Bismillah. Cikros di sini.
Aku nak share sini buku-buku prasekolah kerajaan (KPM) yang anak aku Irfan (6 tahun) gunakan. Ada 2 jenis buku yang digunakan iaitu buku BAGUS keluaran Penerbitan Bagus Sdn Bhd dan buku KALAM keluaran Batu Belang Resources.
Antara buku-buku BAGUS ialah:
- Aktiviti Prasekolah BAGUS Bahasa Melayu Buku 1
- Aktiviti Prasekolah BAGUS Bahasa Melayu Buku 2
- Aktiviti Prasekolah BAGUS English Buku 1
- Aktiviti Prasekolah BAGUS English Buku 2
- Aktiviti Prasekolah BAGUS Matematik Buku 1
- Aktiviti Prasekolah BAGUS Matematik Buku 2
- Aktiviti Prasekolah BAGUS Sains Awal Buku 1
- Aktiviti Prasekolah BAGUS Sains Awal Buku 2
Aku tengok kandungan buku prasekolah Irfan ni agak advance bagi budak umur 6 tahun. Macam silibus budak darjah 1 time Izzah dulu.
Biasanya kalau budak tak dapat siapkan aktiviti dalam buku, cikgu akan bagi buku untuk bawa balik sebagai homework. Omak abah kena bantu anak buat homework dan pastikan buku aktiviti prasekolah dipulangkan keesokan harinya.
Buku KALAM (Kuasai Abjad Lantas Arif Membaca) pula ada 3 buku untuk anak belajar membaca.
- Kuasai Abjad – KALAM 1
- Awal Membaca – KALAM 2
- Mudah Membaca – KALAM 3
Irfan now dah nak habis lagi buku KALAM 2 (Awal Membaca). Tak lama lagi sambung KALAM 3 lah tu.
Semoga Irfan pandai membaca dengan lancar sebelum masuk darjah 1 tahun depan. Ameen ya Mujib.