Tips Parenting | Cara Mendidik Anak Untuk Sentiasa Mempunyai Hati Yang Baik

Bismillah. Cikros di sini.

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci fitrahnya umpama malaikat. Tapi apabila semakin membesar, ada kanak-kanak yang pentingkan diri sendiri, suka berebut, tidak menghormati sesama rakan sebaya dan orang lebih tua. Malah ada yang menjadi pembuli di sekolah.

Kenapa kanak-kanak jadi begitu? Mungkin kerana kurang kasih sayang dan tiada tunjuk-ajar daripada parents atau penjaga masing-masing.

Anak adalah amanah. So sebagai parents, kita wajib membentuk peribadi anak yang baik. Sebab keperibadian anak mencerminkan keperibadian ibu bapa.

Kidzania Mendidik Anak Menjadi Baik

Sifat baik atau bermoral tidak dilahirkan. Ia perlu dipupuk, dididik dan dibentuk sejak masih bayi lagi. Ibu bapa lah yang bertanggung-jawab mendidik anak supaya sentiasa mempunyai hati yang baik.

Berikut ialah beberapa tips untuk ibu bapa membantu anak belajar memahami perasaan orang lain seterusnya membentuk sikap prihatin dan hati yang baik.

Kenal Pasti Perasaan Orang Lain

Anak perlu belajar cara mengenal-pasti perasaan orang lain melalui memek muka (facial expressions), gaya/kedudukan tubuh badan (posture) dan tingkah-laku semasa berada dalam emosi yang berbeza.

Ibu boleh membantu anak mengenal-pasti perasaan orang lain dan bertanya kepada anak keadaan seseorang yang berada dalam kesedihan, kerisauan, kerungsingan atau kemarahan.

Contohnya semasa anak aku Dina sedang bermain dan didapati seorang kawan bermasam muka sambil memeluk tubuh.

Kidzania Mendidik Anak Menjadi Baik
Irdnina berkongsi barang mainan

“Dina tengok muka Sheila tu. Kenapa muka dia masam dan nampak sedih? Dia nak main mainan yang Dina pegang ni kot? Boleh kongsi main sama-sama tak?”

Soalan simple yang mengandungi clues tentang perasaan orang lain boleh membantu anak mengenal-pasti perasaan dan keinginan orang lain.

Dari situ anak akan dididik mempunyai hati yang baik dengan berkongsi barang miliknya seperti permainan atau makanan. Sharing is caring!

Bertukar Watak Untuk Memahami Perasaan Orang Lain

Anak aku Izzah (10 tahun) pernah mengkritik lukisan adiknya Irfan (6 tahun) sebagai buruk dan tak cantik. Sedih betul Irfan dibuatnya.

Kritikan itu memang benar tapi Izzah perlu belajar memahami perasaan orang lain. Sebab lidah itu lebih tajam daripada pedang.

Setiap kata-kata menghina atau merendahkan keupayaan orang lain boleh menyebabkan mereka berasa sedih. Hati boleh remuk. Perasaan boleh tercalar. Hubungan menjadi renggang.

Kidzania Mendidik Anak Menjadi Baik
Izzah dan adiknya, Irfan

So untuk mendidik Izzah untuk menjaga tutur-kata dan memahami perasaan orang lain, aku minta dia pretend menjadi budak berumur 6 tahun sama macam Irfan, yang belum pandai melukis dan mewarna dengan baik. Kemudian aku pula mengkritik Izzah.

“Kakak. Buruknya lukisan kakak ni. Senget benget. Lukis orang pun macam alien hodoh. Apa kakak rasa bila mama pula kutuk lukisan kakak macam ni?”

Muka Izzah terus berubah menjadi sedih. Sekarang dia faham apa yang Irfan rasa. Sejak itu aku nampak dia berhati-hati semasa memberikan pendapat tentang seseorang.

Fikir dahulu sebelum berbicara. Kerana mulut boleh musnah hubungan sesama adik-beradik dan rakan.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Anak akan mempunyai hati yang baik dengan memahami perasaan orang lain. Mereka akan faham setiap orang ada kekurangan dan boleh menambah-baik kekurangan orang lain dengan tutur-kata yang baik, positif serta tidak mencederakan emosi seseorang.

Membayangkan Perasaan Seseorang

Salah satu cara lagi untuk membantu anak memahami perasaan orang lain ialah dengan membayangkan apa yang dirasai oleh seseorang di dalam situasi tertentu. Minta anak berimaginasi. Tanyakan soalan, “Apa yang anak akan rasa?”

Contohnya, “Bayangkan kakak adalah Tok Wan sekarang ni. Apa kakak akan rasa jika cucu kakak bagi kakak hadiah?”

Kidzania Mendidik Anak Menjadi Baik
Izzah bersama Tok Wan

Sudah pasti anak dapat merasai perasaan seseorang jika dia kerap ditanya, “Apa yang adik / kakak akan rasa?”.  Pepatah yang menyatakan “What you give, you will get back” memang benar sekali.

Apabila anak boleh membayangkan apa yang akan dirasai orang lain, maka dia akan melayan orang lain sama seperti apa yang dia ingin orang lain lakukan padanya.

Menjadi Contoh Teladan Kepada Anak-Anak

Cara terbaik untuk anak belajar menjadi seseorang yang mengambil berat, prihatin dan baik ialah melalui contoh teladan daripada ibu bapa dan rakan sebaya. Ada banyak peluang untuk parents menunjukkan kebaikan kepada orang sekeliling seperti:

1. Menghormati dan Berbuat Baik Sesama Keluarga, Rakan, Jiran & Masyarakat

Hidup berkeluarga dan bermasyarakat perlu saling hormat menghormati dan give & take dalam banyak perkara. Anak-anak akan dididik mempunyai hati yang baik contohnya dengan:

  • berkongsi makanan dan permainan dengan adik-beradik dan kawan-kawan
  • menolong ibu membuat kerja rumah seperti menyapu sampah / menyidai baju
  • mendermakan permainan dan baju lama yang masih elok ke rumah anak yatim
  • melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong membersihkan taman perumahan
  • melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong mencantikkan kelas / sekolah
Kidzania Mendidik Anak Menjadi Baik
Izzah menolong mama menyidai pakaian.

2. Menyayangi dan Berbuat Baik Kepada Haiwan

Kanak-kanak mesti dididik untuk menyayangi dan berbuat baik kepada haiwan samada haiwan liar atau haiwan peliharaan. Berikut adalah cara untuk membentuk anak menyayangi haiwan:

Didik Anak Menghormati Haiwan

Semua jenis haiwan perlu dihormati sama seperti manusia kerana kepentingan mereka dalam kehidupan kita. Pastikan anak faham bahawa tindakan menzalimi haiwan adalah tidak wajar sama sekali.

Kidzania Mendidik Anak Menjadi Baik
Irdina sangat menyukai kucing.

Pelihara Haiwan Kesayangan

Parents boleh hadiahkan anak dengan haiwan kesayangan seperti hamster, arnab dan kucing supaya mereka boleh belajar menjaga haiwan di rumah setiap hari.

Parents juga boleh adopt a pet daripada rumah perlindungan haiwan dengan percuma. Bawalah anak ke shelters and animal rescues center untuk anak melihat sendiri keadaan haiwan-haiwan terbiar yang diselamatkan.

Melawat Animal Farm

Anak juga boleh belajar menyayangi haiwan dengan melawat animal farm atau mini zoo. Di sini bukan sahaja ada haiwan jinak seperti arnab, ayam, itik dan kura-kura, tapi ada juga haiwan liar seperti rusa yang sudah dijinakkan.

Kidzania Mendidik Anak Menjadi Baik
Izzah memberi rusa makan di animal farm

3. Mencintai dan Memelihara Alam Sekitar

Anak-anak perlu dipupuk untuk mencintai dan memelihara alam sekitar seperti tidak membuang sampah merata-rata, mengasingkan sampah mengikut jenis untuk dikitar semula, membersihkan kawasan taman permainan dan rekreasi serta melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong membersihkan sekolah / taman perumahan.

Kidzania Mendidik Anak Menjadi Baik
Aktiviti gotong-royong menanam pokok & mencantikan kawasan sekolah

4. Aktivi Sukarelawan KidZania CongreZZ Kids

Anak-anak juga boleh mencontohi rakan KidZania CongreZZ yang saban tahun melakukan aktiviti sukarelawan melalui KidZania CongreZZ Caring Project seperti menganjurkan konsert amal dan acara sukan untuk underprivileged children.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Aktiviti amal dan sukarelawan seperti ini sangat membantu anak mempunyai hati yang baik terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

Kidzania Mendidik Anak Menjadi Baik
Izzah menolong membutangkan baju Irfan di KidZania Vitamin Institute

 

Kidzania Mendidik Anak Menjadi Baik
Abang yang baik hati menolong Izzah menyusun bricks di KidZania Construction Site

Maklumat lanjut tentang aktiviti di KidZania sila lawati: www.KidZania.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *