Aku sambung cerita dari post sebelum ini: Tips Rawatan Demam Kuning | Pengalaman Rawatan Fototerapi Penyakit Demam Kuning Jaundice Bayi Di Hospital Kerajaan (First Baby) .
Nak tau macam mana baby aku yang kena demam kuning jaundice tu jadi makin lemah tak bermaya, muntah susu warna kuning coklat melalui mulut dan hidung serta disahkan kena jangkitan kuman dalam usus? Teruskan membaca.
Kaki Baby Kena Cucuk Berulang Kali
Bila dah keluar dari wad NICU Hospital Sungai Buloh, aku dan baby kena pergi ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk buat ujian darah esoknya. Paras bilirubin dalam darah baby aku naik dari 213 umol/L (12 mg/dL) ke 244 umol/L (14 mg/dL). Makin stress pulak aku.
Balik dari klinik, suami aku beli susu kambing segar. Tak tahu lah siapa yang bagi petua suruh bagi baby minum susu kambing fresh untuk hilangkan demam kuning bayi ni.
Aku yang sudah tak larat dan lemah tu hanya pasrah sahaja bila baby disuapkan susu kambing dan juga diberi minum air mineral.
Beberapa jam selepas diberi susu kambing, baby aku muntah susu sebaik sahaja habis menyusu badan.
Malam tu aku dengar baby tersedak. Bila aku buka lampu rupanya baby aku muntah susu lagi. Tapi kali ini warnanya kuning kecoklatan dan susu keluar melalui mulut dan hidung.
Aku rasa something not right sangat. Sepanjang malam aku berjaga untuk memantau keadaan baby. Syukur dia tak muntah lagi dan tidur lena.

Esoknya kami pergi lagi Klinik Kesihatan buat ujian darah. Aku rasa makin lemah dan serabut. Kena ulang alik ke klinik dalam keadaan badan sendiri yang sakit tu. Serius omak super duper stress.
Bacaan paras bilirubin dalam darah baby aku semakin naik dari 244 umol/L (14 mg/dL) ke 278 umol/L (17 mg/dL). Alamak!
Tapi nurse hanya suruh datang lagi esok hari untuk repeat ujian darah. Uh! Berapa kali nak cucuk kaki ambil dan ambil darah dia ni? Lebam-lebam dah tapak kaki anak aku tu tau. Huhu!
Aku pulak rasa serabut kena naik kereta dengan keadaan perut yang sakit, pedih dan rasa bergoyang-goyang bila tayar kereta terkena batu kerikil dan lubang kecil. Huhu!
Baby Semakin Lemah (Lethargic)
Aku perasan anak aku jadi makin tak bermaya. Asyik tidur memanjang. Tak buka mata. Tak menangis minta susu. Tak aktif langsung!
Bila bagi susu badan dan susu botol pun dia tak nak hisap pun. Macam tak larat sangat. Sedih aku melihatnya. Huhu!
Kami terus bawa baby ke KPJ Selangor Medical Centre. Baby tak minum susu dari pagi tapi masa menunggu giliran berjumpa doktor tu, anak aku muntah susu kuning lagi. Seram sejuk omak rasa.

Baby aku susut berat badan dari 2.47 ke 2.06. Turun berat sebanyak 13% which is sangat tidak normal untuk baby yang seusia dengannya.
Terus Izzah kena admitted NICU dan perlu jalani rawatan double phototherapy.
Luluh hati aku ni bila baby kena cucuk tiub melalui hidung ke perut untuk diberi susu. Bertambah luluh jiwa aku ni bila aku pam langsung susu tak nak keluar!

So Izzah diberikan susu formula khas melalui tiub semasa rawatan di NICU. Tapi aku diberitahu, baby masih lagi muntahkan susu yang diberi melalui tiub tu. Anak aku sudah kena jangkitan kuman pada usus! Huwaaaaa!

Baby Masuk NICU Selama 11 Hari
Kat hospital KPJ Selangor ni ibu yang baby masuk NICU boleh sewa bilik / katil jika nak berdekatan dengan bayi. Tapi suami aku tak bagi aku tidur seorang diri di hospital.

So aku terpaksa berpisah dengan baby selama 11 hari sepanjang dia berada di NICU KPJ Selangor Medical Centre.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Aku memang rasa sedih tapi rasa syukur pun ada. Sebab time tu aku memang sudah tak berdaya nak go through semua tu. Aku syukur baby ada nurse yang jaga dalam NICU. So aku ada masa untuk pulihkan diri sendiri.
Aku hanya dibawa melawat baby sekali sahaja semasa dia dalam NICU. Kemudian, aku hanya pergi lagi ke KPJ untuk ambil baby yang sudah sihat dan dibenarkan keluar.
Lubang hidung kiri baby ada kesan luka @ lubang yang besar akibat hakisan tiub kat hidung dia tu.

Omak was feeling meh. Nasib baik kesan luka tu hilang dan hidung menjadi normal semula selepas sebulan.
Punca Jangkitan Kuman Dalam Usus Baby Kuning
Aku tahu banyak petua untuk hilangkan kuning atau jaundice pada bayi. Nak cuba petua merawat demam kuning tu semua?
Aku tak halang. Baby korang kan. Suka hati lah. Tapi fikirkan risikonya yang boleh memberikan kesan buruk kepada baby tu.
Semua perkara ini berlaku semasa baby aku kena jaundice.
- Doktor klinik masukkan jari bersarung tangan getah yang tidak dinyahkuman dalam mulut baby bertujuan untuk hentikan tangisan baby semasa diambil darah
- Doktor klinik berikan baby minum air dari penapis air melalui picagari
- Suami berikan baby minum air mineral seperti dinasihatkan doktor klinik swasta
- Suami berikan baby minum susu kambing fresh melalui botol susu sebab mengikut petua orang tua bagi hilangkan kuning baby
Aku pulak first time mom yang sedang lemah dan kesakitan. Main follow sahaja apa tanpa membantah. Akibatnya anak aku yang jadi mangsa.
Kos Rawatan Lampu Fototerapi Hospital Swasta
Anak aku kena demam kuning tinggi dan jangkitan kuman dalam usus, so kena masud wad NICU KPJ Selangor Medical Centre selama 11 hari. Baby kena buat rawatan DOUBLE PHOTOTHERAPY sebab kuning dah teruk + kena jangkitan kuman dalam usus.
Aku tak pasti kos rawatan fototerapi hospital KPJ ni berapa kena untuk sehari. Tapi kami kena caj RM7,000 lebih bagi rawatan bayi semasa dalam NICU selama 11 hari tu. Insurans pulak tak cover penyakit kuning bayi baru lahir. Mau terduduk nak membayarnya. Huhu!
Tapi itu lah kos yang kami kena bayar disebabkan mengikut petua-petua yang kononnya boleh turunkan paras kuning baby jaundice. Nyawa anak jadi taruhan. Poket pulak berlubang besar!
Lampu Phototherapy Rawatan Demam Kuning Terbaik
Baby disahkan kena kuning tinggi? Aku strongly suggest untuk rawat demam kuning dengan lampu biru fototerapi. Sebab rawatan lampu phototherapy memang terbukti berkesan secara klinikal menurunkan bacaan bilirubin kuning bayi dengan cepat, berkesan dan selamat.
Tak usah cuba petua yang suruh bagi baby makan atau minum air rebusan daun / bunga / buah / serbuk mutiara / susu kambing dan sebagainya tu. Usus baby belum matang untuk terima semua benda tu.
RISIKO BESAR JANGKITAN KUMAN & USUS BABY TERSUMBAT! Aku dah pernah kena hingga hampir meroyan bila baby masuk wad 11 hari disebabkan kebodohan aku. Nasib baik baby selamat. Jika tak? Menyesal seumur hidup pun tak guna. Huhu!
Apa Kelebihan Buat Rawatan Fototerapi Di Rumah?
- Bayi akan mendapatkan rawatan dengan lebih selesa di rumah.
- Ibu tidak perlu berpisah lama dengan bayi baru lahir.
- Ibu boleh menyusukan bayi dengan lebih mudah.
- Harga sewa lebih menjimatkan berbanding bayaran servis di hospital swasta.
- Ibu selesa dan tak perlu stress mendapat rawatan di hospital kerajaan.
- Caranya mudah, selamat dan berkesan.
Pertanyaan atau tempahan: Tel/Whatsapp : 012 2711894 | LINK UTK WHATSAPP (NYATAKAN KOD DISKAUN > BLROS UTK HARGA JIMAT BAGI SEWA MESIN FOTOTERAPI BLUELITE)
Sewa Mesin Phototherapy Dengan Bluelite Malaysia
Bluelite Malaysia ni hanya satu-satunya perkhidmatan sewa mesin phototherapy yang berdaftar dengan Medical Device Authority atau MDA dengan nombor persijilan ISO13485. Ia juga ada sijil pengesahan keselamatan oleh SIRIM.
Aku sendiri adalah repeat customer yang sewa mesin home phototherapy Bluelite ni. Aku guna both untuk anak aku Irfan (2012) dan Irdina (2015). Memang aku sangat puas hati dengan keberkesanan rawatan fototerapi jaundis baby di rumah.
KOD DISKAUN UNTUK HARGA JIMAT SEWA MESIN PHOTOTHERAPY
Berita baik! Pembaca blog ini layak menerima special discount dengan Bluelite jika menyatakan kod BLROS semasa membuat tempahan. Sewa lampu fotoerapi Bluelite boleh didapati di Kuala Lumpur, Selangor, Seremban dan Penang. Klik je link Whatsapp kat bawah ni untuk pertanyaan.
Tel/Whatsapp : 012 2711894 | LINK UTK WHATSAPP (NYATAKAN KOD DISKAUN > BLROS UTK HARGA JIMAT BAGI SEWA MESIN FOTOTERAPI BLUELITE)