Tips Rawatan Demam Kuning | Pengalaman Rawatan Fototerapi Penyakit Demam Kuning Jaundice Bayi Di Hospital Kerajaan (First Baby)

Bismillah. Cikros di sini.

Anak-anak aku semua kena jaundice masa baby. So aku ada pengalaman merawat penyakit kuning di hospital kerajaan, hospital swasta dan yang paling best dan selesa, rawatan fototerapi di rumah.

Masa first baby Izzah, aku tak ada pengalaman menyusu badan + perut sakit tahap gaban kena bedah + posnatal blues so Izzah kena penyakit demam kuning yang teruk. Siap dapat pakej jangkitan kuman pada usus!

Macam mana semua tu boleh berlaku? Panjang kisahnya. Teruskan membaca.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Aku kena bedah emergency cesarean masa kandungan 34 minggu sebab air ketuban pecah awal + masalah uri di bawah + baby melintang. So kena bius satu badan (pengsan terus). Pembedahan berlangsung selama 3 jam pulak tu.

Selepas beranak badan aku jadi sangat lemah, luka di perut super duper sakit dan minda berserabut. Aku rasa aku tak menyusu sangat pun Izzah sebab aku terlalu melayan rasa sakit yang tak terperi tu.

Masa tu Izzah pulak tidur lena memanjang so aku ingat dia tak lapar lah. Tapi rupanya bayi yang asyik tidur lama adalah salah satu simptom terkena jaundice.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Serius aku tak tahu pun kena kejut baby untuk bagi susu. Aku ingat baby nak susu time dia menangis only. Teruk betul aku masa tu.

Memang aku rasa bersalah. Malang sungguh nasib aku sebagai first time mom dibiarkan terkapai-kapai tanpa panduan dan bantuan. Huhu!

Bayi Kena Jaundice Masa Usia 5 Hari

Pada pukul 11 pagi hari ke 5 selepas bersalin, nurse dari Klinik Desa datang ke rumah untuk check aku dan juga baby. Luka pada perut aku nampak berair sedikit. Nurse hanya suruh suami lap dengan kain supaya kering.

Kemudian nurse check pulak baby aku. Baju baby di buka dan nurse memeriksa kulit baby berdekatan sliding door. Nurse menekan kulit pipi baby dengan lembut dan melepaskan tekanan. Nampak sangat kuning!

So aku kena bawa baby ke klinik untuk ujian darah bagi menentukan paras bilirubin dalam darah.

Doktor Klinik Bagi Baby Minum Air Kosong!

Aku pergi ke klinik swasta berdekatan rumah. Doktor cuba ambil darah baby dari tapak kaki baby. Tapi baby menangis meraung tak henti-henti.

Tanpa di sangka doktor tu masukkan jari dia yang bersarung tangan getah ke dalam mulut anak aku supaya anak aku hisap dan berhenti menangis.

Selepas tu doktor bagi pulak air bertapis menggunakan picagari ke dalam mulut baby aku. Doktor tu yang bagi baby yang baru umur 5 hari tu minum air masak. Uh! Siap advised aku untuk bagi baby air masak banyak-banyak untuk kurangkan kuning.

Owh! Aku yang badan yang tengah sangat lemah dan sakit hanya mampu memandang kosong. Angguk tidak. Geleng pun tidak.

Sampel darah baby berjaya di ambil dan dihantar ke makmal luar. Keputusannya hanya akan diketahui 3 jam selepas itu.

Pada pukul 3 petang, doktor klinik swasta tu called dan bagitau paras bilirubin dalam darah baby aku sangat tinggi. 296 umol/L = 17 mg/dL.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Teruslah aku dan baby kena refer semula ke Hospital Sungai Buloh. Bayangkan apa yang aku rasa masa tu? Aku rasa badan semakin lemah dan luka di perut rasa semakin sakit.

Jiwa dan emosi aku sangat tak stabil. Aku rasa terlampau stress hinggakan aku menangis tak henti-henti masa packing barang untuk ke hospital. Rapuh sungguh jiwa aku masa tu.

Tambah lagi kena naik kereta dengan keadaan perut yang sakit, pedih dan rasa bergoyang-goyang bila tayar kereta terkena batu kerikil dan lubang kecil. Serabut sungguh aku rasa. Huhu!

Admitted NICU Hospital Sungai Buloh

Pukul 4 petang, aku pergi ke bahagian kecemasan Hospital Sungai Buloh.  Selepas 2 jam menunggu, aku dan baby dimasukkan ke NICU.

Semasa melalui inkubator yang berbunyi beep tak henti-henti di NICU tu, jantung aku rasa macam nak meletup. Aku rasa semakin stress!

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi
NICU Hospital Sungai Buloh 2008

Nurse datang ambil darah dari tapak kaki baby. Bila baby menangis kena cucuk jarum, aku lagi lah rasa serabut. Membuak-buak rasa stress dalam diri omak ni tau. Huhu!

Sementara menanti keputusan ujian darah, aku dan baby diberikan katil dalam Bilik Ibu dalam NICU tu. Nurse ajar aku cara untuk buat rawatan fototerapi sendiri sepanjang malam. Nurse jugak pesan untuk aku breastfeed baby dengan kerap.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi
Bilik IBU NICU Hospital Sungai Buloh

Aku mula rasa nak menangis bila suami aku balik. Kena tinggal bermalam dalam wad dan kena jaga baby sendiri dalam keadaan diri sendiri tak terjaga.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Aku rasa sangat tertekan. Especially bila bayi-bayi lain dalam Bilik Ibu tu menangis berterusan di bawah lampu fototerapi.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Mesin lampu phototherapy Medela diletakkan sebelah katil aku.  Baby aku tak menangis bila diletak bawah lampu foterapi tu. Tapi hati aku ni sedih sangat sebab baby menggigil kesejukan. Baby kan hanya boleh pakai diaper masa rawatan lampu biru photherapy.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Aku pulak rasa lapar sangat. Makanan ada diletakkan di pantri. So aku sendiri kena jalan ke pantri untuk makan. Menu pulak memang tak sesuai untuk aku yang baru kena bedah ni. Tapi lapar sangat terpaksa makan jugak. Pilu sungguh rasa.

Tak tahan sangat rasa stress, aku menangis teresak-esak dalam shower sambil mandi. Rasa penat, sakit dan stress bercampur-baur.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Nurse datang bawa result ujian darah baby. Bacaan bilirubin baby aku dah turun dari 296 umol/L (17 mg/dL) ke 213 umol/L (12 mg/dL). Nurse cakap bilirubin bawah 240 tak payah fototerapi. So aku boleh balik.

Teruslah aku call suami suruh datang ambik. Aku tak sanggup nak bermalam di NICU tu dengan baby. Rasa macam tak boleh survive the night tau.

Suami aku macam marah lah sebab dia baru sampai rumah. Dia minta aku tidur dalam wad tu. Tapi aku merayu dia datang jugak. Sebab aku memang rasa tak boleh nak bermalam dalam wad dalam keadaan aku yang sedang sakit dan emosi tak stabil tu. Kena jaga baby yang kena jaundice pulak tu.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Nurse hospital kerajaan memang tak akan jagakan baby semasa rawatan foterapi. Kecuali lah baby jaundice yang under critical conditions dan perlukan monitoring 24 jam.

Baby aku tiada masalah kecuali jaundice sahaja. So aku kena jaga sendiri dan buat rawatan fototerapi sendiri dalam wad.

Aku memang rasa stress sebab keadaan diri sendiri yang tengah sakit dan lemah selepas dibedah, kena pulak pantau baby yang sakit kuning dalam wad. Sungguh aku tak kuat nak melalui semua itu sendirian. Jiwa omak sungguh kacau. Huhu!

So suami aku datang ambik aku dan baby tengah malam tu. Lega sangat dapat balik dan tidur atas katil sendiri.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi
Baby Izzah semasa usia 7 hari di rumah

Memang lah kat rumah pun aku still kena jaga baby yang kena penyakit kuning. Tapi rasanya lebih selesa, tenang dan yakin bila berada dalam rumah sendiri. Nak minta tolong pun senang sebab suami ada.

Aku bukan lah jenis manja tak boleh berdikari. Tapi time selepas bersalin dengan keadaan badan yang sakit dan lemah serta jiwa kacau tu, memang aku sangat perlukan support dari orang yang rapat. Aku tak akan dapat support tu jika aku dan baby berada dalam wad di hospital kerajaan.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

The thought of having to stay the night dalam wad hospital masa badan lemah dan emosi tak stabil serta kena jaga baby kuning sendiri pun buat aku meremang bulu roma. Menggerunkan macam nak kena tahan dalam lokap tau rasanya. Aku rasa seram sejuk macam nak demam.  Omak rasa murung sangat. Huhu!

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Of coz nak berpantang dengan betul pun memang tak boleh lah kalau dah masuk dalam wad sekali dengan baby. Makan pun tak terjaga. Suami pulak hanya boleh datang time melawat. Huhu!

Kos Rawatan Lampu Fototerapi Hospital Kerajaan

Aku rasa kebaikan buat rawatan phototherapy baby kena jaundice di hospital kerajaan ialah ianya sangat murah. Aku hari tu just kena bayar RM1 semasa pendaftaran.

Aku tak pasti berapa kos jika ibu dan baby perlu berada dalam wad selama beberapa hari. Mungkin bawah RM50 sebab aku kena bedah cesar dan duduk dalam wad kelas 3 hospital kerajaan kosnya tak sampai RM200 pun. So kos rawatan fototerapi baby kuning sure lagi murah di hospital kerajaan.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Update: Caj rawatan lampu ungu / biru fototerapi hospital kerajaan kelas 3 adalah RM5 sehari. Memang murah!

Kalau badan rasa kuat dan emosi stabil memang boleh lah buat rawatan fototerapi di hospital kerajaan. Tapi kebanyakan ibu lepas bersalin especially yang bersalin melalui pembedahan cesarean memang badan lemah, sakit dan jiwa tak kuat.

Bila keadaan diri macam tu tambah pulak baby sakit kena jaundice, memang boleh membaca kepada postnatal depression tau.

Baby Makin Lemah & Kena Jangkitan Usus

Nak tau macam mana baby aku yang kena demam kuning jaundice tu jadi makin lemah tak bermaya, muntah susu warna kuning coklat melalui mulut dan hidung serta disahkan kena jangkitan kuman dalam usus?

Baca dalam posting aku seterusnya:  Tips Rawatan Demam Kuning | Pengalaman Rawatan Fototerapi Penyakit Kuning Bayi Di Hospital Swasta (First Baby)

Lampu Phototherapy Rawatan Demam Kuning Terbaik

Baby disahkan kena kuning tinggi? Aku strongly suggest untuk rawat demam kuning dengan lampu biru fototerapi. Sebab rawatan lampu phototherapy memang terbukti berkesan secara klinikal menurunkan bacaan bilirubin kuning bayi dengan cepat, berkesan dan selamat.

Tak usah cuba petua yang suruh bagi baby makan atau minum air rebusan daun / bunga / buah / serbuk mutiara / susu kambing dan sebagainya tu. Usus baby belum matang untuk terima semua benda tu.

RISIKO BESAR JANGKITAN KUMAN PADA USUS! Aku dah pernah kena hingga hampir meroyan bila baby masuk wad 11 hari disebabkan kebodohan aku. Nasib baik baby selamat. Jika tak? Menyesal seumur hidup pun tak guna. Huhu!

Apa Kelebihan Buat Rawatan Fototerapi Di Rumah?

  • Bayi akan mendapatkan rawatan dengan lebih selesa di rumah.
  • Ibu tidak perlu berpisah lama dengan bayi baru lahir.
  • Ibu boleh menyusukan bayi dengan lebih mudah.
  • Harga sewa lebih menjimatkan berbanding bayaran servis di hospital swasta.
  • Ibu selesa dan tak perlu stress mendapat rawatan di hospital kerajaan.
  • Caranya mudah, selamat dan berkesan.

Pertanyaan atau tempahan: Tel/Whatsapp : 012 2711894 | LINK UTK WHATSAPP (NYATAKAN KOD DISKAUN > BLROS UTK HARGA JIMAT BAGI SEWA MESIN FOTOTERAPI BLUELITE)

Sewa Mesin Phototherapy Dengan Bluelite Malaysia

Bluelite Malaysia ni hanya satu-satunya perkhidmatan sewa mesin phototherapy yang berdaftar dengan Medical Device Authority atau MDA dengan nombor persijilan ISO13485. Ia juga ada sijil pengesahan keselamatan oleh SIRIM.

Aku sendiri adalah repeat customer yang sewa mesin home phototherapy Bluelite ni. Aku guna both untuk anak aku Irfan (2012) dan Irdina (2015). Memang aku sangat puas hati dengan keberkesanan rawatan fototerapi jaundis baby di rumah.

KOD DISKAUN UNTUK HARGA JIMAT SEWA MESIN PHOTOTHERAPY

Sewa Mesin Home Phototherapy Bluelite Malaysia

Berita baik! Pembaca blog ini layak menerima special discount dengan Bluelite jika menyatakan kod BLROS semasa membuat tempahan. Sewa lampu fotoerapi Bluelite boleh didapati di Kuala Lumpur, Selangor, Seremban dan Penang. Klik je link Whatsapp kat bawah ni untuk pertanyaan.

Tel/Whatsapp : 012 2711894 | LINK UTK WHATSAPP (NYATAKAN KOD DISKAUN > BLROS UTK HARGA JIMAT BAGI SEWA MESIN FOTOTERAPI BLUELITE)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *