Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].
Aku tak tau lah masa umur berapa aku ni diberi makan. Memory loss. Eh.. ada ke orang boleh ingat apa berlaku masa dia baby. Hehe!
Tapi yang aku tahu aku memang diberi makan Nestum. Masa tu tahun 1974. Nestum pun jenis original. Tak ada baby cereal macam sekarang ni.
Hidup lagi kan aku ni? Memang lah. Hidup lagi dengan perut bermasalah sejak kecik. Makan banyak zat tak boleh serap sangat. Sampai aku ni terbantut lah tumbesaran. Rendang je jadinya. Hak hak hak!
Aku pantang betul tau. Bila orang cakap dulu dia pun diberi makan awal sebelum 6 bulan dan HIDUP lagi. Hidup tapi sakit macam-macam pun tak bermakna hidup tu kan?
Sekarang ni orang muda pun dah kena sakit kronik. Budak lagi pun dah kena sakit usus, sakit hati, sakit limpa, sakit buah pinggang & kencing manis. Penyakit tu semua dulu penyakit orang-orang tua je tau!
Kenapa bayi tak boleh diberi makan sebelum umur 6 bulan? KLIK BACA SINI.
Aku ni kadang2 simpati jugak dengan ibu2 yang dalam pantang. Terpengaruh dengan orang yang konon lebih dulu makan garam. Orang tua lama.
- MIL suruh letak nestum dalam susu, anak saya baru 25 hari je usianya kak.
- Opah suruh suap air kanji kat baby saya, katanya budak tu selalu menangis, tak cukup susu.
- Saya dipaksa bagi bubur pada baby masa dalam pantang.. Tok Ma kata anak cucu dia sihat walafiat je kasi makan bubur masa baby dulu, tensen saya!
- Adik aku pun sama….dr baby 4 bln dh kasi nestum beras campur dlm susu.. bila aku tegur… “xde pape lah…xyah nk fikir sgt..yg pnting kita jgn bg budak ni lapo..”
- Sekarang dah 20+ hari umur baby. Baby pun baby lelaki, of course lah makin kuat menyusu. Setiap kali merengek akan disumbatkan susu. Tapi si nenek insist kata baby lapar dan tak puas menyusu, maka dibelikan satu tin nestum beras baby dan disudukan dekat baby tu atau dicampur dalam susu tepung.
- i pun pernah gak try ckp ngn kwn i yang campur nestum dlm susu..tp dah die ckp mak die dlu bg je kat diorang adik beradik..sihat je sampai skang..so i rest my case la… takde kekuatan nk melawan org yang menjawab balik ni…
- aku pun dalam pantang dulu ramai gak makcik2 yang duk bagi petua itu ini supaya anak tak meragam..ada yang suruh rendam biskut meri dalam air..pastu bila roti kembang, ambik air dia saja suap baby..ada sorang ni suruh aku buat air kanji..bagi waktu petang..kompom baby sepanjang malam tak bangun menyusu sebab dia kenyang..
Saiz Perut Bayi Hanya Sebesar Ceri
Aku tahu memang payah nak lawan cakap orang tua yang “pandai” tu kan. Otai masih berbisa gitu.
Aku dulu pun pernah terkena. Tapi tentang breastfeeding lah. Masa tu aku baru baik kerja dan breast bengkak penuh susu. Sampai rumah aku perah nak bagi baby. Otai suruh aku buang susu tu. Katanya dah BASI susu yang baru di perah tu. Sebab seharian susu tu duduk dalam breast! Ternganga aku kejap. Hak hak hak!
Bagi baby kecik umur 0-5 bulan makan bubur, air kanji, nestum, pisang lecek, biskut meri dan sebagainya tu SANGAT BERBAHAYA! Usus baby boleh tersumbat dan PECAH. Boleh bleeding teruk baby tu tau!
Perut baby tak matang dan tak boleh proses lagi pun makanan selain susu ibu. Susu tepung pun tak semua baby boleh hadam dengan baik. Ada baby yang cirit, kembung perut, sembelit dan muntah sebab susu tepung tak sesuai dengan usus.
Air masak pun tak boleh bagi baby bawah 6 bulan. Ni ko nak sumbat Nestum? Omak tepuk dahi!
Tahu tak? Baby yang baru lahir kecik sangat saiz perut dia. Hanya sebesar buah ceri! Macam guli saja saiznya.
Hari ke 3 baru sebesar walnut. Bila dah berumur seminggu baru sebesar aprikot perutnya. Bila umur cecah sebulan baru sebesar telur saiz perutnya.
Usus Bayi Pecah Akibat Diberi Makan Nestum
Kenapa zaman dulu orang bagi bayi Nestum tak pernah pun ada kes usus pecah? Kalau ada sure orang-orang lama ni tak buat kan?
Memang lah tak ada. Sebab tak ada pendedahan. Tak ada kajian. Tak buat post-mortem.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Budak kecik tiba-tiba mati terus cakap buatan orang. Sikit-sikit buatan orang. Padahal mungkin sebab usus dah pecah.
Sekarang pun banyak kes baby meninggal sebab diberi makan awal. Tapi sebab tak masuk paper dan tak masuk TV. So.. ramai orang tak tau.
Macam mana ada yang tau? Sebab sekarang zaman maklumat mudah tersebar.
Baby Menyusu Tak Kenyang & Meragam Tak Henti
“Baby ko ni lapar sebab tu asyik menyusu je!”.
“Ish…asyik menangis je budak je ni. Lapar sangat la tu. Susu tak cukup!”
Aku rasa bila baru beranak tu dan baby menangis tu memang biasa la kan. Dah baby tu tak reti cakap dia nak apa. Menangis tu cara dia bagitau yang dia need something.
Something tu tak semestinya nak minum susu. Baby menangis sebab dia tak selesa (kencing/berak), panas, sejuk, nak dipeluk, nak didodoi, bunyi bising dan sebagainya.
Ye lah. 9 bulan baby duduk dengan selesa dalam perut yang suhu nyaman, sentiasa dengar bunyi yang menenangkan (jantung ibu) dan seronok didodoi bila ibu bergerak.
Bila keluar ko expect bagi terus boleh sesuaikan diri dengan dunia ni? Memang tak lah!
Memang lah ibu akan penat dan stress masa lepas beranak ni. Kejap-kejap baby nak menyusu. Sejam sekali melalak. Nak tidur atas dada ibu baru diam. Lenguh satu badan omak dibuatnya.
Ibu bersalin ni terhapus segala dosa kecilnya. Sebab ada cabaran dan amanah besar yang menanti selepas melahirkan tu.
Mungkin bila lepas makan baby akan tidur lama. So ibu pun boleh rehat lama. Tapi bahaya juga tau bila baby tidur lama sangat. Risiko kena sleep apnea dan SID (sudden infant death).
Aku rasa lagi bagus baby newborn tu kerap bangun daripada tidur lama sampai berjam-jam. Pastu sedar-sedar dah keras kejung. Masa tu menangis meraung pun tak ada gunanya.
Aku ni setiap kali beranak dah set dalam minda. The first few months memang tidur tak kan cukup lah. Akan tidur-tidur ayam. Aku rasa ayam lagi banyak tidur dari aku. Hak hak hak!
Bila omak baru nak nyenyak tapi baby menangis lagi. Memang akan rasa terencat satu badan tu. Sangat letih.
Apa aku buat ialah — aku bangun dulu sebelum baby bangun. Lepas baby tidur aku terus tidur dan set masa 1-2 jam untuk bangun semula untuk menyusu baby. So aku dapat tidur yang berkualiti walaupun hanya sejam!
Bila tidur berkualiti badan dan minda tak akan penat dan terencat too much.
Ni ada ibu bila malam baby tidur dia tak terus tidur sama. Pergi main handphone — tengok FB lah… Whatsapps lah. Bila nak lelap je baby bangun pulak. Mau tak angin satu badan kannnnnnnnnnnn. Pastu nak meroyan cakap baby lapar nak makan. Omak lempang sebijik nak?
Baca coretan yang aku jumpa somewhere ni. Lupa dari mana sebab masa jumpa aku terus copy simpan dalam draft.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
X guna ko ckp dgn org2 tua, diorg mmg xleh & x akan dgr ckp ko…ko kene ckp kat mak baby tu, highlightkan point ini –> MEMBERI MAKANAN PADA NEWBORN, TAK NAMPAK KESAN BURUKNYA SKRG, KESANNYA AKAN NAMPAK 2-3 THN NANTI….
camane aku kata kesannya nmpak 2-3 thn @ bleh jd lg awal dr tu? ini based on pengalaman aku la, org lain aku rase mebi ye, mebi tak….ko tnye la kt adik ipar ko, nak susah ke nak senang?
anak sulung aku, lahir….aku mmg xde experience jaga baby, even dah bace2 & dok surfing sane sini, sblom beranak je yoyo-o je nak ikut rules & breastfeeding bagai….tibe masenye, aku pun terikut2 gak dgn ckp2 org2 ni, suh bg nestum la, bubur nasik, etc….sbb anak aku kuat nangis…..
tp aku ade pikir gak, time tu bkn ke, susu aku x kuar tp ade bg FM, bkn sket2 bg FM tu tp die ttp nangis.…then mase tu la ade suara2 mengatakan anak aku lapo…maka dibagi la nestum, bancuh cair2 konon, bubuh dlm botol….anak aku diam kejap, nangis lagi, dah lain pulak idea kuar – masuk dlm buai, bg puting (ni dh kes lain la),
tp still bg nestum dlm botol tu sbg makanan rutin, tiap hari mesti bg nestum cair dlm botol smpai la 6 bln tu baru start bg bubur nasik….mase tu sonok sgt tgk die mkn, 1st time suap bubur nasik tu die dh leh abis 1 mangkuk, berterusan smpai 8 bln kot….die dh start boring, aku dh mcm2kan makanan die, ade mase die nak la, ade mase die geleng, tutup mulut….masuk umo die setahun++, die dh x suke mkn, pemilih & allergy….bwk kt paed, paed terus tnye, mase baby2 ade x bg die solid food, then aku tnye la, nestum tu kategori solid food ke? ofkos la, paed jwb….
kite bg die mkn pade usia usus yg x matang, blom bsedia lg, then die dh boring dgn perut penuh mase kecik dulu (ni secara psychology nye la) menyebabkan die xmo mkn & memilih….smpai la skrg, umo die dh 4 thn, susahnye nk bg mkn…..kene kejar 1 rumah, dh dpt, nk suh bkk mulut pun payah, kadang buat2 muntah…..
berbanding anak ke-2 aku iaitu adik die…..aku mmg tekad breastfeeding & x akan bagi die ape jua bentuk solid food sblom 6 bln, alhamdulillah….berjaya! aku siap pantang kt umah sndiri sbb xmo gangguan ckp2 yg mcm kat atas tu la…..smpai bbstr aku pun ade gak la ckp, anak aku mcm x cukup susu je, tido x lena, kejap2 terjaga, bg susu (ebm) pun mcm x cukup pastu siap tnye aku, nak bg nestum x? huh…..sib baik, utk bbstr aku ni, anak die baru abis study nurse mase jaga anak aku no.2 ni….
die la yg mentarbiahkan mak die psl benda2 ni sume…..pastu, bile cecah je umo 6 bln, aku pun dgn semangat wajanye bg la die mkn bubur nasik, tp alangkak kuciwanye aku bile die x mcm kakaknye, sekali suap terus abis….then aku amik inisiatif utk pelbagaikan menu die, hasilnya, 2-3 mgu pastu, die dh seronok mkn, lama2 die dh byk mkn….smpai la skrg umo die 2 thn ++….die x memilih pun, sume leh masuk & xde allergy dgn makanan2 yg org kate sejuk nti perut.