Bismillah. Cikros di sini.
Selalu tak dengar kawan-kawan mengeluh mahu kembali ke zaman kanak-kanak? Kononnya zaman kanak-kanak hanya ada keseronokan. Tak perlu fikir dan risaukan apa-apa. Tapi betul kah?
Aku rasa kanak-kanak bukannya seronok sepanjang masa. Mereka juga ada tanggung-jawab. Kanak-kanak kena ambil ujian / peperiksaan di sekolah. Kena belajar perkara baru setiap hari.
Malah ada kanak-kanak yang perlu melalui pelbagai perubahan seperti bertukar sekolah, bertukar kejiranan, menghadapi masalah buli dan berjumpa kawan baru.
Sudah pasti anak juga akan terhiris perasaan, mengalami kegagalan dan kekecewaan pada bila-bila masa sepanjang kehidupan mereka.
Anak Berdaya Tahan Mampu Hadapi Rintangan
Kanak-kanak boleh mengharungi semua cabaran kehidupan ini jika dia berjiwa kental dan berdaya tahan.
Anak yang mempunyai hati yang cekal mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan yakin. Mereka tahu apa yang perlu dibuat dan bagaimana untuk meminta bantuan.
Aku pasti daya tahan kanak-kanak boleh dipupuk. Jiwa kental tidak dilahirkan tapi boleh dilatih.
Anak aku, Izzah yang masih bersekolah rendah juga pernah menghadapi beberapa kegagalan dan kekecewaan dalam hidupnya. Tapi aku bersyukur Izzah mampu bangkit dan menjadi seorang insan yang lebih baik dan berdaya tahan.
Aku masih ingat semasa Izzah balik dari sekolah berwajah murung. Izzah teringin mewakili sekolah dalam acara lumba lari tetapi malangnya dia tidak terpilih. Sebab ada pelajar yang lebih pantas berlari daripadanya. Izzah memang sedih dan kecewa.
Hidup Mesti Berani Untuk Gagal
Aku hanya mampu menasihatkan anak supaya redha kerana pasti ada hikmah di sebalik kejadian. Kena yakin bahawa ada sesuatu yang lebih baik sedang menunggu.
Jadi Izzah kena berhati cekal dan tidak mengalah. Hidup ini ada banyak pilihan. Gagal di sini tidak semestinya akan gagal di sana pula.
Hidup ini kita mesti berani untuk gagal dan bangkit semula. Tidak perlu untuk jadi orang lain untuk nampak lebih baik di mata masyarakat.
Ternyata betul rezeki Izzah bukan dalam acara balapan. Tetapi Izzah ada bakat dan peluang besar untuk berjaya dalam sukan Taekwondo.
Actually, Izzah sudah belajar Taekwondo sejak berumur 6 tahun dan berjaya mendapatkan tali pinggang hitam semasa berumur 9 tahun.
Jurulatih Taekwondo pernah tawarkan Izzah sertai latihan Champion sejak umur 6 tahun tapi aku hanya sempat hantar beberapa sesi sebab sibuk. Tapi sejak tahun lepas aku mula hantar semula Izzah ke kelas Champion di gym.
Berkat ketabahan dan sifat daya tahan yang ada pada diri Izzah, kini aku bangga anak aku mampu fight dengan berani setiap kali ada kejohanan Taekwondo.
Malah Izzah pernah memenangi pingat emas dalam kejohanan Taekwondo antara negeri. Syabas anakku!
Role Play Melatih Anak Berdaya Tahan
Aku percayai bermain olok-olok atau role play di KidZania boleh membantu membentuk jiwa anak yang kental dan berdaya tahan.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Kanak-kanak belajar berdikari dan menyelesaikan masalah semasa menyertai aktiviti role play seperti courier delivery, CSI dan wall climbing.
Fire Fighters
Antara aktiviti favorite yang disertai anak-anak aku di KidZania KL ialah Fire Fighters. Setiap kali ke KidZania mesti nak jadi ahli bomba.
Fire fighters adalah aktiviti paling “hot” sebab ramai kanak-kanak mahu menjadi bomba. Ia ialah salah satu daripada 6 aktiviti yang wajib ambil booking sticker sebelum dapat sertainya.
Jadi anak-anak mesti cepat beratur untuk mendapatkan booking sticker pada masa hiring time yang ditetapkan. Jika lambat datang pasti akan kecewa sebab booking sticker habis. Kena datang balik semasa hiring time seterusnya yang dibuat 2 jam sekali.
Anak-anak aku belajar menguruskan masa mereka dengan baik dan bersabar demi untuk menjadi bomba di KidZania.
Mereka seronok bermain role play sebagai fire fighter sebab boleh belajar cara-cara mencegah kebakaran melalui video Fire Prevention Steps dan juga belajar cara memadamkan api semasa kebakaran berlaku.
Semua pengetahuan ini adalah berguna dalam kehidupan seharian mereka.
CSI – Crime Scene Investigator
Aktiviti CSI ini pula memerlukan kanak-kanak mencari petunjuk di sepanjang jalan dan menyelesaikan masalah bersama kumpulan. Memang tak mudah tapi anak perlu berdaya tahan untuk menyelesaikan aktiviti ini.
Ada banyak lagi aktiviti role play lain di KidZania KL yang membantu menghadapi risiko, menyelesaikan masalah dan memupuk jiwa yang kental dan berdaya tahan. Beri peluang anak untuk cuba semuanya!