Bismillah. Cikros di sini.
Tak semua kanak-kanak suka bersukan. Tapi itu tidak bermakna mereka boleh bermalasan di sofa dan menghabiskan masa menonton TV atau bermain gadget sepanjang hari.
Kanak-kanak seperti orang dewasa juga perlu sentiasa aktif supaya sentiasa sihat, cergas dan cerdas.
Pastikan anak sentiasa aktif melakukan aktiviti fizikal kerana ia membantu tumbesaran yang sihat, membina tulang dan otot yang kuat, meningkatkan keseimbangan dan membina kemahiran badan,
Aktiviti fizikal juga membantu membentuk dan mengekalkan fleksibiliti, mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat, meningkatkan kecergasan kardiovaskular,membentuk postur badan dan mengurangkan stress.
Kenalpasti Personaliti Fitness Anak Anda
Ibu bapa perlu membantu anak yang cenderung menjadi “couch potato” untuk lebih aktif. Tidak semestinya perlu terlibat dengan acara sukan seperti bola sepak dan sebagainya.
Aktiviti fizikal yang mudah seperti berjalan-jalan di taman sudah memadai untuk permulaan. Adalah penting untuk anda bersama-sama melakukan aktiviti tersebut. Anak-anak pasti gembira bermain atau bersenam bersama ibu bapa.
Kenalpasti kecenderungan aktiviti fizikal anak anda. Jangan sesekali memaksa anak melakukan aktiviti fizikal yang tidak diminati.
Anak anda mungkin lebih suka menari, rock climbing, berenang, menunggang kuda atau seni mempertahankan diri berbanding dengan acara sukan seperti bola sepak, larian dan sebagainya.
Lakukan Aktiviti Fizikal Sebagai Rutin
Anak-anak lebih mudah untuk sentiasa bersenam atau melakukan aktiviti fizikal jika ianya dijadikan sebagai rutin mereka.
Aku sendiri jadikan kelas Taekwondo sebagai rutin anak-anak setiap hari Sabtu dan Ahad. Latihan Taekwondo mesti dihadiri walaupun pada masa cuti sekolah.
Taekwondo adalah cara aku memastikan anak-anak sentiasa aktif setiap hujung minggu. Malah mereka juga pergi ke gym dua kali seminggu untuk berlatih sparring dalam kelas champion bagi mempersiapkan diri menyertai kejohanan Taekwondo.
Aku percaya rutin aktiviti fizikal seperti ini perlu dipupuk sejak kecil supaya ianya menjadi kebiasaan.
Selain Taekwondo, aku juga sering membawa anak bersenam di taman semasa cuti sekolah. Mereka akan memanjat, bermain gelongsor, berjogging atau bermain scooter bersama-sama dengan gembira.
Anak-anak aku juga selalu bermain kereta kayuh, basikal dan scooter di hadapan rumah.
Aku yakin keaktifan anak-anak mengelakkan mereka menjadi “couch potatoes”. Mereka lebih mudah bangun pagi, lebih cergas dan boleh belajar dengan lebih fokus.
Aktiviti Sukan di KidZania
Kanak-kanak juga boleh menyertai aktiviti sukan yang dijalankan di KidZania semasa program KidZania SportZ.
KidZania adalah sebuah edutainment centre yang fun dan engaging untuk ‘Learn Life Today’ dengan aktiviti-aktiviti dari segi sukan dan role-play untuk kanak-kanak.
Ada banyak aktiviti sukan yang akan diadakan termasuklah sesi futsal, “foosball”, Subbuteo dan memanah.
Selain program sukan di KidZania, kanak-kanak juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti fizikal lain seperti courier delivery, clock tower perfomance, dancing studio dan wall climbing. Kanak-kanak perlu aktif semasa menjalankan semua aktiviti di KidZania.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Anak-anak paling suka buat persembahan di Clock Tower. Setiap kali ke KidZania mesti akan sertai kelas latihan dan buat persembahan tarian di Clock Tower mengikut tema tertentu. Sungguh menyeronokkan!
Jom… marilah memupuk kanak-kanak bersukan dengan segera dan stay aktif sentiasa!