yang diajar mengenal ABC, 123 dan membaca! Mak bapak bukan main bangga bila anak yang baru 1-2 tahun dah terer membaca. Siap tayang video kehebatan anak membaca flash cards @ kad imbasan di Facebook. Banyaknya yang “LIKE”!
Budak-budak dari umur 4 tahun sudah di hantar ke tadika yang fokus pada pencapaian akademik. Macam-macam jenis tadika wujud untuk penuhi keinginan ibu bapa yang nak anaknya pandai membaca dan mengira. Yurannya pulak ribu-riban weh. Uhuk uhuk!!
Budak-budaklah kesian. Kecik-kecik lagi dah stress kannnnnnnnnn.
Kenapa Anak Mesti Pandai Membaca & Mengira Sebelum Masuk Sekolah?
Satu masa dulu ada seorang cikgu taska yang memperjuangkan konsep “belajar sambil bermain” dihentam beberapa mak bapak sebab anak-anak mereka yang berumur 5-6 tahun masih tak tahu membaca. Of coz lah. Bayar yuran mahal mah. Mak bapak yang tahu apa yang bakal anak hadapi bila masuk sekolah mestilah risau.
Anak akak Izzah masa tu 5 tahun. Nasib baik Izzah tu memang dah kenal huruf dan nombor sebab akak dah ajar sejak kecik. Cuma dia belum fasih membaca. Tapi akak tak lah hentam cikgu tu. Memang asal tujuan akak hantar taska tu untuk Izzah bersosial @ improve communication je pun. Akademik tu kalau dapat kira bonus lah.
Izzah dapat masuk pra-sekolah masa dia 6 tahun dan pandai membaca, menulis dan mengira sebelum masuk sekolah. Alhamdulillah. Kalau tak mesti akak risau jugak!
Pendapat akak. Memang korang kena pastikan anak pandai membaca dan mengira sebelum berumur 7 tahun. Mesti!
PERTAMA
Sebab sebelum masuk tahun satu anak kena duduki Ujian Diagnostik. Kalau anak tak tahu membaca macam mana nak buat??
Result dari ujian diagnostik tahun satu ni akan menentukan anak korang ditempatkan dalam kelas samada kelas budak-budak pandai atau kelas budak-budak kurang pandai.
Perkataan “pandai” tu actually sangat subjektif. Ada budak yang pandai tapi tak perform well masa ujian. Nervous punya pasal la tu. So.. jangan risau sangat kalau anak dimasukkan kelas yang belakang-belakang.
Kalau anak tahu membaca dan mengira dengan baik, insyAllah dia boleh catch-up pelajaran dan ada peluang naik kelas.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
KEDUA
Supaya anak korang tak ketinggalan dalam pelajaran masa tahun satu tu.
Zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Tak kenal huruf ABC pun cikgu masih sabar mengajar budak-budak ABC. Zaman sekarang silibus aras tinggi; KSSR weh.
Budak darjah satu dah belajar macam-macam yang dulunya hanya dipelajari masa darjah enam. Silibus memang sangat mencabar. Bilangan subjek pun berbelas-belas. Akak dulu sekolah rendah ada 5 subjek je. Sekarang? Perghhhh!
Seriously. Akak ari tu tengok subjek budak darjah satu pun geleng kepala. Very the canggih one! Akak kena belajar dulu semuanya supaya dapat mengajar Izzah kat rumah.
Cikgu pun kena ikut pelan pengajaran jugak. Kalau anak masuk darjah satu tapi masih merangkak mengeja macam mana tu? Susah juga kan!
Menang ada program LINUS untuk bantu anak yang bermasalah membaca dan mengira semasa tahun satu.
Tapi adalah berkali-kali lebih baik jika anak korang pandai membaca dan mengira sebelum masuk sekolah kannnnn!
Program LINUS
Apa itu LINUS?
Actually kan… dulu akak pun tak tahu apa benda alahnya LINUS ni. Beberapa bulan selepas sesi persekolahan tahun lepas, akak dapat surat dari sekolah tentang ujian LINUS. Kena pastikan anak hadir sekolah sepanjang tempoh yang diberikan sebab ujian LINUS akan diadakan.
Cepat-cepat akak Google cari maksud LINUS ni. Mak zaman tenet macam ni lah. Segala mak nenek nak Google…hehehe. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
LINUS ialah akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Saringan). Secara keseluruhannya bermaksud Program Saringan Literasi dan Numerasi. LINUS disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pada tahun 2013 program LINUS dikenali sebagai LINUS 2.0 kerana melibatkan saringan literasi untuk Bahasa Inggeris, berbanding sebelum ini saringan hanya untuk literasi Bahasa Melayu dan Numerasi untuk Matematik.
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun) dan Saringan 3 (September). Mulai tahun 2013 terdapat 2 saringan sahaja
Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas Literasi (BM), Numerasi dan Literasi (BI) di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah kecuali murid yang dikesan mengalami masalah pembelajaran atau (MBK) Murid Berkeperluan Khas.
LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah 3.
Bagi Murid Berkeperluan Khas yang dikesan akan disarankan mengikut kurikulum khusus yang sesuai dengan tahap pencapaian murid agar mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran.
MBK (Murid Berkeperluan Khas) MBK akan dikesan melalui program OUTREACH. Outreach berpusat Outreach secara rujukan terus LINUS KONSEP SARINGAN Saringan dilaksanakan 2 kali setahun. Saringan pertama bermula pada bulan Mac dan saringan ke dua pada bulan September.
Saringan terbahagi kepada 2 bentuk iaitu
- Saringan Lisan
- Saringan Bertulis
Saringan Lisan mengambil masa sebulan dan saringan bertulis selama seminggu. Selepas saringan murid akan di ajar mengikut pencapaian mereka di dalam saringan.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
LINUS 2.0 PENGKELASAN MURID
- Selepas saringan murid akan diajar mengikut pencapaian mereka menggunakan modul yang sesuai.
- Murid yang tidak melepasi konstruk K1-K2 akan dihantar ke kelas pemulihan (BM dan Numerasi)
- Murid yang tidak menguasai konstruk K3-K12 akan diajar di dalam kelas dengan menggunakan modul Linus yang dibekalkan
- Murid yang menguasai semua konstruk akan diajar dalam arus perdana dengan menggunakan modul KSSR LINUS 2.0