Bismillah. Cikros di sini.
Aku tau demam pilihan raya 2018 dah pun lama berakhir. Tapi aku tak kira. Aku nak juga bagi tips pilihan raya. Mana tau berguna untuk next PRU kan? Haha!
Aku tak ingat tahun bila aku daftar sebagai pengundi. Rasanya dah berbelas tahun kot. Masa tu aku belum kahwin pun. Time Tun Mahathir lagi masa tu.
Gigih drive Kancil Ex-850 aku tu dari KL ke Terengganu seorang diri semata-mata untuk balik kampung mengundi. First time mengundi sebagai rakyat Malaysia di Pilihan Raya Umum so excited tu terlebih sangat. Hehe!
Tapi 3 PRU selepas tu aku tak balik mengundi. Ada macam-macam halangan lah. Long story malas ah nak cerita sini.
Aku nak tukar alamat tempat mengundi tapi kena ikut alamat dalam IC lah pulak. Masa tu IC bertahun-tahun guna alamat kampung.
Pastu aku tukar IC guna alamat rumah aku kat Subang USJ. Tapi tak lama lepas tu aku kahwin dan pindah duduk Sungai Buloh. Memang tak bertukar lah alamat tempat mengundi aku tu.
Aku berpindah ke rumah sekarang about 10 years ago tapi IC still tak tukar alamat. Omak busy tak sempat nak pergi tukar alamat IC tu.
Tahun lepas IC aku ada masalah tak boleh baca cap jari masa nak withdraw EPF. So terpaksa pergi JPN lah buat IC baru. Alang-alang buat IC baru terus lah tukar alamat IC aku tu kepada alamat rumah sendiri.
Masa sebelum PRU 14 hari tu ada teringat nak tukar alamat daftar pemilih. Tapi asyik lupa dan bila teringat sudah terlambat. So PRU 14 pun aku tak balik kampung mengundi. Omak tak larat dah seasoned ni jauh betul rasa perjalanan 10 jam tu. Huhu!
Abang-abang dan kakak aku masih gigih lagi balik kampung untuk mengundi setiap kali pilihan raya. Memang mereka ni pun sejenis pemalas nak tukar alamat tempat mengundi jugak la tu. Haha!
Prosedur Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi
Actually prosedur cara tukar alamat tempat mengundi atau alamat daftar pemilih ni simple sangat. Tinggal nak buat ke tak je.
1. TUKAR ALAMAT DALAM KAD PENGENALAN
Cuba tengok alamat dalam IC tu kat mana? Alamat kampung? Alamat rumah sewa zaman student? Alamat kat mana tu. Hehe!
So kalau sekarang menetap kat Setia Alam, Selangor tapi alamat IC masih kat alamat rumah mak di kampung, atau alamat rumah sewa lama — KENA TUKAR ALAMAT IC SEBELUM TUKAR ALAMAT MENGUNDI.

Nak tukar alamat IC tu kena pergi JPN lah. Jangan risau lah. Proses tukar IC kat JPN sekarang ni sepantas kilat lah.
Aku dulu pergi JPN Shah Alam tukar IC tu terus siap tak sampai 2 jam pun tau. JPN tak macam dulu dah. Dulu kalau nak tukar IC kena tunggu few days kot baru dapat. Sekarang zassssssssss. Siap!
Ada juga yang tak nak tukar alamat yang terpapar kat IC tu. Mungkin alamat sekarang pun tak permanent sebab masih menyewa. Jangan risau. Boleh pergi JPN untuk tukar alamat bermastautin dalam rekod CIP kad pengenalan tu.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Tapi kalau just tukar alamat dalam cip IC sahaja ni kena bawa salinan maklumat CIP kad pengenalan tu. Sebab tak semua pejabat pos ada MyKad Reader so mereka tak boleh baca alamat dalam cip IC tu. Leceh sikit lah.
Macam aku terus tukar IC dan alamat yang terpapar di IC pun alamat rumah aku sekarang. So lagi mudah. Bawak diri dan bawak IC je ke pejabat pos untuk tukar alamat tempat mengundi. Hehe!
2. TUKAR ALAMAT TEMPAT MENGUNDI DI PEJABAT POS
Alamat tempat mengundi ni boleh tukar di di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau pejabat pos berdekatan.
Aku tak tau pejabat SPR kawasan aku ni kat mana so nak senang aku buat di pejabat pos. Kebetulan hari tu aku ke pejabat pos sebab nak pos barang customer Shopee.
Terus lah aku tanya macam mana nak tukar alamat daftar pemilih kat situ. Aku ingat prosedur nak tukar alamat mengundi di pejabat pos ni leceh kena isi borang bagai.
Tapi salah! Prosedur nak tukar alamat tempat mengundi di pejabat pos ni lah paling senang dan cepat. Tak payah isi borang pun!
Sebelum tu, check dulu samada sistem SPR online atau offline di pejabat pos tu. Kalau online boleh proceed tukar alamat daftar pemilih.
- Bagi IC yang beralamat baru kepada petugas kaunter post office
- Petugas kaunter pejabat pos isi alamat baru dalam sistem SPR online
- Petugas cetak 2 salinan borang A (Borang Tukar Alamat Pemilih) dan korang kena tandatangan
- Satu salinan borang A akan diberikan untuk simpanan
- Siap tukar alamat daftar pemilih!!

Fuhhh! Lega rasanya bila dah tukar alamat tempat mengundi ni. Next PRU omak datang mengundi. Hahah!
Semakan Daftar Pemilih / Alamat Tempat Mengundi
Selepas tukar alamat pusat mengundi di pejabat pos tu, korang boleh semak daftar pemilih atau alamat tempat pusat mengundi tu secara online di https://pengundi.spr.gov.my/
Aku tukar alamat tempat membuang undi pada 20 Jun 2018. Hari ini, 28 Julai 2018 (selepas sebulan) aku pun check online nak tengok samada alamat aku dah update ke belum.
Permohonan pertukaran alamat tempat pusat mengundi aku sudah di kemas kini dalam sistem SPR. Tapi masih lagi dalam proses pengesahan.
Alamat daftar pemilih yang disahkan masih lagi alamat aku kat kampung. So now aku tunggu pertukaran alamat mengundi aku yang baru ni disahkan.
Next month lah aku check balik. No problem sebab next PRU pun lambat lagi 4 tahun. Hehe!