Bismillah. Aloe! Cikros di sini.
Aku ada tulis tentang Amaran Bahaya Anak Tertelan Bateri Butang Lithium. Jika sayang anak, pastikan kat rumah bebas dari bateri bulat kecik ini.
Irfan ada bawa balik satu mainan berbentuk itik kecik yang comel dan boleh menyala lampu. Memang cantik dan menarik.
Aku tak perasan dan tak terfikir langsung yang permainan itik tu ada bateri butang Lithium. Memang ralat sangat sebab setelah beberapa hari Irfan main baru aku ternampak 3 ketul bateri butang Lithium ada dalam itik tu!
Masa tu mainan itik tu asyik tercabut penutup belakang dia. Izzah yang tolong lekatkan balik. Aku betul-betul tak sangka dalam tu ada sampai 3 biji bateri butang Lithium.
Macam nak sakit jantung bila aku tengok bateri Lithium yang masih baru tu bersepah atas lantai masa Izzah nak betulkan penutup yang tercabut entah kali ke berapa!
Allahuakbar!! Aku yang cuai!! Kalau jadi apa-apa yang buruk disebabkan kecuaian aku ni memang aku tak dapat maafkan diri sendiri.
Baby Dina tu masih lagi suka masukkan benda dalam mulut tau. Aku ingatkan umur dah nak cecah 2 tahun dah hilang lah sifat curiosity baby yang suka masukkan benda dalam mulut.
Tapi tak. Masih lagi ada. Hari tu dia masukkan pasir kinetik dalam mulut!! Semalam dia kemam Lego!! Siap kunyah-kunyah lagi tau. Terkejut omak!
Syukur aku nampak 3 ketul bateri Lithium tu. Cepat-cepat aku bagitau Irfan yang mainan itik tu dah rosak dan kena buang. Nasib baik Irfan faham.
Selepas ni aku WAJIB SENTIASA ALERT. Segala jenis permainan yang berlampu dan bercahaya serta gadget yang guna bateri Lithium mesti diharamkan dalam rumah aku. Aku sayang anak-anak aku.