Tips PraSekolah | Apa Beza Prasekolah, Tabika Kemas & Tabika Perpaduan?

Bismillah. Cikros di sini.

Aku dulu sekolah tadika masa umur 6 tahun (1980). Aku rasa tadika tu adalah tadika KEMAS bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat.

Sebab masuk percuma dan ada kelengkapan prasekolah (permainan, muzik & alat bantu mengajar) yang baik. Juga disediakan makanan percuma yang berkhasiat setiap hari.

Masa tu tadika tersebut terletak di sebuah rumah bertiang tinggi yang biasa wujud pada zaman itu. Tak ada baju seragam pun. Setiap hari datang sekolah pakai baju biasa.

Aku seronok sangat pergi tadika sebab dapat bermain macam-macam alat mainan yang memang kami tak mampu beli pun. Makan pun sedap sangat. Aku paling ingat bubur kacang dia. Hehe!

Prasekolah KPM
Irfan di Prasekolah (2018). Budak kecik tu tumpang posing…hehe!

Adik-adik aku jugak masuk tadika KEMAS pada tahun 1982 dan 1987. Masa tu tadika itu sudah ada bangunan khas sendiri yang lebih besar dan sudah wajib pakai uniform.

Adik aku Ida (1982) pakai uniform tadika KEMAS iaitu pinafore corak kotak-kotak kecil berwarna hijau (green gingham). Manakala adik aku Idi (1987) pakai baju uniform tadika KEMAS warna biru.

Actually rasa jeles jugak sebab aku tak dapat merasa pakai pinafore tu dan adik aku pulak ada gambar kenangan masa kat tadika KEMAS. Aku tak ada gambar so tak boleh nak tayang kat sini. Wahaha!

Since aku ada anak kecik kan so aku buat research sikit lah tentang tadika bawah kerajaan ni.  Ada 3 jenis sekolah untuk kanak-kanak 5 – 6 tahun yang berada di bawah kelolaan kerajaan iaitu:

  • Tabika KEMAS (umur 4-6 tahun, keutamaan 5-6 tahun))
  • Tabika Perpaduan (umur 5-6 tahun)
  • Prasekolah (umur 4-6 tahun, keutaman 6 tahun)

Tabika KEMAS

Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS dikendalikan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) sejak 1960/70 an.

Tabika KEMAS

Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain’ yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

Tabika KEMAS mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah diwajibkan pengunaanya pada 1 Januari 2010 mengikut Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

So sukatan pelajaran Tabika KEMAS adalah selaras mengikut sukatan yang ditetapkan KPM untuk Prasekolah dan Tabika (KEMAS dan Perpaduan).

Tabika KEMAS dibuat di bangunan yang tidak berkaitan dengan mana-mana sekolah rendah. Ada yuran bulan minima yang perlu dibayar.

Syarat Kemasukan Tabika KEMAS

Antara syarat kemasukan Tabika KEMAS ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak 4-6 tahun (keutamaan kepada 5-6 tahun)
  • Permohonan dibuka dari bulan Jun-Oktober
  • Borang permohonan boleh download dari http://www.kemas.gov.my atau ambil di Tabika KEMAS berhampiran

Tabika Perpaduan

Tabika Perpaduan mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat iaitu sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga.

Tabika Perpaduan

Tabika Perpaduan dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membolehkan kanak-kanak menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.

Sukatan pelajaran Tabika Perpaduan adalah selaras mengikut sukatan yang ditetapkan KPM untuk Prasekolah dan Tabika (KEMAS dan Perpaduan).

Tabika Perpaduan dibuat di bangunan yang tidak berkaitan dengan mana-mana sekolah rendah. Ada yuran bulanan minima yang perlu dibayar.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Syarat Kemasukan Tabika Perpaduan

Antara syarat kemasukan Tabika Perpaduan ialah:

  • Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap
  • Kanak-kanak 5-6 tahun (keutamaan kepada 6 tahun)
  • Keutamaan kepada ibu/bapa/penjaga berpendapatan rendah bawah RM1,500 sebulan.
  • Keutamaan kepada kanak-kanak yang tinggal berhampiran dengan Kelas Tabika Perpaduan/dalam Kawasan Rukun Tetangga.
  • Permohonan dibuka pada bulan Oktober
  • Borang permohonan online di https://www.perpaduan.gov.my

Prasekolah KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah.

Prasekolah

KPM meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002 ke lebih banyak sekolah di seluruh negara.

Prasekolah KPM
Izzah di Prasekolah (2014)

Sukatan pelajaran Prasekolah adalah selaras mengikut sukatan yang ditetapkan KPM untuk Prasekolah dan Tabika (KEMAS dan Perpaduan).

Prasekolah KPM mempunyai bangunan sendiri yang terletak di dalam kawasan sekolah rendah berkenaan. Tiada yuran bulanan.

Syarat Kemasukan Prasekolah

Antara syarat kemasukan Prasekolah ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak 5-6 tahun (keutamaan kepada 6 tahun)
  • Keutamaan kepada ibu/bapa/penjaga berpendapatan rendah bawah RM1,500 sebulan.
  • Permohonan dibuka pada bulan Mac-April (online), Mac-Mei (manual)
  • Borang permohonan online di https://eprasekolah.moe.gov.my/
  • Borang permohonan manual dari sekolah rendah berhampiran

Bermula tahun 2018, baju uniform prasekolah KPM telah diseragamkan di seluruh negara iaitu t-shirt putih dan seluar panjang navy blue.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *