Bismillah. Cikros di sini.
Aku rasa setiap ibu yang baru melahirkan anak pasti sangat risau jika bayi terkena jaundice atau penyakit kuning. Jaundice pada bayi biasa berlaku semasa bayi berumur antara 2-3 hari selepas dilahirkan.
Penyakit demam kuning baby ini adalah sangat biasa berlaku hingga wujud pelbagai petua untuk hilangkan demam kuning pada baby. Kebanyakan petua merawat jaundice baby adalah tidak masuk akal dan sangat berisiko tinggi kepada bayi yang masih kecil.
Apakah Penyakit Demam Kuning Pada Bayi?
Jaundice pada baby berlaku apabila kulit dan mata putih bayi menjadi kekuningan. Kuning pada bayi adalah disebabkan paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah yang kemudiannya menimbun / terkumpul pada tisu kulit dan mata.
Jika tidak dipantau dan dirawat, blirubin yang terlalu banyak boleh menimbun di dalam sel otak bayi dan menyebabkan kernicterus yang boleh menyebabkan kecacatan otak / kematian.
Bilirubin ialah pigmen hempedu berwarna kuning kemerahan yang terhasil akibat pemecahan sel darah merah. Tahap bacaan bilirubin dalam badan bayi boleh dikesan dengan tepat melalui ujian darah.
Kenapa bayi tidak kuning semasa baru lahir tetapi menjadi kuning selepas 2-3 dilahirkan?
Semasa baby masih dalam kandungan ibu, bilirubin bayi disingkirkan melalui tali pusat. Selepas lahir, hati bayi akan memproses bilirubin ini.
Kebanyakan hati bayi baru lahir masih tidak matang untuk memproses bilirubin dengan berkesan. Sebab itu baby akan terkena penyakit demam kuning / jaundice.
Penyakit kuning pada bayi akan mula berkurangan semakin bayi lebih berusia. Biasanya jaundice baby mengambil masa 1-2 minggu untuk hilang sepenuhnya.
Tetapi ada juga bayi yang mengalami penyakit kuning berpanjangan atau prolonged jaundice disebabkan keadaan tertentu:
- Bayi pramatang kerana hati bayi belum berkembang sepenuhnya
- Kekurangan G6PD
- Antibodi ibu yang menyerang sel darah merah bayi
- Jangkitan sistem air kencing atau darah
- Jangkitan atau masalah saluran hempedu
Jenis-Jenis Penyakit Kuning Pada Bayi
Ada 2 jenis penyakit demam kuning pada baby.
1. Penyakit Kuning / Jaundice Fisiologi
Sebanyak 60% bayi baru lahir akan mengalami penyakit kuning jenis fisiologi dalam minggu pertama selepas kelahiran. Penyakit demam kuning pada bayi ini berpunca daru peningkatan paras bilirubin dalam darah bayi.
2. Penyakit Kuning / Jaundice Susu Ibu
Penyakit kuning susu ibu adalah sejenis penyakit kuning yang berlaku apabila bayi berumur 4-7 hari dan boleh berterusan selama 3 hingga 10 minggu.
Biasanya penyakit jaundice baby berpanjangan / prolonged jaundice berlaku kepada bayi pramatang diberi susu ibu sepenuhnya. Kemungkinan besar komponen susu ibu menghalang pemecahan bilirubin yang menyebabkan demam kuning bayi berterusan untuk tempoh yang lama.
Ibu yang alami bayi prolonged jaundice jangan bersedih dan teruskan menyusukan anak. Sebab susu ibu adalah makanan terbaik dan paling berkhasiat untuk tumbesaran bayi.
Selagi bayi aktif dan masih menyusu dengan kerap, serta bacaan bilirubin sentiasa dipantau, komplikasi yang serius jarang berlaku.
Petua Hilangkan Kuning Baby Dengan Menyusu Badan
Ibu mesti pastikan bayi kerap menyusu bagi mengalakkan penyingkiran bilirubin melalui najis dan air kencing.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
- Tingkatkan rutin menyusu sehingga 8-12 kali sehari.
- Jika ada masalah pelekapan / latching, sila dapatkan bantuan dari pakar laktasi
- Jika susu ibu kurang, beri susu formula tambahan.
- Jika berpisah dengan bayi yang dimasukkan ke wad, gunakan pam untuk membuat stok susu bagi diberikan kepada bayi di hospital
Lampu Phototherapy Rawatan Demam Kuning Terbaik
Baby disahkan kena kuning tinggi? Aku strongly suggest untuk rawat demam kuning dengan lampu biru fototerapi. Sebab rawatan lampu phototherapy memang terbukti berkesan secara klinikal menurunkan bacaan bilirubin kuning bayi dengan cepat, berkesan dan selamat.

Tak usah cuba petua yang suruh bagi baby makan atau minum air rebusan daun / bunga / buah / serbuk mutiara / susu kambing dan sebagainya tu. Usus baby belum matang untuk terima semua benda tu.
RISIKO BESAR JANGKITAN KUMAN PADA USUS! Aku dah pernah kena hingga hampir meroyan bila baby masuk wad 11 hari disebabkan kebodohan aku. Nasib baik baby selamat. Jika tak? Menyesal seumur hidup pun tak guna. Huhu!

Apa Kelebihan Buat Rawatan Fototerapi Di Rumah?
- Bayi akan mendapatkan rawatan dengan lebih selesa di rumah.
- Ibu tidak perlu berpisah lama dengan bayi baru lahir.
- Ibu boleh menyusukan bayi dengan lebih mudah.
- Harga sewa lebih menjimatkan berbanding bayaran servis di hospital swasta.
- Ibu selesa dan tak perlu stress mendapat rawatan di hospital kerajaan.
- Caranya mudah, selamat dan berkesan.
Sewa Mesin Phototherapy Dengan Bluelite Malaysia
Bluelite Malaysia ni hanya satu-satunya perkhidmatan sewa mesin phototherapy yang berdaftar dengan Medical Device Authority atau MDA dengan nombor persijilan ISO13485. Ia juga ada sijil pengesahan keselamatan oleh SIRIM.

Aku sendiri adalah repeat customer yang sewa mesin home phototherapy Bluelite ni. Aku guna both untuk anak aku Irfan (2012) dan Irdina (2015). Memang aku sangat puas hati dengan keberkesanan rawatan fototerapi jaundis baby di rumah.
Pertanyaan atau tempahan: Tel/Whatsapp : 012 2711894 | LINK UTK WHATSAPP (NYATAKAN KOD DISKAUN > BLROS UTK HARGA JIMAT BAGI SEWA MESIN FOTOTERAPI BLUELITE)
KOD DISKAUN UNTUK HARGA JIMAT SEWA MESIN PHOTOTHERAPY
Berita baik! Pembaca blog ini layak menerima special discount dengan Bluelite jika menyatakan kod BLROS semasa membuat tempahan. Sewa lampu fotoerapi Bluelite boleh didapati di Kuala Lumpur, Selangor, Seremban dan Penang. Klik je link Whatsapp kat bawah ni untuk pertanyaan.
Tel/Whatsapp : 012 2711894 | LINK UTK WHATSAPP (NYATAKAN KOD DISKAUN > BLROS UTK HARGA JIMAT BAGI SEWA MESIN FOTOTERAPI BLUELITE)