Bismillah. Aloe!
Siapa masih lagi tiada anak? Sudah lama kahwin tapi tak pregnant lagi? Susah dapat anak sebab selalu keguguran? Ada anak first dah besar tapi susah dapat anak kedua?
Kalau korang ikuti blog aku ni since 2009 — sure pernah baca tentang journey aku untuk dapatkan anak. Aku banyak share tentang LPPKN @ rawatan IUI yang aku buat untuk mengandungkan Izzah.
Aku refresh balik sejarah aku dalam TTC @ usaha untuk mengandung ni. Aku kahwin masa umur 30 tahun. Ingatkan lepas kahwin terus dapat anak. Tapi tak pregnant jugak.
Jeles aku tengok kawan2 dan adik2 yang kahwin lepas aku senang je pregnant. Bunting pelamin terus. Mau tak jeles giler aku.
Lepas 4 tahun kahwin tapi tak pregnant so aku jumpa doktor pakar. Doktor sahkan aku:
- Masalah pelekatan (pelvic adhesion) yang teruk
- Masalah gangguan pengeluaran hormon
So aku proceed buat treatment kesuburan. Setelah beberapa kitaran pengambilan ubat subur Clomid, berpuluh kali suntikan hormon di perut, berkali-kali TVS dan 2 kali rawatan kesuburan IUI saya disahkan mengandung untuk pertama kalinya!
Selepas dibedah doktor mengesahkan pula aku ada:
- Masalah rahim terbalik (retroverted uterus).
- Masalah Endometriosis Tahap 4
Macam SUSAH NAK PREGNANT lagi dah aku. Kecuali kalau buat IUI atau IVF lah.
Tapi. Kuasa Allah. Aku mengandung tanpa disangka2 masa Izzah umur 9 bulan!!!
Masa tu kan aku macam di awang-awangan. Tak percaya langsung aku pregnant. Sampailah aku gugur masa 11 minggu. Baru reality set in.
Aku ni boleh pregnant tanpa kena buat rawatan kesuburan!!
So masa Izzah umur 3 tahun aku try lagi untuk bagi Izzah adik. Aku rasa confident je boleh lekat ni. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
- April 2011 – Aku hamil! Malangnya aku keguguran lagi masa 10 minggu. Frust gila aku!
So aku stop dulu trying to conceive. Benci betul asyik gugur je ni. Nak meroyan pun ada.
Bulan 11, 2011 aku cuba lagi untuk hamil. Kena usaha hamil sebelum aku masuk umur 40 tahun.
- Disember 2011 – Ujian kehamilan positif. Tetapi disahkan hanya kehamilan kimia.
- Februari 2012 – Aku berjaya mengandung! Tapi keguguran lagi masa usia kandungan 6 minggu.
Keguguran berulang tak mematahkan semangat aku untuk cuba pregnant lagi. So kali ni aku tak stop trying.
- April 2012 – Aku pregnant! Alhamdulillah. Melahirkan anak kedua, Irfan pada bulan Dec 2012. Masa tu umur aku 38 tahun.
Selepas Irfan lahir aku tak tak nak fikir pasal nak hamil. Umur pun dah cecah 40 so aku buat relek je. Tapi dalam hati tu teringin nak anak lagi. Aku doa diam2 dalam hati je hehehe.
- Mac 2015 – Aku pregnant lagi! Syukur! Melahirkan anak ketiga, Irdina pada bulan November 2015. Masa tu umur aku 41 tahun!!
Siapa sangka. Aku yang dulu susah sangat nak dapat anak ni — sampai kena telan ubat subur dan buat treatment IUI berkali2. Aku yang ada macam2 masalah kesuburan ni. Boleh mengandung tanpa treatment — secara semulajadi dalam masa yang singkat pulak tu!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Ada rahsianya. Aku dah compile semua ilmu TTC aku dalam Ebook Rahsia Mudah Hamil Untuk Isteri Susah Mengandung. Pengetahuan dan pengalaman aku selama lebih 10 tahun berusaha untuk hamil ada dalam tu.
Kalau korang sedang TTC atau kenal sesiapa yang sedang usaha nak hamil tu — dapatkan lah EBOOK aku ni. Insyaallah, boleh bantu usaha korang yang nak anak.
- Ketahui rahsia aku berjaya hamil dalam masa 6 bulan secara semulajadi…
- Ketahui rahsia mudah hamil tanpa ubat subur atau suntikan hormon….
- Ketahui rahsia mengelakkan keguguran kandungan berulang….
- Ketahui rahsia meningkatkan peratus kejayaan rawatan IUI & IVF….
hai mcmana nak beli ebook tips mudah hamil ini? saya cari xda button beli atau dll.
boleh emailkan kepada sy ttg cara pembelian ini.
abir.msar@gmail.com
Website under maintenance hari tu.. now dah ok dah boleh beli kat website http://rahsiamudahhamil.com/